Thursday, July 5, 2007

Kuliah 2 (2 Januari 2009): Mempersepsi Ujaran

Sila baca bab ini.

BAB II BAGAIMANA MANUSIA MEMPERSEPSI UJARAN


1. PENGENALAN

Apabila kita mendengar orang lain bercakap, rasanya kita dapat dengan mudah memahami perkara yang diperkatakannya. Kita tidak menyedari bahawa ujaran yang dihasilkan dalam bentuk bunyi-bunyi melalui udara itu sebenarnya adalah suatu hal yang kompleks. Hal ini hanya kita rasakan apabila kita mendengar orang bercakap dalam bahasa asing, melainkan bahasa asing itu kita ketahui dengan baik. Pada kebiasaanya kita benar-benar meneliti setiap perkataan yang diucapkan bagi memahaminya. Bahkan yang sering terjadi adalah bahawa belum lagi kita menangkap dan memahami suatu deretan perkataan yang diucapkan, orang itu meneruskan percakapannya dengan perkataan-perkataan lain, sehingga kita ketinggalan. Akibatnya, kita tidak dapat memahami, atau tidak memahami dengan baik, apa yang diperkatakannya. Kita malah “mendakwa” orang asing itu bercakap terlalu cepat.

Masalah yang dihadapi oleh pendengar adalah bahawa dia perlu mengadunkan bunyi-bunyi yang didengarnya itu sehingga bunyi-bunyi itu membentuk perkataan yang bermakna dan sesuai dengan konteks perkataan-perkataan itu digunakan. Untuk penutur asli, atau penutur yang sudah fasih dalam bahasa tersebut, proses seperti ini tidak dirasakan, dan datang begitu saja secara naluri. Akan tetapi, untuk penutur asing proses ini sangat rumit. Pengalaman penulis semasa mengajar bahasa Indonesia di Universiti Hawaii membuktikan hal ini. Pada suatu masa para mahasiswa diminta mendengar rakaman suatu percakapan. Dalam percakapan itu ada ayat yang berbunyi Nanti malam akan ada pesta. Kerana para mahasiswa ini masih berada pada tingkat dasar, maka ada sebahagian daripada mahasiswa itu yang keliru dan menggabungkan bunyi-bunyi itu secara tidak bermakna, sehingga muncullah ayat Nanti malama Kanada pesta. Tentulah mereka merasa bingung sebab ayat seperti ini tidak ada maknanya.

Daripada contoh di atas, dan kasus-kasus lain, tampak bahawa proses menangkap sesuatu ujaran itu bukanlah mudah. Kita harus bermula dengan proses bagaimana kita mencerna bunyi-bunyi itu sebelum kita dapat memahaminya sebagai ujaran. Oleh kerana itu, bab ini membahaskan persepsi manusia terhadap bunyi bahasa.


2. PENYELIDIKAN MENGENAI PERSEPSI UJARAN

Dari segi ilmu pengetahuan, kajian dan penyelidikan mengenai bagaimana manusia mempersepsi ujaran dapat diperkatakan masih baru. Willis (1829) dan Helmholtz (1859) sudah mempelajari ciri-ciri fizikal bunyi, penyelidikan mengenai bagaimana kita mempersepsi ujaran baru bermula menjelang Perang Dunia II (Gleason dan Ratner 1998: 109).

Perkembangan penyelidikan dalam bidang ini bermula apabila berlaku kemajuan dalam bidang teknologi, terutama dengan terciptanya alat telefon. Dari tahun 1936-39 Dudly yang bekerja di syarikat Bell Telephone Laboratory, Amerika, memperbaiki mesin yang dinamakan vocoder. Pada mulanya, kegunaan mesin ini adalah bagi menyampaikan signal melalui kabel telefon jarak jauh. Akan tetapi, kualitinya sebagai alat komunikasi tidak cukup baik.

Pada tahun 1940-an perusahaan telefon ini memperkenalkan spektograf, iaitu alat bagi merakam suara dalam bentuk garis-garis tebal-tipis dan panjang-pendek yang dinamakan spektogram. Penggunaannya masih sangat terbatas pada keperluan tentera dan komersial. Kualiti bunyinya semakin lama semakin baik dan peralatan untuk kajian bunyi juga menjadi semakin canggih. Kini teknologi sudah dapat mengetahui dengan tepat siapa penutur dalam sesuatu rakaman.


3. MASALAH DALAM MEMPERSEPSI UJARAN

Dalam bahasa Inggeris, secara purata orang menuturkan 125-180 perkataan setiap minit. Pembaca berita di televisyen dapat mencapai 210 perkataan, dan juru lelong pula mencapai lebih dari itu (Gleason dan Ratner 1998). Jumlah ini mengambil kira hakikat bahawa sebahagian besar perkataan dalam bahasa Inggeris itu mempunyai satu suku kata seperti: book, go, eat, come, dsb. Untuk bahasa Indonesia dan bahasa Malaysia, perkara ini belum diselidiki. Tetapi, oleh kerana kebanyakan perkataan dalam bahasa Indonesia dan Malaysia mempunyai dua suku kata dua atau lebih, seperti: makan, tidur, membawa, menyelesaikan, maka jumlah perkataan yang diucapkan per minit pastilah lebih kecil daripada bilangan dalam bahasa Inggeris. Jumlah ini mungkin sekitar 80-110 perkataan saja.

Jikalau dilihat daripada jumlah bunyi yang diujarkan, didapati bahawa dalam bahasa Inggeris secara purata ada 25-30 segmen bunyi atau fon yang dihasilkan dalam setiap saat (Ratner & Gleason 1998). Oleh sebab sifat bunyi dalam bahasa mana pun sama, maka dapat diduga bahawa orang Indonesia pun menghasilkan jumlah bunyi yang sama setiap saat, yakni, antara 25-30 bunyi. Dengan demikian, setiap kali kita bercakap selama satu minit, kita mengeluarkan antara 1,500 -1,800 bunyi. Masalah yang dihadapi adalah bagaimana kita dapat menangkap dan kemudian mencerna bunyi-bunyi yang diujarkan dengan kecepatan seperti itu.

Di samping kecepatan, bunyi dalam suatu ujaran juga tidak diucapkan secara utuh tetapi terlebur dengan bunyi lain. Kita sebagai pendengar diharapkan dapat memisah-misahkan mana yang mengikut yang mana. Ayat Inggeris Ed had edited it bila diujarkan secara biasa akan kedengaran aneh dan lucu, /ΕdhΘdΕditidit/, tetapi penutur asli dapat mempersepsinya dengan betul.

Suara seorang perempuan, seorang lelaki, dan seorang anak juga berbeza-beza. Getaran pita suara untuk wanita adalah antara 200-300 per saat, sedangkan untuk lelaki hanya sekitar 100. Oleh sebab itu, suara seorang lelaki kedengaran lebih “garuk.” Frekuensi suara kanak-kanak lebih tinggi daripada suara perempuan oleh sebab getaran pita suaranya boleh mencapai 400 per saat. Perbezaan-perbezaan ini dapat menghasilkan bunyi yang berbeza-beza, meskipun perkataan yang diucapkan itu sama. Perkataan tidur yang diucapkan oleh seorang perempuan, lelaki, dan kanak-kanak tidak akan berbunyi sama.

Namun, kita sebagai pendengar dapat mempersepsikannya sebagai perkataan yang sama. Bagaimana kita melakukannya? Bagi menjawab pertanyaan ini, kita perlu mempelajari terlebih dahulu bagaimana bunyi itu dihasilkan.


4. MEKANISME UJARAN

Sumber bunyi adalah paru-paru. Paru-paru kita mengembang dan mengempis bagi menyedut dan mengeluarkan udara. Udara itu keluar melalui pipa rengkung, mulut dan hidung. Dalam perjalanan melalui mulut atau hidung ini ada kalanya udara itu dihalang oleh salah satu bahagian dalam mulut kita, sebelum dilepaskan. Halangan pada udara inilah yang menghasilkan bunyi. Lihatlah Gambar Rajah 1 di bawah ini.



Gambar Rajah 1: Mekanisme Ujaran

Udara yang dihembuskan oleh paru-paru keluar melalui suatu daerah yang dinamakan daerah glotal. Udara ini kemudian lalu pada lorong yang dinamakan renkung atau faring. Dari faring, ada dua saluran: yang pertama melalui hidung dan yang kedua melalui rongga mulut. Semua bunyi yang dihasilkan oleh udara melalui rongga hidung disebut bunyi sengau. Sementara itu, bunyi yang udaranya keluar melalui rongga mulut dinamakan bunyi oral.

Dalam rongga mulut terdapat dua bahagian: atas dan bawah. Bahagian atas mulut tidak bergerak, dan disebut sebagai daerah sebutan. Bahagian bawah terdiri daripada alat-alat sebutan yang boleh digerak-gerakkan.

Daerah ujaran
Daerah sebutan terdiri daripada bahagian-bahagian berikut:

1. Bibir: bibir atas dan bibir bawah. Kedua bibir ini dapat dirapatkan bagi membentuk bunyi yang dinamakan dua bibir yang ertinya dua bibir bertemu. Bunyi seperti [p], [b], dan [m] adalah bunyi bilabial.
2. Gigi: untuk ujaran yang hanya gigi atas yang mempunyai peranan. Gigi ini dapat dirapatkan kepada bibir bawah bagi membentuk bunyi yang dinamakan bibir gigi. Contoh bunyi seperti ini adalah bunyi [f] dan [v]. Gigi juga dapat dirapatkan kepada hujung lidah bagi membentuk bunyi dental seperti bunyi [t] dan [d] dalam bahasa Malaysia.
3. Gusi atau alveolar: daerah ini berada betul-betul di belakang pangkal gigi atas. Hujung lidah dirapatkan ke gusi atas bagi membentuk bunyi yang dinamakan bunyi alveolar. Bunyi [t] dan [d] dalam bahasa Inggeris adalah contoh bunyi alveolar.
4. Lelangit keras: daerah ini terletak pada rongga atas mulut, iaitu di belakang daerah alveolar. Pada daerah ini dapat dirapatkan bahagian depan lidah bagi membentuk bunyi yang dinamakan alveopalatal seperti bunyi [c] dan [j].
5. Lelangit lembut: daerah ini, terletak pada bahagian belakang rongga mulut atas. Pada lelangit lembut ini dapat dirapatkan bahagian belakang lidah bagi membentuk bunyi yang dinamakan velar seperti bunyi [k] dan [g].
6. Uvula: pada ujung rahang atas terdapat anak tekak yang dinamakan uvula. Uvula dapat digerakkan bagi menutup saluran ke hidung atau membukanya. Bila uvula tidak dirapatkan kepada bahagian atas laring maka bunyi udara keluar melalui hidung. Bunyi inilah yang dinamakan bunyi sengau. Sebaliknya, bila uvula dirapatkan kepada dinding laring maka udara disalurkan melalui mulut dan menghasilkan bunyi yang dinamakan bunyi oral.

Alat-alat ujaran
7. Lidah: pada rahang bawah, di samping bibir dan gigi, terdapat pula lidah. Lidah adalah bahagian mulut yang anjal; ia dapat dilenturkan dengan mudah. Lidah dibahagi-bahagi kepada beberapa bahagian:
(a) ujung lidah, adalah bahagian yang paling depan pada lidah,
(b) daun lidah, adalah bahagian yang berada persis di belakang ujung lidah,
(c) depan lidah, adalah bahagian yang sedikit ke tengah pada bahagian daun di depan,
(d) belakang lidah, adalah bahagian yang ada pada bahagian belakang daun lidah.

Bahagian-bahagian ini dapat digerak-gerakkan dengan cara dikedepankan, dikebelakangkan, dikeataskan, dan dikebawahkan bagi membentuk bunyi-bunyi tertentu.
8. Pita suara: pita suara adalah sepasang selaput yang berada di halkum (laring). Selaput ini dapat dirapatkan, dapat direnggangkan, dan dapat dibuka luas. Status selaput suara ini turut menentukan perbezaan antara satu konsonan dengan konsonan lain.
9. Faring: saluran udara menuju ke rongga mulut atau rongga hidung.
10. Rongga hidung: rongga untuk bunyi-bunyi sengau seperti /m/ dan /n/.
11. Rongga mulut: untuk bunyi-bunyi oral seperti /p/, /b/, /a/, dan /i/.

a. Bagaimana Bunyi Dihasilkan

Bunyi yang dihasilkan dapat dibahagi kepada dua kelompok besar: konsonan dan vokal. Perbezaan antara kedua jenis bunyi ini terletak pada cara penghasilannya.

1. Penghasilan Bunyi Konsonan

Bunyi dihasilkan dengan menggunakan bahagian mulut seperti lidah, bibir, dan gigi. Bahagian-bahagian ini dinamakan artikulator. Bagi menghasilkan bunyi konsonan perlu diperhatikan tiga faktor. Pertama adalah titik artikulasi, iaitu tempat artikulator itu berada, sama ada didekatkan, atau dirapatkan. Bila bibir atas dan bibir bawah dirapatkan maka bunyi yang dihasilkan adalah bunyi bilabial. Dalam bahasa Melayu, dan banyak bahasa lain, bunyi bilabial terdiri dari bunyi [p], [b], dan [m]. Perbezaan antara kedua bunyi yang pertama dengan bunyi yang ketiga terletak pada saluran udara yang dilaluinya: [p] dan [b] melalui mulut, dan oleh sebab itu dinamakan bunyi oral, sedangkan [m] melalui hidung, dan oleh sebab itu dinamakan bunyi nasal. Lihat Gambarajah 2 berikut.



Bunyi [t] dan [d] bahasa Malaysia dihasilkan dengan merapatkan hujung lidah pada bahagian pangkal gigi atas dengan sedikit menyentuh bahagian depan alveolar. Bunyi seperti ini dinamakan bunyi dental. Sementara itu, bunyi [k] dan [g] dihasilkan dengan merapatkan bahagian belakang lidah ke daerah lelangit lembut. Bunyi ini dipanggil bunyi lelangit lembut atau velar.

Faktor kedua dalam menghasilkan bunyi konsonan adalah cara artikulasi, iaitu bagaimana caranya udara dari paru-paru itu kita lepaskan. Apabila udara itu kita tahan dengan ketat dalam rongga mulut lalu kemudian kita lepaskan dengan serentak maka bunyi tadi akan menghasilkan bunyi seperti letupan. Kerana itu, bunyi ini dinamakan bunyi letupan atau plosif.

Jikalau sekarang kita perhatikan bunyi [p] dan [b] sekali lagi. maka kita akan merasakan bahawa dalam membuat bunyi ini kedua bibir kita dirapatkan bagi menahan udara yang keluar dari paru-paru. Udara itu kemudian kita lepas secara serentak sehingga seolah-olah menimbulkan letupan udara. Begitu juga dengan bunyi [t] dan [d]. Perbezaannya hanyalah bahawa artikulator yang menahan udara itu bukanlah bibir atas dan bibir bawah tetapi hujung lidah dan gigi atas. Untuk bunyi [k] dan [g] udaranya ditahan oleh bahagian belakang lidah yang dirapatkan kepada daerah lelangit lembut. Udara ini pun kemudian dilepaskan secara serentak.

Dengan perkataan lain, [p], [b], [t], [d], [k], dan [g] termasuk dalam satu kategori bunyi yang sama, iaitu letupan. Akan tetapi, apa pula perbezaan antara [p]-[b], [t]-[d], dan [k]-[g]? Masing-masing pasangan bunyi ini memang berbeza dan perbezaan ini disebabkan oleh faktor ketiga, iaitu status pita suara.

Seperti dinyatakan sebelumnya, pita suara dapat terbuka luas, separuh terbuka dan tertutup. Apabila kita sedang tidak bercakap, pita suara kita terbuka luas. Pada waktu kita mengucapkan bunyi seperti [p], [t], dan [k], pita suara kita berada dalam status separuh terbuka tetapi tidak bergetar. Bunyi yang dihasilkan dengan pita suara yang tidak bergetar dinamakan bunyi tak bersuara. Akan tetapi, apabila pita suara tertutup dan kemudian ada udara yang mendesaknya supaya terbuka maka terjadilah getaran pada pita suara tersebut. Bunyi yang dihasilkan dengan pita suara bergetar ini dinamakan bunyi bersuara. Bunyi [b], [d], dan [g] termasuk dalam jenis ini. Oleh sebab itu, perbezaan antara [p] dengan [b], [t] dengan [d], dan [k] dengan [g] hanya terletak pada bergetar atau tidaknya pita suara kita. Dalam buku ini, tanda yang diunakan bagi menyatakan bahawa pita suara itu bergetar adalah tanda ~ sedangkan yang untuk tidak bergetar adalah tanda --. Perhatikan perbezaan antara bunyi /b/ dan /p/ dalam Gambarajah 3 berikut.



Gambar Rajah 3: /b/ /p/

Dengan memperhatikan tiga faktor ini (titik artikulasi, cara artikulasi, dan status pita suara) maka seluruh bunyi konsonan dalam bahasa Malaysia dapat digambarkan. Lihat Jadual 1 pada halaman berikut.

Bunyi yang tertera pada jadual ini sebenarnya lebih tepat dinamakan fonem kerana bunyi-bunyi tersebut sudah meru-pakan unit yang sifatnya distingtif, yakni, sifat yang membe-dakan. Bunyi [p], misalnya, dibezakan dari [b] kerana dalam bahasa kita kedua bunyi ini membezakan antara, misalnya, parang dengan barang, pola dengan bola, dsb. Hal ini berbeza dengan [p] pada perkataan Inggeris pan dan [p] pada perkataan Inggeris nap.



Rajah 1: Konsonan Bahasa Melayu

Dalam perkataan Inggeris pan bunyi [p] diucapkan dengan letusan udara yang memiliki daya letusan (aspirated). Bila kita memegang secarik kertas kecil dekat mulut kita waktu mengucapkan perkataan Inggeris ini maka kertas ini akan terdorong ke depan oleh getaran udara yang kita keluarkan. Daya yang menyebabkan getaran ini dinamakan aspirasi. Sebaliknya, bunyi [p] pada perkataan nap tidak akan memunculkan aspirasi - padahal kedua-duanya adalah [p]. Dengan perkataan lain, [p] yang dengan aspirasi dan [p] yang tanpa aspirasi bukanlah dua fonem yang terpisah tetapi adalah dua alofon dari satu fonem yang sama, yakni, fonem /p/. Dalam tradisi linguistik fonem ditulis di antara dua kurung miring, / /, sedangkan alofon atau bunyi di antara dua kurung siku, [ ].

2. Pembuatan Bunyi Vokal

Berbeza dengan konsonan, kriteria yang dipakai untuk membentuk bunyi vokal adalah (1) tinggi-rendahnya lidah, (2) posisi lidah, (3) ketegangan lidah, dan (4) bentuk bibir. Kerana lidah itu lentur, maka lidah dapat digerakkan untuk dinaikkan atau diturunkan. Naik-turunnya lidah menyebabkan ukuran rongga mulut berubah. Bila lidah berada di posisi tinggi, maka ruang yang akan dilalui oleh udara dari paru-paru menjadi sempit. Bunyi yang dihasilkan juga akan melengking tinggi. Bila lidah diturunkan, rongga mulut menjadi makin lebar; makin ke bawah lidah itu makin lebarlah rongga mulut tadi. Lihatlah Diagram 4 berikut yang menggambarkan bunyi /i/ seperti pada perkataan Siti, /e/ pada sore, dan /e/ pada bebek.



Diagram 4: Bunyi /i/ /e/ /e/

Kerana kelenturannya, lidah juga dapat dilekuk-lekuk ke de-pan atau ke belakang. Posisi lidah di depan atau di belakang memegang peran dalam membentuk bunyi vokal. Bila diga-bungkan dengan tinggi-rendahnya lidah maka akan terbentuklah bunyi-bunyi vokal tertentu. Lihat Diagram 5 di halaman berikut yang menggambarkan bunyi /u/ buku, /o/ Karo, dan /􀁯/ rokok. Di samping kedua faktor di atas, vokal juga ditentukan oleh tegang atau tidaknya syaraf kita waktu mengucapkannya. Wak-tu mengucapkan bunyi /i/ seperti pada perkataan Inggeris beat dapat kita rasakan ketegangan syaraf pada samping leher kita, tetapi hal seperti ini tidak kita rasakan bila perkataan yang kita ucapkan adalah bit. Kriteria ini umumnya dinyatakan dengan istilah tense dan lax yang diterjemahkan menjadi tegang atau kendur.



Gambar Rajah 5: /u/ /o/ /􀁯/

Faktor keempat adalah bentuk bibir. Bunyi-bunyi vokal tertentu diucapkan dengan kedua bibir dibulatkan (rounded) atau dilebarkan (spread). Pada umumnya bunyi vokal depan seperti /i/ tiba dan /e/ kare diucapkan dengan bibir dilebarkan sedangkan bunyi vokal belakang seperti /u/ buku dan /o/ ruko dengan bibir dibulatkan.

Kalau keempat faktor ini diterapkan pada bahasa Indonesia, maka akan tergambarlah vokal-vokal bahasa kita seperti terlihat pada Jadual 2 berikut.



Jadual 2: Vokal Bahasa Melayu

3. Fonotaktik

Tiap bahasa memiliki sistem sendiri-sendiri untuk menggabungkan fonem agar menjadi suku dan kemudian perkataan. Dengan demikian maka tidak mustahil adanya dua bahasa yang memiliki beberapa fonem yang sama tetapi fonotaktiknya, yakni, sistem pengaturan fonemnya, berbeza. Bahasa Inggeris dan bahasa Indonesia, misalnya, memiliki fonem /p/, /s/, /k/, /r/, dan /l/. Akan tetapi, fonotaktik bahasa Inggeris memungkinkan penggabungan /s-p-r/ dan /s-p-l/ pada awal suku seperti terlihat pada perkataan-perkataan sprite /sprait/ dan split /split/. Kebanyakan orang Indonesia tidak dapat mengucapkan perkataan-perkataan seperti ini dan seringkali mereka menyisipkan sebuah vokal sehingga ucapannya menjadi /s􀂐prit/ dan /s􀂐plit/.

Bahasa Inggeris sangat kaya dengan gugus kosonan: ada 45 gugus yang dapat berada di awal, dan 190 gugus di akhir perkataan (Fries 1945). Bahasa Indonesia tidak kaya dengan gugus konsonan, tetapi bahasa Indonesia moderen kini telah menyerap gu-gus asing sehingga memungkinkan adanya tiga konsonan di awal suku, meskipun bentuk-bentuk ini hanya terdapat pada perkataan-perkataan pinjaman. Di akhir suku, kalau pun ada, perkataan-perkataan ini sangat jarang ditemukan. Dengan demikian, struktur suku kata dalam bahasa kita adalah (lihat Alwi et al. 1995):

V a-mat, i-tu, o-rang
KV ba-gi, ti-ba,
VK am-bil, ung-kap
KVK ak-bar, am-bil, pak-sa, ter-bit
KKV pla-za
KVKK teks-til, kon-teks
KKVK plan
KKKV stra-tegi
KKKVK struk-tur, kon-struk-si
KKVKK kom-pleks
KVKKK korps

Penggabungan satu struktur suku dengan satu (atau lebih) struktur yang lain membentuk perkataan. Dari contoh di atas, misalnya, kita lihat perkataan-perkataan seperti akbar, putra, dan strategi yang masing-masing adalah gabungan dari VK-KVK, KV-KKV, dan KKKV-KV-KV.

4. Struktur Suku Kata

Suatu suku kata terdiri dari dua bahagian utama, yakni, onset (pembuka) dan rima (rhyme). Rima terdiri dari nukleus (nucleus) dan koda (coda). Secara diagramatik struktur suku kata adalah seperti berikut.

Suku Kata


Onset Rima


Nukleus Koda

Suatu suku dapat memiliki ketiga-tiganya: onset, nukleus, dan koda. Akan tetapi, hal ini tidak harus. Nukleus selalu berupa vokal. Konsonan atau konsonan-konsonan yang berada di muka nukleus dalam satu suku yang sama adalah onset dan yang di belakang nukleus adalah koda. Dalam suatu suku yang wajib ada adalah nukleusnya sedangkan onset atau kodanya bersifat opsional. Beberapa contoh:

Ban : /b/ = onset, /a/ = nukleus, /n/ = koda
Tong : /t/ = onset, /􀁯 / = nukleus, /􀀱/ = koda
Tri : /tr/ = onset, /i/ = nukleus
As : /a/ = nukleus, /s/ = koda
Si : /s/ = onset, /i/ = nukleus
O (gitu): /o/ = nukleus

Tentu saja bila ada dua suku dalam satu perkataan seperti pergi maka perkataan itu dibagi menjadi dua suku, per- dan -gi, lalu kita terap-kan aturan penyukuan di atas.

Dalam bahasa Indonesia, dan bahasa mana pun, bila ada dua konsonan atau lebih yang mendahului nukleus maka konsonan yang lebih dekat dengan nukleus selalu lebih sonoran - suatu sifat bunyi yang kadar fonetiknya didominasi oleh ciri-ciri yang berkaitan dengan vois. Berikut adalah Jadual 3 yang menunjuk-kan derajat sonoritas bunyi (Giegerich 1995: 152).




Jadual 3: Urutan Sonoriti

Dari Jadual di atas tampak bahawa bunyi plosif adalah yang paling kurang-sonoran sedangkan vokal adalah yang paling sonoran. Sisanya ada di antara kedua kelompok bunyi tersebut.

Kerana adanya kodrat yang umum ini maka gugus konsonan pada kebanyakan bahasa terdiri dari gugus seperti sm-, sl-, pr-, spl-, spr-, dan str. Tidak ada gugus yang berupa ms-, ls-, rp-, pls-, rps, sts-, dst. Kita memiliki perkataan-perkataan seperti pria, pribumi, dan Sleman, tetapi tidak *rpia,* rpibumi, dan *Lseman. Satu masalah yang sampai sekarang belum ada jawabannya adalah mengapa /s/ mendahului bunyi seperti /p/ (spy) dan /t/ (step) padahal /s/ lebih sonoran daripada kedua bunyi ini.

5. Fitur Distingtif

Sejak tahun 1940-an, linguis mulai melihat ihwal bunyi dari segi oposisi yang sifatnya biner, yakni, sesuatu itu ya atau tidak, yang biasanya ditandai dengan simbol + dan -. Dalam hal fo-nem /p/ dan /b/, misalnya, satu-satunya fitur yang membezakan kedua fonem ini hanyalah ada tidaknya getaran pada pita suara. Bila ada getaran, fonem itu adalah /b/; bila tidak, /p/. Dengan perkataan lain, /b/ adalah [+vois] sedangkan /p/ adalah [-vois].
Fitur-fitur distingtif yang ada pada konsonan adalah:
a. Vokalik dan Konsonantal: semua konsonan adalah [+konsonantal] dan [-vokalik] sedangkan semua vokal adalah [+vokalik] dan [-konsonantal].
b. Anterior: bunyi yang dibuat di bahagian depan mulut adalah [+anterior]. Jadi, bunyi /p/ adalah [+anterior] sedangkan /k/ adalah [-anterior].
c. Koronal (coronal): bunyi yang dibuat di bahagian tengah atas mulut adalah [+koronal]. Jadi, bunyi seperti /p/ adalah [-koronal] tetapi /s/ adalah [+koro-nal].
d. Kontinuan (continuant): bunyi yang dibuat dengan aliran udaranya boleh terus berlanjut. Tentu saja bunyi /d/ adalah [-kontinuan] sedangkan /f/ adalah [+konti-nuan].
e. Straiden (strident): bunyi yang dibuat dengan iringan letusan suara. Dengan definisi ini maka /g/ adalah [-straiden] sedangkan /s/ adalah [+straiden].
f. Sengau: bunyi yang dihasilkan dengan udara keluar melalui hidung. Kerana itu, /m/ adalah [+ senau] tetapi /t/ adalah [- sengau].
g. Bersuara: bunyi yang disertai getaran pada pita suara. Semua vokal adalah [+ suara] sedangkan /s/ adalah [- suara] dan /z/ adalah [+ suara].

Untuk bunyi vokal fitur-fitur distingtifnya adalah (1) tinggi, (2) vokalik, (3) belakang, (4) bundar, dan (5) tegang. Bunyi vokal /i/, misalnya, adalah [+vokalik], [+tinggi], [-belakang], [+tegang], dan [-bundar]. Sebaliknya, /u/ adalah [+vokalik], [+tinggi], [+belakang], [+tegang], dan [+bundar]. Tinggi merujuk pada posisi tinggi-rendahnya lidah, belakang pada letak bahagian lidah yang relevan -- apakah di bahagian muka atau belakang mulut--, bundar pada bentuk mulut dengan bibirnya, dan tegang pada keadaan urat untuk mengeluarkan bunyi tersebut. Pada vokal tidak perlu ada fitur vois kerana semua vokal adalah secara otomatis semuanya [+vois].

Lihat Jadual 5 dan 6 untuk fitur distingtif konsonan dan vokal bahasa Melayu



Jadual 5: Fitur Distingtif Konsonan Melayu



Jadual 6: Fitur Distingtif Vokal Indonesia

Dengan penjelasan di atas suatu perkataan dapat digambarkan dengan memakai fitur-fitur distingtif seperti ini. Perkataan Indonesia ban, misalnya, terdiri dari fitur-fitur berikut:
b a n
[+konsonantal] [+vokalik] [+konsonantal]
[+anterior] [+belakang] [-anterior]
[+vois] [-tinggi] [+koronal]
[-koronal] [-tegang] [+sengau]
[-straiden] [-bundar] [+vois]
[-kontinuan] [-straiden]
[-nasal] [-kontinuan]

Sebaliknya, suatu konsonan yang [+konsonantal], [+anterior], [+vois], [-koronal], [-straiden], [-nasal], dan [-kontinuan] pas-tilah bunyi /b/.

6. Suara Onset Masa

Suatu perkataan tentulah terdiri dari satu suku atau lebih. Masing-masing suku terdiri dari beberapa fonem. Perkataan ban seperti di atas, misalnya, terdiri dari tiga fonem /b/, /a/, dan /n/. Transisi dari satu bunyi ke bunyi yang lain tentunya memerlukan waktu. Bagaimana transisi itu dilakukan ditentukan oleh macam masing-masing bunyi. Transisi dari /b/ ke /an/ pada /ban/ tidak sama dengan transisi /p/ ke /an/ seperti pada perkataan pan.

Suara Onset Masa, yang sering disingkat sebagai MOM (VOT), ada-lah waktu antara (a) lepasnya udara untuk pengucapan suatu konsonan dengan (b) getaran pita suara untuk bunyi vokal yang mengikutinya. Dalam contoh perkataan Inggeris man, kerana /m/ adalah [+vois], yang berarti bahawa pita suaranya pastilah bergetar, maka celah waktu untuk bunyi ini meluncur ke bunyi /Θ/?? adalah nol. Artinya, pada saat bunyi /m/ dilepas, pita suaranya pun bergetar bersamaan dengannya. Akan tetapi, pada perkataan Inggeris tan, getaran pada pita suara terjadi 60 milisekon sesudah bunyi /p/ dikeluarkan. Hal ini disebabkan oleh kenyataan bahawa /t/ adalah [-vois]. Dari bunyi [-vois] ke bunyi /􀀴/ yang [+vois] diperlukan waktu 60 milisekon. Dari gambaran ini tampak bahawa VOT untuk bunyi Inggeris /m/ adalah +0 mili-sekon sedangkan untuk /t/ adalah +60 milisekon.

Dari eksperimen yang dilakukan orang didapati bahawa untuk bahasa Inggeris suatu bunyi yang VOTnya antara 0-20 milisekon akan terdengar sebagai bunyi [+vois] sedangkan yang 40-60 milisekon adalah [-vois]. Di antara kedua angka itu, yak-ni, 30 milisekon, bunyi itu kadang-kadang terdengar sebagai vois kadang-kadang juga sebagai tak-vois (Clark & Clark 1977: 201).
Penutur asli suatu bahasa akan dengan tepat mengucapkan bunyi-bunyi dalam bahasa mereka kerana VOT mereka adalah akurat. Sebaliknya, seorang yang berbahasa asing pada umum-nya tidak dapat setepat seperti penutur asli sehingga dia tetap kedengaran seperti orang asing, meskipun dia sangat fasih dalam bahasa asing itu. Mengapa orang Indonesia dalam mengucapkan perkataan Inggeris Bob sering disangka oleh penutur Inggeris sebagai perkataan pop adalah mungkin kerana VOT /b/ Indonesia berada di sekitar 25-35 milisekon - sesuatu yang perlu dibuk-tikan secara laboratoris.

2. Signifikan Psikolinguistik

Dari sudut pandang persepsi ujaran, apa artinya semua gambar-an di atas? Paparan di atas penting untuk persepsi ujaran kerana tanggapan kita untuk bunyi dan perkataan suatu bahasa ditentukan pula oleh bagaimana bunyi-bunyi itu dibuat, fitur-fitur mana yang terlibat, dan bagaimana bunyi-bunyi itu digabungkan. Telinga orang Indonesia, misalnya, tidak terlatih untuk mende-ngar bunyi [p] yang diikuti oleh aspirasi (yakni, getaran udara yang keras waktu kita mengucapkan bunyi tertentu) seperti pada bahasa Inggeris . Bila kita mengucapkan bunyi /p/ bahasa Inggeris seperti pada perkataan pan dengan benar, dan di dekat mulut kita ada sudut kertas yang kita siapkan, maka sudut kertas itu pasti akan tersentak dan bergerak. Hal ini tidak terjadi pada bahasa kita kalau kita mengucapkan perkataan yang sama ini. Kerana itu, orang Indonesia pada umumnya tidak dapat pula mendengar adanya aspirasi ini waktu mendengar perkataan-perkataan Inggeris seperti pat, pick, dan pass.

Kenyataan bahawa dalam bahasa kita pada umumnya tidak ada perkataan yang berakhir dengan dua konsonan (kecuali pada be-berapa perkataan pinjaman) membuat kita tidak peka terhadap realita ini. Kita umumnya tidak mengucapkan perkataan Inggeris think dengan /k/ sebagai bunyi akhir; bunyi ini sering kita hilangkan sehingga kita mengucapkannya sebagai thing.

Dengan singkat dapat dikatakan bahawa persepsi kita terhadap bunyi dan gabungan bunyi yang kita dengar ditentukan oleh tilas (trace) neurofisiologis yang telah tertanam pada otak kita. Kerana dalam neurofisiologi kita terdapat tilas yang menunjukkan bahawa bunyi /􀀱/ dapat dipakai di depan suku, maka pada saat kita mendengar suatu rentetan bunyi di mana ada terdapat bunyi ini kita boleh menerka bahawa bunyi ini mungkin mengawali suatu suku kata. Andaikan rentetan bunyi itu adalah [diasuka􀀱􀁯pi] maka [􀀱] boleh kita ikutkan dengan [􀁯pi ] sehingga interpretasi kita adalah Dia suka ngopi. Seandainya pendengar adalah penutur bahasa Inggeris yang sedang belajar bahasa Indonesia, dia tidak akan menggabungkan [􀀱] dengan opi kerana [􀀱] tidak pernah memulai suatu suku. Dengan demikian, tidak mustahil interpretasi dia adalah Dia sukang opi atau Dias ukang opi.

Kerana perbezaan antara satu bunyi dengan bunyi yang lain boleh saja hanya terletak pada satu perbezaan dalam fitur dis-tingtif, seperti misalnya antara /p/ dan /b/, maka pengertian tentang fitur distingtif ini penting pula untuk kita ketahui. Yang membezakan pasangan minimal (minimal pair) seperti tie dan die dalam bahasa Inggeris sebenarnya bukanlah fonem /t/ dan /d/ tetapi fitur distingtif yang ada pada kedua bunyi itu, yakni, bahawa /t/ adalah [-vois] sedangkan /d/ adalah [+vois]. Begitu pula pasangan minimal Indonesia /pan/-/ban/, /pola/-/bola/ dsb.

3. Transmisi Bunyi

Bunyi yang dikeluarkan oleh manusia ditransmisikan ke telinga pendengar melalui gelombang udara. Pada saat suatu bunyi di-keluarkan, udara tergetar olehnya dan membentuk semacam ge-lombang. Gelombang yang membawa bunyi ini bergerak dari depan mulut pembicara ke arah telinga pendengar. Dengan mekanisme yang ada pada telinga, manusia menerima bunyi ini dan dengan melalui saraf-saraf sensori bunyi ini kemudian “dikirimkan” ke otak kita untuk diproses dan kemudian ditang-kapnya. Lihatlah visualisasi di halaman berikut (mengikuti Garman, 1994: 4).
Pemrosesan di otak dibimbing oleh pengetahuan kita tentang bahasa tersebut, termasuk pengetahuan kita tentang bagaimana bunyi-bunyi itu dibuat dan fitur apa saja yang terlibat.




5. PERSEPSI TERHADAP UJARAN

Persepsi terhadap ujaran bukanlah suatu hal yang mudah dilaku-kan oleh manusia kerana ujaran adalah suatu aktivitas verbal yang meluncur tanpa ada batas waktu yang jelas antara satu perkataan dengan perkataan lain. Perhatikan tiga ujaran berikut: (a) Bukan angka, (b) Buka nangka, dan (c) Bukan nangka. Mes-kipun ketiga ujaran ini berbeza maknanya satu dari yang lain, dalam pengucapannya ketiga bentuk ujaran ini boleh sama - [bukanaΝka].

Di samping itu, suatu bunyi juga tidak diucapkan secara persis sama tiap kali bunyi itu muncul. Bagaimana suatu bunyi diucapkan dipengaruhi oleh lingkungan di mana bunyi itu berada. Bunyi [b] pada perkataan buru, misalnya, tidak persis sama dengan bunyi [b] pada perkataan biru. Pada perkataan buru bunyi /b/ dipengaruhi oleh bunyi /u/ yang mengikutinya sehingga sedikit banyak ada unsur pembundaran bibir dalam pembuatan bunyi ini. Sebaliknya, bunyi yang sama ini akan diucapkan dengan bibir yang melebar pada perkataan biru kerana bunyi /i/ adalah bunyi vokal depan dengan bibir melebar.
Namun demikian, manusia tetap saja dapat mempersepsi bunyi-bunyi bahasanya dengan baik. Tentu saja persepsi seperti ini dilakukan melalui tahap-tahap tertentu. Pada dasarnya ada tiga tahap dalam pemrosesan persepsi bunyi (Clark & Clark, 1977):

1. Tahap auditori: Pada tahap ini manusia menerima ujaran sepotong demi sepotong. Ujaran ini kemudian ditanggapi dari segi fitur akustiknya. Konsep-konsep seperti titik artikulasi, cara artikulasi, fitur distingtif, dan VOT sangat bermanfaat di sini kerana ihwal seperti inilah yang memisahkan satu bunyi dari bunyi yang lain. Bunyi-bunyi dalam ujaran itu kita simpan dalam memori auditori kita.
2. Tahap fonetik: Bunyi-bunyi itu kemudian kita identi-fikasi. Dalam proses mental kita, kita lihat, misalnya, apakah bunyi tersebut [+konsonantal], [+vois], [+nasal], dst. Begitu pula lingkungan bunyi itu: apakah bunyi tadi diikuti oleh vokal atau oleh konsonan. Kalau oleh vokal, vokal macam apa - vokal depan, vokal belakang, vokal tinggi, vokal rendah, dsb. Seandainya ujaran itu adalah Bukan nangka, maka mental kita menganalisis bunyi /b/ terlebih dahulu dan menentukan bunyi apa yang kita dengar itu dengan memperhatikan hal-hal seperti titik artikulasi, cara artikulasi, dan fitur distingtifnya. Kemudian VOT-nya juga diperhatikan kerana VOT inilah yang akan menentukan kapan getaran pada pita suara itu terjadi.

Segmen-segmen bunyi ini kemudian kita simpan di memori fonetik. Perbezaan antara memori auditori dengan memori fonetik adalah bahawa pada memori audi-tori semua variasi alofonik yang ada pada bunyi itu kita simpan sedangkan pada memori fonetik hanya fitur-fitur yang sifatnya fonemik saja. Misalnya, bila kita mende-ngar bunyi [b] dari perkataan buntu maka yang kita simpan pada memori auditori bukan fonem /b/ dan bukan hanya titik artikulasi, cara artikulasi, dan fitur-fitur distingtif-nya saja tetapi juga pengaruh bunyi /u/ yang mengiku-tinya. Dengan demikian maka [b] ini sedikit banyak diikuti oleh bundaran bibir (lip-rounding). Pada memori fonetik, hal-hal seperti ini sudah tidak diperlukan lagi kerana begitu kita tangkap bunyi itu sebagai bunyi /b/ maka detailnya sudah tidak signifikan lagi. Ertinya, apakah /b/ itu diikuti oleh bundaran bibir atau tidak, tetap saja bunyi itu adalah bunyi /b/.

Analisis mental yang lain adalah untuk melihat bagaimana bunyi-bunyi itu diurutkan kerana urutan bunyi inilah yang nantinya menentukan perkataan itu perkataan apa. Bunyi /a/, /k/, dan /n/ boleh membentuk perkataan yang berbe-da bila urutannya berbeza. Bila /k/ didengar terlebih dahulu, kemudian /a/ dan /n/ maka akan terdengarlah bunyi /kan/; bila /n/ yang lebih dahulu, maka terdengarlah bunyi /nak/.
3. Tahap fonologis: Pada tahap ini mental kita menerapkan aturan fonologis pada deretan bunyi yang kita dengar untuk menentukan apakah bunyi-bunyi tadi sudah me-ngikuti aturan fonotaktik yang pada bahasa kita. Untuk bahasa Inggeris , bunyi /􀀱/ tidak mungkin memulai suatu suku kata. Kerana itu, penutur Inggeris pasti tidak akan menggabungkannya dengan suatu vokal. Seandainya ada urutan bunyi ini dengan bunyi yang berikutnya, dia pasti akan menempatkan bunyi ini dengan bunyi di mukanya, bukan di belakangnya. Dengan demikian deretan bunyi /b/, /􀂐/, /􀀱/, /i/, dan /s/ pasti akan dipersepsi sebagai beng dan is, tidak mungkin be dan ngis.

Orang Indonesia yang mendengar deretan bunyi /m/ dan /b/ tidak mustahil akan mempersepsikannya sebagai /mb/ kerana fonotaktik dalam bahasa kita memungkinkan urutan seperti ini seperti pada perkataan mbak dan mbok - meskipun kedua-duanya pinjaman dari bahasa Jawa. Se-baliknya, penutur Inggeris pasti akan memisahkan kedua bunyi ini ke dalam dua suku yang berbeza.

Kombinasi bunyi yang tidak dimungkinkan oleh aturan fonotaktik bahasa tersebut pastilah akan ditolak. Kombinasi /kt/, /fp/, atau / pk/ tidak mungkin memulai suatu suku sehingga kalau terdapat deretan bunyi /anaktu􀀱gal/ tidak mungkin akan dipersepsi sebagai /ana/ dan /ktu􀀱gal/.
Dalam contoh ujaran Bukan nangka di atas, setelah bunyi /b/ dipersepsi maka bunyi /u/ kemudian dianalisis secara mental dengan melalui proses yang sama. Kemudian bunyi /k/, dst. sehingga akhirnya semua bunyi dalam ujaran itu teranalisis. Yang akan membezakan antara bukan nangka, bukan angka, dan buka nangka adalah jeda yang terdapat antara satu perkataan dengan perkataan lainnya.

6. MODEL-MODEL UNTUK PERSEPSI

Dalam usaha memahami bagaimana manusia mempersepsi bu-nyi sehingga akhirnya nanti boleh terbentuk komprehensi, para ahli psikolonguistik mengemukakan model-model teoritis yang diharapkan dapat menerangkan bagaimana proses persepsi itu terjadi. Sampai saat ini ada empat model teoritis yang telah di-ajukan orang.

a. Model Teori Motor untuk Persepsi Ujaran

Model yang diajukan oleh Liberman et al. ini, yang dalam bahasa Inggeris disebut sebagai Motor Theory of Speech Perception, menyatakan bahawa manusia mempersepsi bunyi dengan mema-kai acuan seperti pada saat dia memproduksi bunyi itu (Liberman et al. 1967 dalam Gleason dan Ratner, 1998). Seperti dinyatakan sebelumnya, bagaimana suatu bunyi diucapkan dipe-ngaruhi oleh bunyi-bunyi lain di sekitarnya. Namun demikian, bunyi itu akan tetap adalah fonem yang sama, meskipun wujud fonetiknya berbeza. Persamaan ini disebabkan oleh arti-kulasinya yang sama pada waktu mengucapkan bunyi tersebut. Jadi, meskipun bunyi /b/ pada perkataan /buka/ dan /bisa/ tidak persis sama dalam pengucapannya, kedua bunyi ini tetap saja dibuat dengan titik dan cara artikulasi yang sama. Dengan demikian, seorang penutur akan menganggap kedua bunyi ini sebagai dua alofon dari satu fonem yang sama, yakni, fonem /b/. Dengan perkataan lain, meskipun kedua bunyi itu secara fonetik berbeza, kedua bunyi ini akan dipersepsi sebagai satu bunyi yang sama.
Penentuan suatu bunyi itu bunyi apa didasarkan pada per-sepsi si pendengar yang seolah-olah membayangkan bagaimana bunyi itu dibuat, seandainya dia sendiri yang mengujarkannya.

b. Model Analisis dengan Sintesis

Manusia bervariasi dalam ujaran mereka, tergantung pada ber-bagai faktor seperti keadaan kesehatan, keadaan sesaat (gembira atau sedih), dan keadaan alat ujaran (sedang merokok atau tidak). Dengan demikian, kalau kita hanya menggantungkan pada fitur akustiknya saja, maka sebuah perkataan boleh saja memiliki banyak bentuk yang berbeza-beza. Kerana itu, diajukanlah suatu model yang dinamakan Model Analisis dengan Sintesis (Analysis-by-Synthesis).

Dalam model ini dinyatakan bahawa pendengar mempunyai sistem produksi yang dapat mensintesiskan bunyi sesuai dengan mekanisme yang ada padanya (Stevens 1960, dan Stevens dan Halle 1967, dalam Gleason dan Ratner 1998). Waktu dia mendengar suatu deretan bunyi, dia mula-mula mengadakan analisis terhadap bunyi-bunyi itu dari segi fitur distingtif yang ada pada masing-masing bunyi itu. Hasil dari analisis ini dipakai untuk memunculkan atau mensintesiskan suatu ujaran yang kemudian dibandingkan dengan ujaran yang baru dipersepsi. Bila antara ujaran yang dipersepsi dengan ujaran yang disintesiskan itu cocok maka terbentuklah persepsi yang benar. Bila tidak, maka dicarilah lebih lanjut ujaran-ujaran lain untuk akhir-nya ditemukan ujaran yang cocok.

Sebagai contoh, bila penutur bahasa Indonesia mendengar deretan bunyi /pola/ maka mula-mula dianalisislah ujaran itu dari segi fitur distingtifnya - dimulai dengan /p/ yang berfitur [+konsonantal], [-kontinuan], [+tak-vois], dsb. Proses ini berlanjut untuk bunyi /o/, dan seterusnya. Setelah semuanya selesai, disintesiskanlah ujaran itu untuk memunculkan bentuk-bentuk yang mirip dengan bentuk itu seperti perkataan /mula/, kemudian /pula/, lalu /kola/, /bola/ … sampai akhirnya ditemu-kan deretan yang persis sama, yakni, /pola/. Baru pada saat itulah deretan tadi telah dipersepsi dengan benar.

c. Model Lojik Fuzzy

Menurut model ini (Massaro, 1987, 1989) persepsi ujaran terdiri dari tiga proses: evaluasi fitur, integrasi fitur, dan kesimpulan. Dalam model ini ada bentuk prototipe, yakni, bentuk yang memiliki semua nilai ideal yang ada pada suatu perkataan, termasuk fitur-fitur distingtifnya. Informasi dari semua fitur yang masuk dievaluasi, diintegrasi, dan kemudian dicocokkan dengan des-kripsi dari prototipe yang ada pada memori kita. Setelah dicocokkan lalu diambil kesimpulan apakah masukan tadi cocok dengan yang terdapat pada prototipe.

Sebagai misal, bila kita mendengar suku yang berbunyi /ba/ maka kita mengaitkannya dengan suku kata ideal untuk suku ini, yakni, semua fitur yang ada pada konsonan /b/ maupun pada vokal /a/. Evaluasi fitur menilai derajat kesamaan masing-masing fitur dari suku yang kita dengar dengan masing-masing fitur dari prototipe kita. Evaluasi ini lalu diintergrasikan dan kemudian diambil kesimpulan bahawa suku kata /ba/ yang kita dengar itu sama (atau tidak sama) dengan suku kata dari prototaip kita.

Model ini dinamakan fuzzy (kabur) kerana bunyi, suku kata, atau perkataan yang kita dengar tidak mungkin persis 100% sama dengan prototipe kita. Orang yang sedang mengunyah sesuatu sambil mengatakan /ba(ra􀀱)/ pasti tidak akan menghasilkan /ba/ yang sama yang diucapkan oleh orang yang tidak sedang mengunyah apa-apa. Begitu pula orang yang sedang kena flu pasti akan menambahkan bunyi sengau pada suku ini; akan tetapi, suku kata /ba/ yang dengan bunyi sengau ini akan tetap saja kita anggap sama dengan prototipe kita.

d. Model Kohort

Model untuk mengenal perkataan ini (Marslen-Wilson dan Welsh, 1978 dan Marslen-Wilson, 1987 dalam Gleason dan Ratner, 1998; lihat juga Dominic W. Massaro 1994) terdiri dari dua tahap. Pertama, tahap di mana informasi mengenai fonetik dan akustik bunyi-bunyi pada perkataan yang kita dengar itu memicu ingatan kita untuk memunculkan perkataan-perkataan lain yang mirip dengan perkataan tadi. Bila kita mendengar perkataan /prihatin/ maka semua perkataan yang mulai dengan /p/ akan teraktifkan: pahala, pujaan, priyayi, prakata, dsb. Perkataan-perkataan yang termunculkan inilah yang disebut sebagai cohort. Pada tahap kedua, terjadilah proses eliminasi secara bertahap. Waktu kita kemudian mendengar bunyi /r/ maka perkataan pahala dan pujaan akan tersingkirkan kerana bunyi kedua pada kedua-dua perkataan ini bukanlah /r/ seperti pada perkataan targetnya. Perkataan priyayi dan prakata masih menjadi calon kuat kerana kedua perkataan ini memiliki bunyi /r/ setelah /p/. Pada proses berikutnya, hanya priyayi yang masih bertahan kerana perkataan prakata memiliki bunyi /a/, bukan /i/, pada urutan ketiganya. Akan tetapi, pada proses selanjutnya perkataan priyayi juga tersingkirkan kerana pada perkataan targetnya bunyi yang keempat adalah /h/ sedangkan pada priyayi adalah /y/. Dengan demikian maka akhirnya hanya ada satu perkataan yang persis cocok dengan masukan yang diterima oleh pendengar, yakni, perkataan prihatin

Secara diagramatik model bagi mempersepsi perkataan prihatin adalah seperti berikut:




e. Model TRACE

Model ini mula-mulanya adalah model untuk persepsi huruf tetapi kemudian dikembangkan untuk mempersepsi bunyi (McClelland dan Rumelhart 1981; Elman dan McClelland 1984; 1986). Model TRACE berdasarkan pada pandangan yang koneksionis dan mengikuti proses top-down. Artinya, konteks leksikal dapat membantu secara langsung pemrosesan secara perseptual dan secara akustik. Begitu pula informasi di tataran perkataan dapat juga mempengaruhi pemrosesan pada tataran di bawahnya.

Proses ini terdiri dari tiga tahap: tahap fitur, tahap fonem, dan tahap perkataan. Pada masing-masing tahap ada node-node yang mewakili fitur distingtif, fonem, dan perkataan. Masing-masing node mempunyai tingkat yang dinamakan resting, threshold, dan activation. Bila kita mendengar suatu bunyi, maka bunyi ini akan mengaktifkan fitur-fitur distingtif tertentu dan “mengisytirihatkan” fitur-fitur distingtif lain yang tidak relevan. Jadi, seandainya kita mendengar bunyi /ba/, maka bunyi /b/ akan mengaktifkan fitur-fitur distingtif [+konsonantal], [+anterior], [+vois] dan beberapa fitur yang lain, tetapi fitur-fitur seperti [+vokalik], [+nasal], dan [+koronal] akan “diistirahatkan.” Dengan perkataan lain, fitur-fitur yang relevan itu tadi muncul pada tingkat threshold.

Node-node ini saling berkaitan sehingga munculnya fitur-fitur tertentu pada tingkat threshold boleh pula memunculkan node-node yang lain. Kerana perbezaan antara /b/ dan /p/ hanyalah pada soal vois maka waktu /b/ muncul, /p/ boleh pula ikut muncul untuk dikontraskan, meskipun kemudian disingkirkan. Begitu pula ada jaringan interkoneksi antara satu tingkat dengan tingkat yang lain. Munculnya /k/ dan /o/ untuk perkataan Inggeris coat boleh memunculkan perkataan code, boat, dan road pada tataran perkataan.

Melalui proses eliminasi pada masing-masing tahap akhirnya ditemukan perkataan yang memang kita dengar.


7. PERSEPSI UJARAN DALAM KONTEKS

Di atas tadi digambarkan bagaimana manusia memproses ujaran yang kita dengar secara satu per satu. Akan tetapi, dalam kenyataannya bunyi itu tidak diujarkan secara terlepas dari bunyi yang lain. Bunyi selalu diujarkan secara berurutan dengan bunyi yang lain sehingga bunyi-bunyi itu membentuk semacam deretan bunyi. Lafal bunyi yang diujarkan secara berurutan dengan bunyi yang lain tidak sama dengan lafal bunyi itu bila dilafalkan secara sendiri-sendiri. Bunyi /p/ yang diujarkan sebelum bunyi /i/ (seperti pada perkataan fikir) akan berbeza dengan bunyi /p/ yang diujarkan sebelum bunyi /u/ (seperti pada perkataan pukat). Pada rentetan yang pertama, bunyi /p/ ini akan terpengaruh oleh bunyi /i/ sehingga ucapan untuk /p/ sedikit banyak sudah diwarnai oleh bunyi /i/, yakni, kedua bibir sudah mulai melebar pada saat bunyi /p/ diucapkan. Sebaliknya, bunyi /p/ pada /pu/ diucapkan dengan kedua bibir dibundarkan, bukan dilebarkan seperti pada /pi/.
Namun demikian, sebagai pendengar kita tetap saja dapat menentukan bahawa kedua bunyi /p/ yang secara fonetik berbeza adalah satu bunyi yang secara fonemik sama. Kerana itulah maka betapa pun berbezanya lafal suatu bunyi, pendengar akan tetap menganggapnya sama bila perbezaan itu adalah akibat dari adanya bunyi lain yang mempengaruhinya. Dengan perkataan lain, alofon-alofon suatu bunyi akan tetap dianggap sebagai satu fonem yang sama.

Persepsi terhadap suatu bunyi dalam deretan bunyi boleh pula dipengaruhi oleh kecepatan ujaran. Suatu bunyi yang diucapkan dengan bunyi-bunyi yang lain secara cepat akan sedikit banyak berubah lafalnya. Akan tetapi, sebagai pendengar kita tetap saja dapat memilah-milahnya dan akhirnya menentukannya. Pengetahuan kita sebagai penutur bahasa membantu kita dalam proses persepsi.

Faktor lain yang membantu kita dalam mempersepsi suatu ujaran adalah pengetahuan kita tentang sintaksis mahupun semantik bahasa kita. Suatu bunyi yang terucap dengan tidak jelas dapat diterka dari wujud kalimat di mana bunyi itu terdapat. Bila dalam mengucapkan kalimat Dia sedang sakit kita terbatuk persis pada saat kita akan mengucapkan perkataan sakit, sehingga perkataan ini kedengaran seperti /keakit/, pendengar kita akan dapat menerka bahawa perkataan yang terbatukkan itu adalah sakit dari konteks di mana perkataan itu dipakai atau dari perkiraan makna yang dimaksud oleh pembicara.
Dari gambaran ini dapatlah dikatakan bahawa pengaruh konteks dalam persepsi ujaran sangatlah besar. Dari sintaksisnya kita tahu bahawa urutan pronomina, kala progresif, dan adjektiva adalah urutan yang benar. Dari semantiknya terdapat pula kecocokan antara ketiga-tiga perkataan ini. Daripada konteksnya ketiga-tiga perkataan ini memberikan makna yang layak.

4 comments:

fadilah saleah said...

Fadilah Bt. Saleah

Jawapan :
Soalan 1

Psikolinguistik adalah ilmu gabungan antara dua ilmu: psikologi dan linguistik. Orang memberi definisi yang berbeza-beza meskipun pada isi patinya sama. Aitchison (1998: 1) memberi definisi sebagai suatu “kajian tentang bahasa dan minda.” Harley (2001: 1) mengatakannya sebagai suatu “kajian tentang proses-proses mental dalam penggunaan bahasa.” Sementara itu, Clark dan Clark (1977: 4) mengatakan bahawa psikologi bahasa berkaitan dengan tiga hal utama: kefahaman, penghasilan, dan pemerolehan bahasa. Daripada definisi-definisi ini dapatlah disimpulkan bahawa psikolinguistik adalah ilmu yang mempelajari proses-proses mental yang dilalui oleh manusia dalam mereka membna pengetahuan berbahasa.

Fadilah Bt. Saleah

Jawapan :
Soalan 2

(Kess,1992)Perkembangan ilmu Psikolinguistik dapat dibahagi kepada empat tahap, tahap formatif. John W. Gardner, seorang sarjana psikologi dari Carnegie Corporation kemudian dikembangkan oleh John B. Carroll (1951),yang merintis keberkaitan antara kedua disiplin ilmu psikolinguistik. Pertemuan itu dilanjutkan pada tahun 1953 di Universiti Indiana. Hasil pertemuan membuat gema para sarjana ilmu psikologi dan sarjana ilmu linguistik menyebabkan banyak penyelidikan terarah pada kaitan antara kedua ilmu ini(Osgood dan Sebeok, 1954).
Pada masa itulah istilah psycholinguistic pertama kali digunakan. Kelompok ini kemudian mendukung penyelidikan mengenai relativiti bahasa mahupun universal bahasa. Pandangan tentang relativiti bahasa seperti yang dikemukakan oleh Benjamin Lee Whorf (1956) dan universal bahasa seperti yang dikemukakan dalam karya Greenberg (1963) adalah karya-karya pertama dalam bidang psikolinguistik.
Tahap kedua Linguistik, pada tahap ini Perkembangan ilmu linguistik, mulanya berorientasi kepada aliran behaviorisme dan ke aliran mentalisme, dan nativisme,
pada tahun 1957 dengan terbitnya buku Chomsky, Syntactic Structures, dan kritikan tajam Chomsky terhadap teori behaviorisme B. F. Skinner (Chomsky 1959). Inilah yang membuatkan psikolinguistik sebagai ilmu yang banyak diminati orang. Hal ini semakin berkembang kerana pandangan Chomsky tentang keuniversalan bahasa semakin mengarah kepada pemerolehan bahasa, khususnya pertanyaan “mengapa kanak-kanak di mana pun juga, memperoleh bahasa mereka dengan menggunakan strategi yang sama.” Kesamaan dalam strategi ini didukung pula oleh perkembangan ilmu neurolinguistik (Caplan 1987) dan biolinguistik (Lenneberg, 1967; Jenkins 2000). Kajian dalam bidang neurolinguistik menunjukkan bahawa manusia dicipta dengan memiliki otak yang berbeza daripada primat lain, baik dalam struktur mahupun fungsinya. Pada manusia ada bahagian-bahagian otak yang dikhususkan untuk kebahasaan, sedangkan pada binatang bahagian-bahagian ini tidak ada. Daripada segi biologi, manusia juga dicipta dengan memiliki struktur biologi yang berbeza daripada binatang. Mulut manusia, misalnya, memiliki struktur yang sedemikian rupa sehingga memungkinkan manusia mengeluarkan bunyi yang berbeza-beza. Ukuran ruang mulut secara perbandingan dengan lidah, keanjalan lidah, dan tipisnya bibir, membuatkan manusia dapat menggerak-gerakkannya secara mudah bagi menghasilkan bunyi-bunyi yang distingtif. Biolinguistik, iaitu ilmu gabungan antara biologi dan linguistik, bergerak lebih luas kerana ilmu ini mencuba menjawab lima pertanyaan poko dalam kajian bahasa seperti yang dikemukakan oleh Chomsky: (1) apa yang dimaksud dengan pengetahuan mengenai bahasa, (2) bagaimana pengetahuan itu diperoleh, (3) bagaimana pengetahuan itu diterapkan, (4) mekanisme otak manakah yang relevan dalam hal ini, dan (5) bagaimana pengetahuan ini berfungsi dalam spesies manusia (Jenkins 2000). Tahap ketiga Kognitif, tahap ini mengarah kepada fungsi kognisi dan landasan biologis manusia dalam pemerolehan bahasa.misalnya Tatabahasa,
sesuatu ujaran sebenarnya mencerminkan realiti psikologi yang ada pada manusia tersebut. Pada tahap ini orang juga mulai membincangkan peranan biologi bahasa kerana mereka mula merasa bahawa biologi adalah landasan tempat bahasa itu tumbuh. Orang-orang seperti Chomsky dan Lenneberg mengatakan bahawa pertumbuhan bahasa seorang manusia itu berkait secara genetik dengan pertumbuhan biologinya.Tahap terakhir dinamakan tahab teori Psikolinguistik,terdiri daripada ilmu-ilmu seperti neurologi, filsafat, primatologi, dan genetik. Dengan perkataan psikolinguistik menjadi ilmu yang disokong oleh ilmu-ilmu lain.

Fadilah Bt. Saleah

Jawapan :
Soalan 3

Pragmatik memberikan perspektif kepada bahasa. Kerana pragmatik menyangkut makna maka sering kali ilmu ini dikelirukan dengan ilmu makna, semantik. Akan tetapi semantik mempelajari makna dalam bahasa alami dengan tidak memperhatikan konteksnya. pragmatik juga merujuk kepada kajian makna dalam interaksi antara seorang penutur dengan penutur yang lain (Jucker, 1998),seperti dalam ayat
A: “Aduh,lapariah.”
B: “Tu, di tepi (pojok) ada gerai.”
Kita tahulah bahawa ayat C dan D tidak ada kaitan sintaksisnya, tetapi maknanya jelas – Jikalau kamu memang lapar dan mahu makan, pergilah ke gerai di tepi hujung itu. Daripada contoh-contoh di atas tampak bahawa pragmatik memang merupakan bahagian yang penting dalam komunikasi tetapi tidak merupakan salah satu komponen dalam bahasa. Pragmatik memberikan aturan yang membimbing manusia untuk berbahasa yang wajar.

fadilah saleah said...

Fadilah Bt. Saleah

Jawapan :
Soalan 1

Psikolinguistik adalah ilmu gabungan antara dua ilmu: psikologi dan linguistik. Orang memberi definisi yang berbeza-beza meskipun pada isi patinya sama. Aitchison (1998: 1) memberi definisi sebagai suatu “kajian tentang bahasa dan minda.” Harley (2001: 1) mengatakannya sebagai suatu “kajian tentang proses-proses mental dalam penggunaan bahasa.” Sementara itu, Clark dan Clark (1977: 4) mengatakan bahawa psikologi bahasa berkaitan dengan tiga hal utama: kefahaman, penghasilan, dan pemerolehan bahasa. Daripada definisi-definisi ini dapatlah disimpulkan bahawa psikolinguistik adalah ilmu yang mempelajari proses-proses mental yang dilalui oleh manusia dalam mereka membna pengetahuan berbahasa.



Fadilah Bt. Saleah

Jawapan :
Soalan 2

(Kess,1992)Perkembangan ilmu Psikolinguistik dapat dibahagi kepada empat tahap, tahap formatif. John W. Gardner, seorang sarjana psikologi dari Carnegie Corporation kemudian dikembangkan oleh John B. Carroll (1951),yang merintis keberkaitan antara kedua disiplin ilmu psikolinguistik. Pertemuan itu dilanjutkan pada tahun 1953 di Universiti Indiana. Hasil pertemuan membuat gema para sarjana ilmu psikologi dan sarjana ilmu linguistik menyebabkan banyak penyelidikan terarah pada kaitan antara kedua ilmu ini(Osgood dan Sebeok, 1954).
Pada masa itulah istilah psycholinguistic pertama kali digunakan. Kelompok ini kemudian mendukung penyelidikan mengenai relativiti bahasa mahupun universal bahasa. Pandangan tentang relativiti bahasa seperti yang dikemukakan oleh Benjamin Lee Whorf (1956) dan universal bahasa seperti yang dikemukakan dalam karya Greenberg (1963) adalah karya-karya pertama dalam bidang psikolinguistik.
Tahap kedua Linguistik, pada tahap ini Perkembangan ilmu linguistik, mulanya berorientasi kepada aliran behaviorisme dan ke aliran mentalisme, dan nativisme,
pada tahun 1957 dengan terbitnya buku Chomsky, Syntactic Structures, dan kritikan tajam Chomsky terhadap teori behaviorisme B. F. Skinner (Chomsky 1959). Inilah yang membuatkan psikolinguistik sebagai ilmu yang banyak diminati orang. Hal ini semakin berkembang kerana pandangan Chomsky tentang keuniversalan bahasa semakin mengarah kepada pemerolehan bahasa, khususnya pertanyaan “mengapa kanak-kanak di mana pun juga, memperoleh bahasa mereka dengan menggunakan strategi yang sama.” Kesamaan dalam strategi ini didukung pula oleh perkembangan ilmu neurolinguistik (Caplan 1987) dan biolinguistik (Lenneberg, 1967; Jenkins 2000). Kajian dalam bidang neurolinguistik menunjukkan bahawa manusia dicipta dengan memiliki otak yang berbeza daripada primat lain, baik dalam struktur mahupun fungsinya. Pada manusia ada bahagian-bahagian otak yang dikhususkan untuk kebahasaan, sedangkan pada binatang bahagian-bahagian ini tidak ada. Daripada segi biologi, manusia juga dicipta dengan memiliki struktur biologi yang berbeza daripada binatang. Mulut manusia, misalnya, memiliki struktur yang sedemikian rupa sehingga memungkinkan manusia mengeluarkan bunyi yang berbeza-beza. Ukuran ruang mulut secara perbandingan dengan lidah, keanjalan lidah, dan tipisnya bibir, membuatkan manusia dapat menggerak-gerakkannya secara mudah bagi menghasilkan bunyi-bunyi yang distingtif. Biolinguistik, iaitu ilmu gabungan antara biologi dan linguistik, bergerak lebih luas kerana ilmu ini mencuba menjawab lima pertanyaan poko dalam kajian bahasa seperti yang dikemukakan oleh Chomsky: (1) apa yang dimaksud dengan pengetahuan mengenai bahasa, (2) bagaimana pengetahuan itu diperoleh, (3) bagaimana pengetahuan itu diterapkan, (4) mekanisme otak manakah yang relevan dalam hal ini, dan (5) bagaimana pengetahuan ini berfungsi dalam spesies manusia (Jenkins 2000). Tahap ketiga Kognitif, tahap ini mengarah kepada fungsi kognisi dan landasan biologis manusia dalam pemerolehan bahasa.misalnya Tatabahasa,
sesuatu ujaran sebenarnya mencerminkan realiti psikologi yang ada pada manusia tersebut. Pada tahap ini orang juga mulai membincangkan peranan biologi bahasa kerana mereka mula merasa bahawa biologi adalah landasan tempat bahasa itu tumbuh. Orang-orang seperti Chomsky dan Lenneberg mengatakan bahawa pertumbuhan bahasa seorang manusia itu berkait secara genetik dengan pertumbuhan biologinya.Tahap terakhir dinamakan tahab teori Psikolinguistik,terdiri daripada ilmu-ilmu seperti neurologi, filsafat, primatologi, dan genetik. Dengan perkataan psikolinguistik menjadi ilmu yang disokong oleh ilmu-ilmu lain.

Fadilah Bt. Saleah

Jawapan :
Soalan 3

Pragmatik memberikan perspektif kepada bahasa. Kerana pragmatik menyangkut makna maka sering kali ilmu ini dikelirukan dengan ilmu makna, semantik. Akan tetapi semantik mempelajari makna dalam bahasa alami dengan tidak memperhatikan konteksnya. pragmatik juga merujuk kepada kajian makna dalam interaksi antara seorang penutur dengan penutur yang lain (Jucker, 1998),seperti dalam ayat
A: “Aduh,lapariah.”
B: “Tu, di tepi (pojok) ada gerai.”
Kita tahulah bahawa ayat C dan D tidak ada kaitan sintaksisnya, tetapi maknanya jelas – Jikalau kamu memang lapar dan mahu makan, pergilah ke gerai di tepi hujung itu. Daripada contoh-contoh di atas tampak bahawa pragmatik memang merupakan bahagian yang penting dalam komunikasi tetapi tidak merupakan salah satu komponen dalam bahasa. Pragmatik memberikan aturan yang membimbing manusia untuk berbahasa yang wajar.

shariah binti zulkifly said...

JADUAL BUNYI

MINGGU









M-7

M-6

M-5

M-4

M-3

M-2

M-1

p b t d k g f v s z sy c j m n ny ng l r w y h a e i o u
KONSONAN VOKAL

shariah binti zulkifly said...

PSIKOLINGUISTIK DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

TUGASAN 1 :
NAMA : SHARIAH BINTI ZULKIFLY
SEKOLAH : SJK© ST. MICHAEL & ALL ANGELS, KAMPUNG
TAWAS, 30010 IPOH, PERAK.
TELEFON : 0175269094
NO. MATRIK : M20082000005


1. Beri definisi ringkas psikolinguistik.

Ilmu psikolinguistik mempunyai pelbagai definisi . Menurut Aitchison (1998:1) memberi definisi sebagai suatu “kajian tentang bahasa dan minda.” Harley ( 2001:1 ) pula mengatakannya sebagai suatu “kajian tentang proses-proses mental dalam penggunaan bahasa.” Sementara Clark dan Clark (1977 : 4 ) mengatakan bahawa psikologi bahasa berkaitan dengan tiga hal utama : kefahaman, penghasilan, dan perolehan bahasa. manakala John Field dalam bukunya Psyckologuistics menyatakan “Psycholinguistics explores the relationship between the human mind and language .
Kesimpulan yang boleh kita tafsirkan daripada definisi-definisi di atas ialah psikolinguistik adalah ilmu yang mempelajari proses-proses mental yang dilalui oleh manusia dalam mereka membina pengetahuan berbahasa.


2. Jelaskan tahap perkembangan ilmu psikolinguistik.
Tahap perkembangan ilmu psikolinguistik terbahagi kepada 4 tahap iaitu :
(a) Tahap Fomatif.
Pada pertengahan abad ke-20 John W.Gardner menggagaskan penggabungan dua ilmu : psikologi dan linguistik. Idea ini kemudian dikembangkan oleh John B. Carroll dengan menyelenggarakan seminar di Universiti Cornell bagi merintis keberkaitan antara kedua disiplin ilmu ini . Rentetan ini menyebabkan banyak penyelidikan telah dilakukan. (Osgood dan Sebeok,1954 ) Pada masa itu istilah psikolinguistik pertama kali digunakan.

(b) Tahap Linguistik
Perkembangan ilmu linguistik mulanya berorientasikan kepada aliran behaviorisme dan kemudian beralih kepada aliran mentalisme ( nativisme ). Kritikan oleh Chomsky membuatkan psikolinguistik diminati orang kerana pandangan beliau tentang universalnya bahasa semakin mengarah kepada perolehan bahasa, khususnya “Mengapa kanak-kanak di mana pun juga memperoleh bahasa mereka dengan menggunakan strategi yang sama.”
Kesamaan ini didukung oleh perkembangan ilmu neurolinguistik ( Caplan, 1987 ) dan biolinguistik ( Lenneberg,1967 ; Jenkins, 2000 ) Kajian dalam bidang neurolinguistik menunjukkan bahawa manusia dicipta dengan memiliki otak yang berbeza daripada primat lain. Hanya manusia mempunyai bahagian otak khusus untuk kebahasaan. Dari aspek biologi manusia mempunyai mulut yang memiliki struktur yang sesuai untuk mengeluarkan bunyi yang berbeza-beza.
Biolinguistik cuba menjawab pertanyaan oleh Chomsky iaitu : (1) Apa yang dimaksudkan dengan pengetahuan mengenai bahasa ? (2) Bagaimana pengetahuan itu diperoleh ? (3) Bagaimana pengetahuan itu diterapkan (4) Mekanisme otak manakah yang relevan dalam hal ini ? (5) Bagaimana pengetahuan itu berfungsi dalam spesies manusia ( Jenkins,2000 )
Kaitan antara bahasa dengan neurobiology ini pandangan Chomsky yang mengatakan pertumbuhan bahasa pada manusia terancang secara genetik. Manusia sudah mempunyai kudrat pada masa lahir dan bekalan inilah yang membuatnya dapat mengembangkan bahasa.


(c) Tahap Kognitif
Pada tahap ini psikolinguistik mula mengarah kepada fungsi kognisi dan landasan biologi manusia dalam pemerolehan bahasa.Perolehan bahasa pada manusia bukanlah penguasaan komponen bahasa dengan tidak berlandaskan pada prinsip-prinsip kognitif.
Ujaran bukanlah suatu urutan bunyi yang linear tetapi urutan bunyi yang membentuk unit-unit konstituen yang berhierarki dan masing-masing unit ini adalah realit psikologis.
Kesimpulannya pertumbuhan bahasa seorang manusia berkait secara genetik dengan pertumbuhan biologinya.

(d) TahapTeori Psikolinguistik
Psikolinguistik tidak lagi terdiri daripada psiko dan linguistik tetapi menyangkut ilmu-ilmu lain seperti neurologi,filsafat, primatologi, dan genetik. Neurologi mempunyai fungsi yang sangat rapat dengan bahasa kerana kemampuan manusia berbahasa bukan kerana persekitaran tetapi kerana kudrat neurologi yang dibawa sejak lahir. Tanpa otak dengan fungsinya mustahil manusia dapat berbahasa.


3. Pragmatik ?
Dari segi definisinya, pragmatik ditakrifkan sebagai bidang bahasa yang mengkaji cara sesuatu ujaran itu mendapat makna apabila digunakan dalam konteks tertentu. Pragmatik mengutamakan penginterpretasian makna ujaran yang ada hubungannya dengan kontek situasi, tujuan penutur itu menghasilkan ujaran, dan cara pendengar menerima dan memahami ujaran itu.
Contoh :
A. Makan nasi!
B. Terima kasih. Saya sudah kenyang.

Melalui dialog ini, kita akan dapat melihat bahawa penutur B memahami maksud penutur A yang mengajaknya makan nasi walaupun ayat yang dituturkan hanya menggunakan dua perkataan sahaja. Pemahaman ini berlandaskan hubungan antara pembicara dengan pendengar.
Justeru, bidang pragmatik cuba menyerlahkan peraturan sosial yang berkaitan dengan penggunaan bahasa dan fungsi bahasa mengikut konteks. Kajian pragmatik tidak mengutamakan struktur bahasa dalam menginterpretasi makna ujarannya tetapi lebih kepada hubungan antara struktur bahasa dengan peraturan perlakuan para penggunanya. Oleh sebab itu, kajian linguistik ini tidak boleh dimasukkan linguistik yang sebenarnya, sebaliknya harus dibangunkan menggunakan teori-teori yang dapat menunjukkan bahawa makna ujaran adalah berbeza daripada makna nahu yang bersifat bebas konteks. Dengan cara ini , makna pragmatik dapat dibezakan daripada makna nahu ( semantik ), tetapi pada masa yang sama kedua-dua bidang ini bergabung dalam satu ruang lingkup yang padu untuk mengkaji makna bahasa.



BIBLIOGRAFI

1. Azman Wan Chik, Trend-Trend Baru Dalam Bidang Pendidikan Bahasa, Jabatan Pendidikan Bahasa, Fakulti Pendelikon Universiti Malaya.

2. Frank Parker ; Penterjemah :Raja Rahawani Raja Mamat, 1994, Linguistik untuk Bukan Ahli Linguistik, DBP, Kuala Lumpur.

3. John Field, Routled , 2003, Psycholinguistics , A Resourse Book for Student, Taylor and Francis Group London and New York.

4. John Lyons ;1994, Penterjemah : Ramli Salleh, Toh Kim Hoi, Bahasa dan Linguistik, Suatu Pengenalan, DBP

5. Soenjono Dardjowidjojo, editor siri : Prof. Emeritus Abdullah Hassan, 2007, psikolinguistik, Memahami Asas Pemerolehan Bahasa, Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, PTS Professional, Kuala Lumpur.

6. Zaitul Azma Zainon Hamzah, 2006, Memahami Pertuturan Kanak-Kanak Melalui Analisis Pragmatik,Universiti Putra Malaysia, Serdang.