1. Tuliskan nama penuh, nama dan alamat sekolah, dan nombor telefon bimbit di atas setiap tugasan.
2. Perkembangan penyelidikan perkembangan bahasa kanak-kanak.
a. Sejarah awal penyelidikan perkembangan bahasa kanak-kanak.
b. Jenis-jenis penyelidikan yang dijalankan: persampelan naturalistik, eksperimen, dan masalah yang dihadapi. (1000 perkataan)
c. Jelasan fenomena penghasilan, pemahaman dan peniruan bahasa oleh kanak-kanak. (1000 perkataan)
d. Buat jadual perkembangan bunyi bahasa kanak-kanak yang diperhatikan.
e. Senaraikan perkataan yang dikuasai oleh kanak-kanak yang diperhatikan dan nayatakan golongannya.
f. Senaraikan frasa dan ayat yang dikuasai oleh kanak-kanak yang diperhatikan.
3. Huraikan teori penguasaan bahasa kanak-kanak.
a. Peniruan - dengan contoh (1000 perkataan)
b. Inat (kuderat) dengan contoh (1000 perkataan)
c. Kognisi (intelektual) dengan contoh (1000 perkataan)
d. Input dengan contoh (1000 perkataan)
4. Dengan melihat kanak-kanak yang anda perhatikan, dan melalui temu bual dengan ibunya, lakarkan kelima-lima tahap perkembangan bahasa kanak-kanak yang anda perhatikan. Beri contoh yang relevan.
a. Tahap I (0-8 minggu)
b. Tahap II (8-20 minggu)
c. Tahap III (20-30 minggu)
d. Tahap IV (25-50 minggu)
e. Tahap V (9-18 bulan)
Sunday, January 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
zuraliza binti zakaria
jawapan 2 (a)
Minat terhadap bagaimana anak memperoleh bahasa sebenarnyasudah lama wujud. Kononnya Raja Mesir pada abad 7 sebelum masihi, Psammetichus I, pernah menyuruh pegawainya mengisolasi dua daripada anaknya bagi mengetahui bahasa apa yang akan dikuasai oleh anak-anak. itu.
Sebagai raja Mesir dia mengharapkan bahasa uang akan keluar daripada kanak-kanak itu adalah bahasa Mesir. tetapi akhirnya dia kecewa.
Charles Darwin juga pada tahun 1877 telah mencatat perkembangan bahasa anak lelakinya iaitu Gleason dan Ratner (1998: 349). Catatan harian yang berkembang pada zaman moden menjadi data-data elektronik sesuai dengan perkembangan zaman mendorong lebih kuat penyelidikan mengenai bagaimanakanak-kanak memperolh bahasa.
Ingram (1989) membahagi perkembangan kajian tentang permerolehan bahasa menjadi tiga tahap iaitu; period buku harian, period sampel besar, dan period kajian longitudinal.
Period buku harian adalah dari tahun 1876 hingga 1926. Pada masa ini, kajian permerolehan bahasa kanak-kanak dilakukan dengan teliti mencatat apa pun yang diujarkan oelh kanak-kanak dalam suatu buku harian. Data dalam buku harian ini kemudian dianalisis untuk disimpulkan hasil-hasilnya. Tulisan H. Taine pada tahun 1876 yang dalam bahasa Inggerisnya berjudul " On the Acquisition of Language by Children" adal;ah tulisan pertama mengenai pemerolehan bahasa kanak-kanak.
Post a Comment