1. PENGENALAN
Dalam Bab II dipaparkan bagaimana manusia mempersepsi bunyi yang didengar melalui telinganya. Bunyibunyi itu kemudian membentuk sukukata dan daripada sukukata terbentuklah perkataan; rentetan perkataan yang mengikut kaedah tertentu membentuk frasa, dan daripada frasafrasa itu terbentuklah klausa. Setelah diberi intonasi klausa ini menjadi ayat. Deretan ayat yang memiliki hubungan makna membentuk wacana.
Persoalan yang kita hadapi adalah bagaimana manusia dapat memahami perkataan frasa, klausa, ayat atau wacana yang mereka dengar. Dengan kata lain, bagaimana kefahaman dapat terbentuk? Bagi membahas masalah ini perlu terlebih dahulu difahami jenis serta definisi mengenai konsep ini.
Dari sudut pandangan ilmu psikolinguistik, ada dua jenis kefahaman (Clark & Clark 1977). Pertama, adalah kefahaman yang berkaitan dengan pemahaman terhadap ujaran yang kita dengar. Kedua, adalah kefahaman yang berkaitan dengan tindakan yang perlu dilakukan setelah pemahaman itu terjadi. Untuk jenis yang pertama, kefahaman dapat didefinisikan sebagai suatu proses mental apabila pendengar mempersepsi bunyi yang dikeluarkan oleh seorang penutur dan mengunakan bunyibunyi itu bagi membentuk suatu interpretasi tentang apa yang kiranya dimaksudkan oleh penutur tadi. Secara mudah dapat dikatakan bahawa kefahaman adalah pembentukan makna daripada bunyi.
Setelah pemahaman terhadap ujaran itu terjadi, pendengar menentukan apakah ada tindakan yang perlu dilakukan sesuai dengan apa yang dia fahami. Proses mental ini dinamakan pelaksanaan ayat (utilization of sentences). Bab III membahaskan kefahaman ayat sedangkan pelaksanaan ayat dibahaskan dalam Bab IV.
2. STRUKTUR DALAM DAN STRUKTUR LAHIR
Dalam kebanyakan hal makna suatu ujaran dapat difahami daripada urutan perkataan yang terdapat pada ujaran tersebut, atau daripada ciriciri tertentu masingmasing perkataan yang digunakan. Ayat seperti
(1) Lelaki tua itu masih dapat bermain tenis.
dapat difahami dengan lengkap daripada urutan perkataanperkataan yang kita terdengar atau lihat. Siapa pun yang mendengar ayat ini akan memberikan interpretasi makna yang sama, yakni, adanya seorang lelaki, lelaki itu tua, dia dari dulu sampai sekarang bermain sesuatu, dan sesuatu itu adalah tenis.
Pada kasus yang lain, tidak mustahil bahawa suatu ayat yang tampaknya sederhana ternyata memiliki makna yang rumit. Dalam ayat (2), misalnya,
(2) Lelaki dan wanita tua itu masih dapat bermain tenis
kita tidak yakin apakah lelaki itu juga tua seperti si wanita atau hanya wanitanya saja yang tua sedangkan lelakinya tidak. Interpretasi ini muncul kerana adjektif tua dapat berfungsi sebagai pembatas hanya kepada kata nama wanita saja atau pada frasa lelaki dan wanita. Apabila kita menggunakan rajah pohon, frasa lelaki dan wanita tua dalam ayat (2) dapat memiliki bentuk (2a) atau pun
(2b).
(2a) FN
FN
N Khub N Adj
Lekaki dan wanita tua
(2b) FN
N Khub FN
N Adj
Lelaki dan wanita tua
Beberapa contoh lain dalam bahasa Inggeris dapat menggambarkan secara lebih jelas bahawa pemahaman suatu ujaran tidak selalu dapat dilakukan hanya daripada kewujudan ayat yang kita dengar atau lihat. Ayat Inggeris seperti:
(3) Flying saucers can be dangerous
(4) John loves Mary more than his brother
(5) The shooting of the hunter was terrible
adalah taksa. Ayat (3) boleh berarti “menerbangkan piring boleh berbahaya” atau “piring terbang boleh berbahaya”; begitu pula ayat (4) yang boleh berarti “cinta John pada Mary lebih mendalam daripada cinta dia kepada adiknya” atau “cinta John pada Mary lebih mendalam daripada cinta adiknya pada Mary.” Dengan perkataan lain, yang cinta Mary boleh hanya John saja atau adiknya pula. Pada ayat (5) kita bertanyatanya apakah penembakan terhadap pemburu itu yang buruk ataukah tembakan dari pemburu itu yang buruk.
Daripada contohcontoh di atas tampak bahawa makna suatu ayat ternyata tidak hanya ditentukan oleh kewujudan permukaan yang kita dengar atau lihat saja tetapi bahkan terutama oleh representasi yang mendasarinya. Dengan perkataan lain, suatu ayat tidak hanya memiliki struktur lahir tetapi juga struktur dalam. Lihat lagi perbahasan mengenai soal ini dalam Bab I.
Perbedaan antara struktur lahir dengan struktur dalam ini sangat penting untuk pemahaman ayat kerana proses mental yang dilalui oleh manusia dalam menanggapi ayatayat seperti ini berbeda dengan ayatayat yang tidak taksa. Meskipun konsep struktur dalam vs struktur lahir kini sudah tidak diikuti lagi oleh penggagasnya (Chomsky 1996), dalam kaitannya dengan kefahaman ujaran kedua konsep ini rasanya masih sangat bermanfaat. Seseorang dapat memahami suatu ayat hanya apabila dia memahami apa yang terkandung dalam ayat itu, bukan hanya terlihat atau terdengar daripada ayat tersebut.
3. PROPOSISI
Waktu kita mendengar suatu ujaran, yang kita dengar memang serentetan bunyi yang membentuk sukukata, dan daripada sukukata menjadi perkataan, dari perkataan menjadi frasa, dan seterusnya. Akan tetapi, bagi memahami ujaran itu kita perlu meramu bunyi dan perkataanperkataan itu sehingga terbentuklah representasi makna yang mendasarinya. Unitunit makna pada ayat dinamakan proposisi (Clark dan Clark 1977: 11). Lobner mendefinisikannya sebagai a set of the referents of all referring elements and how they are linked (Lobner, 2002: 2329 dan 99122). Dengan kata lain, untuk memahami suatu ayat kita perlu memahami proposisi yang dinyatakan oleh ayat tersebut.
Proposisi terdiri daripada dua bahagian: (a) hujahan, yakni, perkara atau halehwal yang diperkatakan, dan (b) predikasi, yakni, pernyataan yang dibuat mengenai hujahan. Ada beberapa jenis proposisi seperti berikut:
Ayat Unit Verbal Namaan
(6) a. Marsudi menyanyi. menyanyi Marsudi
(6) b. Santi sakit. sakit Santi
(6) c. Sari sedang menulis tesis. Sedang menulis tesis Sari
(6) d. Agus di Sumbawa. di Sumbawa Agus
(6) e. Fivien memberi saya kado. Memberi Fivien, saya, kado
Pada contoh (6) menyanyi, sakit, sedang menulis, di Sumbawa, dan memberi adalah predikasi sedangkan Marsudi, Santi, Sari, tesis, Agus, dan Fiviensayakado adalah hujahan. Proposisi pada (6a) mempredikati kegiatan menyanyi oleh Marsudi; pada (6b) mempredikati keadaan sakit si Santi; pada (6c) mempredikati kegiatan menulis tesis oleh Sari, dst.
Kerana hujahan boleh apa atau siapa saja dan predikat juga boleh bermacammacam, maka proposisi umumnya digambarkan dengan formula:
x {y,z}
yang berarti “fungsi x terhadap y dan z”.
Suatu ayat boleh mengandungi lebih daripada satu proposisi. Dalam ayat
(7) Orang tua itu mencuri basikal saya
terdapat proposisiproposisi berikut:
(a) Seseorang mencuri basikal
(b) Seseorang itu adalah orang
(c) Orang itu tua
(d) Basikal itu basikal saya
(e) Kala yang menyatakan masa lalu (meskipun ini tidak terwujud tetapi dapat dikesan dalam ayat (7)).
Pengertian mengenai proposisi ini penting untuk kefahaman kerana yang kita fahami daripada suatu ayat sebenarnya adalah proposisiproposisi itu – kenyataan bahawa ada orang, orang itu tua, orang itu mencuri basikal, basikal yang dicuri adalah basikal milik saya, dsb.
Seorang pendengar menerima masukan yang berupa rentetan perkataan yang disusun secara linear. Dari susunan linear itu pendengar membentuk suatu susunan proposisi yang sifatnya hierarkis, langkah demi langkah daripada hierarki yang rendah menuju ke hierarki yang lebih tinggi. Begitu kita mendengar sebuah kata, proses mental kita mulai bekerja dan membentuk makna untuk perkataan ini dengan memanfaatkan ciri-ciri yang ada pada perkataan itu. Pada saat kita mendengar perkataan orang muncullah dalam benak kita ciri-ciri semantik [+manusia], [+lelaki], [+perilaku negatif], dsb. Perkataan tua menambahkan ciri [+berumur lanjut], dan perkataan itu menambahkan lagi ciri [+definit] (dan bukan [+generik]). Pengurutan perkataan orang, kemudian tua, dan kemudian itu (dan bukan orang langsung kepada itu, dan kemudian tua!) membentuk suatu hierarki proposisi pada tataran frasa yang menyatakan bahawa lelaki tersebut adalah orang yang sudah berumur lanjut, dan orang ini adalah orang yang sudah kita ketahui identitinya.
Proses ini berjalan lebih lanjut: ada sebuah baskal dan basikal itu kepunyaan saya; orang itu melakukan perbuatan, yakni, perbuatan mencuri, dst. sehingga ayat (7) akhirnya dapat difahami dengan benar.
Yang sering terjadi pada manusia adalah bahawa begitu suatu proposisi ayat difahami, katakata yang mewakilinya menjadi tidak penting lagi. Kita bahkan sering lupa katakata apa persisnya yang dipakai oleh penutur tadi. Hal ini terbukti dengan kenyataan bahawa jikalau kita perlu menyatakan proposisi tersebut, belum tentu kita menggunakan perkataanperkataan dan urutan yang sama.
4. KONSTITUEN SEBAGAI REALITI PSIKOLOGIS
Dalam analisis bahasa, kita selalu berhadapan dengan konsep pemenggalan ayat menjadi berberapa bahagian yang masingmasingnya dinamakan konstituen. Dalam ayat (7) di atas, misalnya, kita menganalisis ayat ini menjadi dua bahagian, kemudian bahagianbahagian ini kita penggalpenggal lagi sehingga akhirnya tidak ada lagi yang dapat dipenggal menjadi lebih kecil. Rajah pohon yang umum diberikan adalah seperti pada halaman berikut.
Tampak daripada rajah pohon ini bahawa K terdiri dari FN dan FV; FV terdiri dari V dan FN; FN pertama terdiri daripada FN dan PEN dst. Dari segi psikolinguistik pertanyaan yang muncul adalah apakah pemenggalan ayat seperti ini memiliki realiti psikologis atau hanyalah suatu cara yang diguakan oleh ahli linguistik bagi memenggalmenggalayat. Dengan perkataan lain, apakah konstituen memiliki realiti psikologis?
Konstituen bukanlah hanya sekedar penggalan ayat yang sifatnya arbitreri saja. Pemenggalan ayat menjadi konstituen
A
FN FV
FN PEN V FN
N ADJ N POS
Orang tua itu mencuri basikal saya
mempunyai landasan psikologis mahupun sintaktik yang kuat. Pertama, konstituen adalah satu kesatuan yang utuh secara konseptual. Frasa namaan orang tua itu dalam gambar rajah di atas memiliki satu makna konseptual yang utuh kerana frasa ini dapat digantikan dengan konstituen lain yang berupa hanya satu perkataan, misalnya, Alex atau dia. Penggantian satu perkataa untuk frasa namaan ini menunjukkan bahawa frasa ini mengandungi satu kesatuan makna. Kedua, pemenggalan kelompok kata di luar konstituen akan mengganggu kefahaman kita. Cubalah kita baca petikan (A) berikut dengan berhenti sejenak hanya pada tiap tanda /.
A. Kaedahkaedah / penyakit ini memang / sukar. Para / mahasiswa sering kurang / dapat menggunakan kaedah / ini dengan sempurna. Kaedah / yang paling sukar adalah kaedah / rekaan. Perbedaan / darjah kesukaran dalam / pengamalan kaedah / kedua hingga keenam / ini diduga kerana /adanya tuntutan / yang berbeda dalam / darjah pengolahan / kognitifnya …
Sekarang bacalah petikan di atas yang disajikan berdasarkan pemenggalan konstituen yang benar seperti pada (B) berikut dengan tanda / / untuk hentian yang agak lebih lama:
B. Kaedahkaedah penyakit ini / memang sukar //. Para mahasiswa / sering kurang dapat menggunakan / kaedah ini dengan sempurna //. Kaedah yang paling sukar / adalah / kaedah rekaan //. Perbedaan darjah kesukaran / dalam pengamalan kaedah kedua hingga keenam ini / diduga / kerana adanya tuntutan / yang berbeda / dalam pengolahan kognitifnya …
Dari (A) dan (B) di atas dapat kita rasakan bahawa cara membaca pada (A) membuat kita menjadi pendengar yang sukar memahami kutipan ini. Sebaliknya, cara pada (B) memudahkan kita memahami isi kutipan tersebut.
Ketiga, yang kita simpan dalam memori kita bukanlah perkataanperkataan yang bebas daripada konstituennya, tetapi kesatuan makna daripada masingmasing konstituen. Daripada ayat (7) di atas tidak mungkin kita menyimpan informasi yang menyatakan bahawa basikal yang dicuri itu tua kerana yang tua adalah orang yang mencuri basikal itu. Oleh sebab itu, yang tersimpan dalam memori kita pastilah orang itu dengan ciriciri ketuaannya. Untuk basikal kepemilikan bagi basikal itulah yang akan tersimpan, yakni, bahawa basikal itu milik saya. Penyelidikan yang dilakukan oleh Ammon (1968 dalam Clark & Clark 1977) juga menunjukkan bahawa orang mudah mengingat perkataanperkataan yang berada dalam satu konstituen yang sama. Apabila ada ayat yang diberi sebagai:
(8) The polite actor thanked the old woman who carried the black umbrella
orang mudah ingat bahawa si actorlah yang polite dan womanlah yang old dan tidak sebaliknya.
Dengan gambaran di atas jelaslah tampak bahawa konstituen memegang peranan yang sangat penting dalam usaha kita memahami suatu ujaran.
5. STRATEGI DALAM MEMAHAMI UJARAN
Dalam mamahami suatu ujaran, ada sekrangkurangnya tiga faktor yang ikut membantu kita. Pertama adalah faktor yang berkaitan dengan pengetahuan dunia. Sebagai anggota masyarakat, kita telah hidup bersama dengan alam sekitar kita. Alam sekitar ini memberikan kepada kita pengetahuanpengetahuan tentang kehidupan di dunia. Sebahagian dari pengetahuan ini bersifat universal sedangkan sebahagian yang lain khusus mengenai masyarakat tempat kita tinggal. Pengetahuan umum bahawa gajah berbadan besar membuat kita menganggap gajah yang mempunyai saiz seekor kambing adalah gajah kecil. Sebaliknya, pengetahuan kita bahawa semut berbadan kecil membuat kita berkata bahawa semut yang panjangnya dua sentimeter adalah semut yang besar, dsb. Dengan demikian, ungkapan gajah kecil dan semut besar harus difahami dalam konteks tentang pengetahuan dunia.
Tidak jarang pula pengetahuan dunia ini merupakan satu-satunya faktor yang membantu kita memahami isi suatu ujaran. Dalam ayat Inggeris yang telah kita lihat sebelumnya
(9) He bought a pair of horse shoes
(10) He bought a pair of alligator shoes
kita fahami bahawa horse shoes pastilah kasut yang dipakai oleh kuda sedangkan alligator shoes adalah kasut yang dibuat dari kulit buaya. Pemahaman seperti ini sematamata berdasarkan pengetahuan tentang dunia di mana kita hidup, yakni, bahwa di dunia kita ini kuda memang banyak yang memakai kasut dan tidak ada buaya yang memakai sepatu. Kulit buaya memang banyak yang dipakai untuk membuat kasut dan tidak ada kasut yang dibuat dari kulit kuda.
Pengetahuan tentang dunia yang sifatnya tidak universal adalah pengetahuan yang spesifik terdapat pada budaya atau masyarakat tertentu. Dalam masyarakat Jawa, misalnya, ada perhitungan hari yang berdasarkan kalendar Jawa. Menurut kalendar Jawa, satu minggu itu terdiri daripada lima hari: pon, paing, manis, wage, dan kliwon. Dalam kombinasinya dengan kalendar nasional yang terdiri dari tujuh hari akan ada suatu hari Khamis yang bercampur dengan wage. Khamis wage itu adalah Khamis sebelum Jumaat, dan Jumaat sesudah Khamis wage adalah Jumaat kliwon. Dalam budaya Jawa, malam Jumaat kliwon (yakni, Khamis wage malam) adalah malam yang menyeramkan kerana pada malam ini banyak setan, jin, dan orang halus lain menampakkan diri.
Kaitannya dengan kefahaman bahasa tentulah jelas: suatu ayat yang berbunyi Ini malam Jumaat kliwon, kan? harus difahami sebagai suatu pertanyaan yang mempunyai implikasi spiritual yang menakutkan.
Pengetahuan tentang dunia memiliki darjat yang berbeda-beda: ada yang universal (seperti gajah itu besar dan semut itu pastilah kecil), ada yang lokal (seperti kalendar Jawa di atas), dan ada pula yang aksidental. Yang terakhir ini mencakupi adanya suatu peristiwa dalam sejarah kehidupan suatu masyarakat sehingga hanya orang-orang yang mengetahuinya pada saat itu atau yang mengetahuinya daripada sumber-sumber lainlah yang dapat memahaminya. Orang yang lahir jauh sesudah tahun 50-an tidak akan tahu makna daripada ayat Jangan pulang malam-malam, ya, nanti boleh menjadi seperti Sum Kuning kerana peristiwa tentang Sum Kuning (wanita penjual jamu yang dirogol oleh empat orang anak muda pegawai tinggi di Yogyakarta) terjadi dalam tahun 50-an.
Pengguna bahasa Inggeris di Indonesia belum tentu tahu pula makna ayat Inggeris I’ll give you my John Hancock kalau dia tidak tahu sejarah Amerika di mana pada saat deklarasi kemerdekaan ada satu orang pendukung yang kerana sangat ghairahnya memberikan sokongan kuat dengan memberikan tandatangan yang sangat besar ukurannya. Dengan demikian, ayat Inggeris I’ll give you my John Hancock berarti “Saya beri kamu sokongan yang sangat kuat.”
Di samping pengetahuan tentang dunia, dalam memahami ujaran kita juga dibantu oleh faktor-faktor sintaktik. Seperti dinyatakan dalam Bahagian 3 di atas, ayat terdiri daripada konstituen. Konstituen ini juga memiliki struktur tertentu. Struktur konstituen inilah yang membantu kita memahami ujaran. Dengan perkataan lain, kita menggunakan strategi-strategi sintaktik bagi membantu kita memahami suatu ujaran. Strategi-strategi ini adalah:
1. Setelah kita mengenal pasti perkataan pertama daripada suatu konstituen yang kita dengar, proses mental kita mulai mencari perkataan lain yang selaras dengan perkataan pertama dalam konstituen tersebut. Seandainya perkataan pertama yang kita dengar adalah orang, maka kita mencari perkataan lain yang secara sintaktis boleh berkolokasi dengan perkataan ini. Perkataan-perkataan ini boleh jadi tua, besar, bodoh, atau itu. Proses seperti ini terjadi kerana kita sebagai penutur asli bahasa Melayu secara intuitif tahu bahawa perkataan seperti orang hampir selalu diikuti oleh sesuatu yang lain untuk boleh menjadi suatu konstituen. Kerana itu, kita mengharapkan adanya perkataan lain yang menyusul.
2. Setelah mendengar perkataan yang pertama dalam suatu konstituen, perhatikan apakah perkataan berikutnya mengakhiri konstruksi itu. Seandainya setelah pekrataan orang muncullah perkataan yang, maka kita membuat kesimpulan bahawa konstruksi orang yang tidak mungkin membentuk suatu konstituen. Oleh kerana itu, benak kita masih mengharapkan adanya perkataan atau perkataan-perkataan lain yang mengikutinya lagi. Ini adalah kerana secara intuitif kita juga tahu bahawa perkataan yang pastilah membentuk ayat kecil, maka kita mengharapkan munculnya ayat kecil itu. Apabila ayat kecil tadi muncul, misalnya, Orang yang mencari kamu legalah kita kerana dengan adanya ayat kecil ini maka terciptalah suatu FN.
Dalam bahasa Inggeris, apabila kita mendengar perkataan the maka kita mengharapkan munculnya kata namaan. Apabila kemudian yang muncul adalah perkataan two, kita masih terus berharap. Kemudian muncul perkataan very, yang juga bukan namaan. Minda kita masih belum mahu menerima tiga perkataan ini sebagai FN. Kemudian muncullah perkataan beautiful,yang juga bukan namaan. Hanya setelah perkataan girls girls terdengar, maka legalah minda kita kerana the two very beautiful girls sempurna memenuhi syarat sebagai FN.
3. Setelah kita mendengar suatu kata kerja, carilah jenis serta bilangan argumen yang selaras dengan kata kerja tersebut. Jikalau kata kerja yang kita dengar adalah, misalnya, kata kerja memukul, maka kita pasti mengharapkan adanya satu argumen, yakni, benda atau makhluk yang dipukul. Oleh sebab itu, setelah kita mendengar ungkapan
(11) Dia memukul …
pastilah kita mengharapkan sebuah kata nama seperti pencuri atau meja kerana tidak mungkin ada suatu ayat yang berakhir dengan kata kerja seperti pada (11). Tidak mustahil bahawa yang muncul bukanlah kata nama tetapi penjodoh bilangan seperti sebuah atau seorang. Apabila seorang muncul sesudah memukul maka kita masih mengharapkan sebuah kata nama kerana seorang dalam memukul seorang belum merupakan suatu konstituen. Akan tetapi, dalam hal ini harapan kita sudah lebih terbatas lagi kerana seorang hanya mungkin diikuti oleh kata nama yang berciri [+manusia].
Jikalau yang kita dengar adalah, misalnya, kata kerja terletak, maka kita mengharapkan adanya suatu lokasi untuk entiti yang diletakkan kerana tidak ada suatu perbuatan meletakkan dengan tidak menyangkut pula tempat di mana benda tersebut ditempatkan. Dengan demikian jika yang kita dengar hanyalah
(12) Sampul surat Bulog (Badan Urusan Logistik) itu terletak …
kita masih mengharapkan adanya satu atau dua kata nama yang lain sehingga terbentuklah, misalnya, ayat (12a)
(12a) Sampul surat Bulog (Badan Urusan Logistik) itu terletak di atas meja Akbar.
Tidak mustahil bahawa setelah kita mendengar suatu perkataan, ada beberapa kemungkinan yang boleh muncul. Ambillah perkataan percaya. Setelah mendengar perkataan ini, ada tiga kemungkinan yang boleh muncul: (a) sebuah kata nama seperti dalam (Saya) percaya dia, (b) sebuah kata sendi seperti pada (Kami) percaya pada Tuhan, dan (c) sebuah klausa relatif seperti pada (Saya) percaya bahawa Si Anu suka …. Minda kita bersedia dengan tiga kemungkinan ini.
4. Tempelkanlah setiap perkataan baru pada perkataan yang baru saja mendahuluinya. Strategi ini berkaitan dengan kenyataan bahawa kewujudan ayat memang dalam bentuk linear sehingga perkataan yang mengikuti biasanya menjelaskan perkataan yang mendahuluinya. Perhatikan contoh berikut:
(13) buku sejarah kebudayaan Indonesia
Ikutilah langkah-langkah perkembangan fikiran berikut: (a) Ini apa? – buku, (b) buku apa? – buku sejarah; (c) sejarah apa? – sejarah kebudayaan; (d) kebudayaan bangsa mana? – kebudayaan bangsa Indonesia.
Meskipun prinsip ini sangat umum, kadang-kadang kita tersilap. Setelah mendengar perkataan Inggeris the horse dan kemudian kata kerja raced kita mengira bahawa kata kerja ini adalah predikat dari the horse kerana secara intuitif kita tahu bahawa sesudah subjek wujudlah predikat. Ketersilapan ini diperkuat oleh perkataan-perkataan berikutnya, yakni, past the barn sehingga terbentuklah “ayat”
(14) The horse raced past the barn.
Akan tetapi, kita kemudian mendengar kata kerja fell selepas perkataan barn sehingga terbentuklah ayat (14a)
(14a) The horse raced past the barn fell.
Tambahan perkataan fell meruntuhkan strategi kita yang awal kerana ternyata predikat kepada the horse bukanlah kata kerja yang terdekat, raced, tetapi malah yang paling jauh, fell. Dalam kasus seperti ini jumlah waktu yang diperlukan bagi memproses ayat
(14a) lebih panjang kerana setelah sampai pada perkataan fell kita terpaksa kembali lagi ke depan dan mengulang semua interpretasi yang kita buat sebelumnya.
5. Gunakanlah perkataan atau konstituen pertama daripada suatu klausa bagi mengenal pasti fungsi klausa tersebut. Seandainya kata yang kita dengar adalah jikalau, meskipun, atau ketika, maka pastilah akan ada klausa utama dalam ayat tersebut. Contoh:
(15) Jikalau kamu setuju, …
(16) Ketika kami di Medan, …
6. Dalam bahasa tertentu seperti bahasa Inggeris, imbuhan juga dapat memberikan bantuan dalam pemahaman. Perhatikan dua ayat berikut:
(17) I know the boys’ cook.
(18) I know the boys cooked.
Dalam bahasa lisan pemahaman apakah anak-anak itu mempunyai tukang masak atau malah mereka sendiri yang masak tergantung pada ada tidaknya akhiran –ed selepas cook. Tanpa akhiran, kita fahami bahawa anak-anak itu mempunyai tukang masak dan saya kenal tukang masak itu. Dengan imbuhan -ed, pengertian kita adalah bahawa anak-anak itu melakukan masak-memasak sendiri.
Dalam bahasa lisan, prosodi (tekanan kata, intonasi) juga dapat menentukan makna ayat. Perhatikan contoh ayat Inggeris berikut:
(19) What are we having for dinner, mother?
(20) What’s on the road < ahead >?
Ayat (19) lazimnya diucapkan dengan intonasi turun pada kata mother. Dengan demikian, makna (19) adalah pertanyaan kepada sang ibu apa yang akan dimakan nanti malam. Bila intonasi pada kata mother itu naik, maka ertinya menjadi aneh kerana maknanya menjadi “Nanti malam kita makan apa, ibu (atau ayam)?”
Begitu pula ayat (20). Dengan intonasi naik, /head/ adalah a dan head – ‘sebuah kepala’ sehingga ertinya adalah “Apa yang ada di jalan itu, sebuah kepala?”. Dengan intonasi turun /head/ adalah ahead sehingga ayat (20) berarti “Apa yang ada di depan itu?” Di samping strategi sintaktik, orang juga menggunakan strategi semantik dalam memahami ujaran. Berikut adalah beberapa strategi semantik yang kita gunakan:
1. Gunakanlah akal dalam memahami ujaran. Kita hidup dalam masyarakat yang memiliki persepsi yang sama tentang banyak hal. Kita, misalnya, pasti sama-sama memahami bahawa di dunia ini kucing mengejar tikus, dan bukan sebaliknya. Dengan pengetahuan seperti ini maka jikalau kita diberi proposisi yang berkaitan dengan seekor tikus, seekor kucing, dan perbuatan mengejar, pastilah kita berpikir bahawa ayat yang kita dengar adalah seperti (21a) dan bukan (21b):
(21a) Kucing itu mengejar tikus.
(21b) Tikus itu mengejar kucing.
Apabila memang terdengar ayat (21b) pastilah kita hairan dan tidak mustahil bertanya kepada pembicara apa memang itu yang dia ujarkan.
2. Carilah konstituen yang memenuhi syarat-syarat semantik tertentu. Jikalau kita mendengar perkataan mencarikan, pastilah muncul dalam benak kita konsep-konsep semantik yang berkaitan dengan perkataan ini, yakni, (a) pasti harus ada pelaku perbuatan, (b) pasti ada objek yang dicari, dan (c) pasti ada orang lain yang dicarikan apa pun yang dicari itu. Dengan demikian, jikalau ayat yang kita dengar hanyalah
(22) Dia sedang mencarikan anaknya
pastilah kita masih mengharapkan adanya kelanjutan daripada ayat itu kerana kata kerja mencarikan belum lengkap jikalau hanya diikuti oleh orang yang mendapat manfaat, dalam hal ini anaknya.
Jikalau ayat yang kita dengar adalah (22a)
(22a) Dia sedang mencarikan pekerjaan
maka ada dua pengertian yang kita fahamkan: pekerjaan itu bukan untuk dia sendiri, dan kerana itu pasti ada orang lain yang sedang dia carikan pekerjaan itu, meskipun hal ini tidak dinyatakan secara eksplisit.
3. Apabila ada urutan kata N K N, maka N yang pertama adalah pelaku perbuatan, kecuali ada tanda-tanda lain yang mengingkarinya. Dalam ayat
(23a) Dia melanggar polis
dia adalah pelaku perbuatan. Akan tetapi, bila kata kerjanya telah ditandai dengan imbuhan tertentu, misalnya, awalan di, sehingga ayatnya menjadi
(23b) Dia dilanggar polis
perkataan dia tidak lagi menjadi pelaku perbuatan.
Dalam bahasa Inggeris, begitu kita mendengar perkataan the man pasti kita mengira orang itu sebagai pelaku dan mengharapkan adanya kata kerja perbuatan. Akan tetapi, kemudian yang muncul adalah verba was. Kita masih mengharap adanya kata kerja perbuatan seperti beating atau eating. Akan tetapi, bila yang muncul kemudian ternyata adalah kata kerja beaten maka hilanglah harapan kita akan munculnya N sebagai pelaku perbuatan.
4. Bila dalam wacana kita memui ganti nama seperti dia, mereka, atau kami, berundur dan carilah antesiden untuk ganti nama ini. Dalam suatu wacana berikut
(24) Waktu itu saya, Fivien, dan Marsudi sedang menyusuri sungai. Tiba-tiba kami lihat ada seekor ular besar yang …
kita menemui ganti nama kami pada ayat kedua. Pada saat kita membaca atau mendengar perkataan ini, kita secara automatis pasti akan berundur bagi mencari antesiden dari ganti nama ini, dan kita temui tiga orang, yakni, saya, Fivien, dan Marsudi.
Dalam bahasa Inggeris kaitan antara ganti nama dengan antesidennya tampak lebih nyata. Dalam wacana seperti (25)
(25) Robert and Betty went shopping.
She needed a new pair of shoes while
he had nothing specific that he needed.
Dari perkataan she kita tahu bahawa yang memerlukan kasut baru itu bukannya Robert tetapi Betty. Begitu juga dari perkataan he: Robert tampaknya tidak memerlukan apa pun.
5. Informasi lama biasanya mendahului informasi baru. Dalam kita berujar, ada informasi-informasi yang kita anggap ada pada kesadaran si pendengar pada saat dia mendengar itu. Informasi seperti ini dinamakan informasi lama. Setelah informasi lama dinyatakan, barulah informasi baru diberikan. Waktu kita berkata
(26a) Brahim menikahi Bedah 19 Januari 2003.
pastilah kita berandaian bahawa pendengar menyadari bahawa rujukan yang dimaksud dengan Brahim. Ini adalah informasi lama yang diandaikan diketahui oleh pendengar. Baru setelah informasi lama ini disampaikan, pembicara memberikan informasi baru, yakni, bahawa orang tadi menikahi Bedah 19 Januari 2003.
Bila urutannya bukan informasi lama dan informasi baru, biasanya ada tanda-tanda sintaktik yang muncul. Perhatikan ayat berikut
(26b) Bedahlah yang dinikahi Brahim Januari 2003.
Dalam ayat ini terasa bahawa yang diberitakan (yang merupakan informasi baru) adalah mengenai Bedah. Dalam ayat seperti ini di mana informasi baru mendahului informasi lama ayatnya memiliki penanda khusus seperti adanya partikel –lah, munculnya bentuk yang, dan munculnya awalan pasif di.
Dari gambaran di atas tampak bahawa baik strategi sintaktik mahupun strategi semantik diperlukan untuk memahami ujaran.
6. KETAKSAAN
Dalam beberapa hal kadang-kadang kita menemui ayat yang bermakna lebih daripada satu yang umumnya disebut sebagai ayat yang taksa. Dari segi pemprosesan untuk pemahaman, ayat yang taksa memerlukan waktu yang lebih lama untuk diproses. Hal ini terjadi kerana pendengar meneka makna tertentu tetapi ternyata tekaan dia itu salah sehingga dia harus mundur lagi untuk memproses ulang seluruh interpretasi dia. Dalam ayat Inggeris berikut
(27a) Mohamad Ali’s punch was so powerful …
kita pasti menerka bahawa yang dimaksud dengan punch adalah pukulan Mohamad Ali kerana dari pengetahuan dunia kita tahu bahawa Mohamad Ali adalah seorang mantan petinju tingkat dunia. Akan tetapi, begitu pembicara menambahkan katakata baru sehingga seluruh ayatnya berbunyi
(27b) Mohamad Ali’s punch was so powerful that everyone at the party got drunk
kita menjadi sadar bahawa tekaan kita yang pertama adalah keliru. Ternyata kata punch bukan merujuk pada ‘pukulan’ tetapi pada sejenisminuman yang dihidangkan pada waktu pesta. Bagi memperoleh pemahaman ini kita perlu balik ke permulaan ayat, dan ini tentunya makan waktu.
a. Jenis-Jenis Ketaksaan
Dilihat dari segi unsur leksikal dan struktur ayatnya, ketaksaan dapat dibahagi menjadi dua jenis: (a) ketaksaan leksikal dan (b) ketaksaan gramatis. Sesuai dengan namanya, ketaksaan leksikal adalah jenis ketaksaan yang penyebabnya adalah bentuk leksikal yang digunakan. Dalam ayat
(28) He was shot near the bank
kita tidak tahu apakah dia ditembak di tempat simpan-menyimpan wang ataukah di tebing sungai. Ketaksaan ini muncul semata-mata kerana bentuk leksikal bank mempunyai dua makna: tempat simpan-menyimpan wang dan tebing sungai.
Dalam bahasa Melayu tidak terdapat banyak ketaksaan seperti ini, meskipun ada satu dua yang dapat diambil sebagai contoh. Dalam ayat
(29) Ini boleh
kita tidak tahu apakah boleh di sini bererti racun atau sebagai sinonim daripada perkataan dapat.
Ketaksaan gramatis adalah jenis ketaksaan yang penyebabnya adalah bentuk struktur ayat yang digunakan. Dalam bahasa Melayu kita ketahui bahawa bila dua kata nama berentetan sebagai frasa, maka kata nama kedua dapat menerangkan kata nama pertama atau kata nama kedua merupakan objek daripada kata nama pertama. Dengan demikian, ayat
(30) Pengusaha wanita itu kaya
adalah taksa kerana pengusaha wanita boleh bererti pengusaha yang jantinanya atau pengusaha yang mempernaigakan wanita. Ketaksaan ini muncul semata-mata kerana rentetan perkataannya, kerana struktur ayatnya. Apabila diterbalikkan, wanita pengusaha, maka tidak akan timbul ketaksaan itu.
Ketaksaan gramatis dapat dibahagi lagi menjadi dua jenis: (i) ketaksaan sementara dan (ii) ketaksaan kekal (Gleason dan Ratner 1998). Dalam ketaksaan sementara, fungsi sintaktik suatu bentuk leksikal berstatus taksa sehingga sampai pada suatu saat apabila kita memperoleh perkataan-perkataan tambahan yang menyahtaksa ketaksaan itu. Perhatikan lagi contoh berikut.
(31) The horse raced past the barn fell.
Sebelum mendengar perkataan fell kita mengingatkan bahawa raced adalah predikat kepada the horse kerana umumnya pada suatu rentetan FN FK maka K adalah predikat kepada FN. Interpretasi pertama kita adalah bahawa ‘kuda itu berlari melalui kandang. Akan tetapi, apabila kita mendengar kata kerja fell maka kita tahulah bahawa predikatnya bukan raced tetapi fell. Dengan demikian, ayat tersebut tidak lagi taksa setelah kata kerja fell timubul.
Dalam taksa kekal, ayatnya masih tetap taksa meskipun kita sudah sampai pada perkataan terakhir. Contoh yang sudah kita ketahui, dapat kita ulang di sini,
(28) He was shot near the bank
(32) The shooting of the hunter was terrible
Menunjukkan jenia ketaksaan ini. Dalam ayat-ayat di atas kita lihat bahawa tetap ada dua makna untuk masing-masing ayat meskipun ayatnya sudah berakhir.
Dalam hal ini, dan dalam hal jenis ketaksaan mana pun, konteks memegang peranan sangat penting. Daripada konteks sering kita dapat memberikan makna yang dimaksudkan. Apabila konteksnya adalah transaksi uang, maka kemungkinan besarnya adalah bahawa perkataan bank merujuk kepada tempat simpan-menyimpan wang. Apaila konteksnya adalah polis yang brutal dan mengejar-ngejar pemburu, maka ayat (32) mungkin sekali bererti penembakan si pemburu, dan bukan kualiti tembakan si pemburu itu.
b. Teori Pemprosesan Ayat Taksa
Pada dasarnya ada dua jenis teori mengenai pemrosesan ayat yang bermakna berganda. Teori pertama dinamakan Garden Path Theory (GPT). Menurut teori Frazier (1987) ini, orang membina makna berdasarkan pengetahuan sintaktik. Ada dua prinsip dalam teori ini: (1) Minimal Attachment Principle (MAP) dan (2) Late Closure Principle (LCP). Pada MAP orang menempelkan tiap-tiap perkataan yang didengar pada struktur ayat yang ada pada bahasa tersebut. Oleh sebab itu, seandainya kita baru saja mendengar we dan kemudian mendengar kata knew maka kita menempelkan knew ini pada we sehingga terbinalah FNK we knew kerana kita mengetahui bahawa suatu FN lazimnya diikuti oleh FK. Kemudian kita mendengar perkataan Tommy yang sudah tentu kita tempelkan pada we knew kerana suatu kata kerja diikuti oleh suatu FN. Yang terjadi pada proses ini adalah bahawa kita menempelkan perkataan demi perkataan secara minimal. Maksudnya, kita menempelkan pada perkataan yang terdekat sebelumnya.
Dalam LCP kita menempelkan perkataan-perkataan yang boleh masuk apabila memang strukturnya memungkinkan. Kerana perkataan well memang dimungkinkan untuk ditempelkan pada we knew Tommy, maka kita dapat menempelkan perkataan itu dan tidak ada makna yang berubah kecuali tambahan mengenai seberapa jauh kita mengenali Tommy. Dengan demikian maka kita fahami ayat tersebut sebagai (35)
(35) We knew Tommy well.
Akan tetapi, perkataan terakhir yang boleh dimasukkan, boleh juga bukan perkataan well tetapi escaped sehingga terbentuklah ayat (36)
(36) We knew Tommy escaped.
Dengan masuknya perkataan escaped maka seluruh interpretasi sebelumnya ternyata menjadi keliru. Tommy tidak lagi menjadi komplemen dari kata kerja knew tetapi adalah subjek dari ayat kecil Tommy escaped.
Di sinilah teori Garden Path mengalami masalah kerana teori ini mendasarkan interpretasi makna hanya pada satu kemungkinan saja (Gernsbacher 1994: 6973). Kita seolah-olah berjalan di kebun melalui satu jalan satu arah, tetapi setelah tahu jalan itu keliru barulah kita balik dan mencari jalan lain. Pada contoh mengenai Mohamad Ali di atas, kita juga pada awalnya hanya memberikan satu interpretasi mengenai makna perkataan punch, tetapi apabila ayat itu selesai barulah kita sedar bahawa interpretasi kita itu ternyata keliru.
Berikut adalah beberapa contoh lain mengenai penerapan GPT: yang (a) mengikut MAP dan yang (b) setelah penerapan LCP (Townsend dan Bever 2001: 96, diubahsuai):
(37) Ayat Induk vs Anak Ayat:
a. The horse raced past the barn and fell.
b. The horse raced the barn fell.
(38) Objek Koordinat vs Ayat Koordinat:
a. Hasan mencium Tutiek dan adiknya.
b. Hasan mencium Tutiek dan adiknya ngintip.
(39) Frasa Nomina sebagai Objek vs Komplemen Verba:
a. Kami menyadari hal itu.
b. Kami menyadari hal itu salah.
(40) Objek langsung ayat inti vs Subjek Klausa Kedua:
a. While Mary was sewing the shirt it fell off her lap.
b. While Mary was sewing the shirt fell off her lap.
Teori lain adalah yang dinamakan Constraint Satisfaction Theory. Model-model dalam teori ini, mengikut pandangan mazhab koneksionis yang menyatakan bahawa unit-unit pemprosesan awal memiliki kendala daya asosiatif yang berbeda-beda. Perkataan yang sering digunakan, misalnya, akan lebih cepat diproses daripada perkataan yang jarang digunakan; makna yang umum dimengerti orang akan lebih awal muncul daripada makna yang khusus (misalnya, makna perkataan sentence umumnya adalah “ayat” dan baru kemudian makna “hukuman atau menghukum”); adanya perkataan oleh memicu asosiasi dengan bentuk ayat pasif; kecocokan tematik antara kata nama dan kata kerja pada awalnya mengendala orang menginterpretasikannya sebagai objek daripada kata kerja tersebut, dst. (Townsend & Bever 2001: 129142).
Menurut teori ini, orang sejak mulanya memiliki pengetahuan tentang kepelbagaian makna suatu perkataan kerana pada setiap perkataan yang didengar akan diberikan ciri-cirinya. Misalnya, waktu mendengar perkataan man dalam mental (otak) akan muncul ciri-ciri berikut:
a. Semantik:
[+bernyawa]
[+manusia], dst.
b. Peranan Tematik:
[+pelaku]
[+pengalam]
[+pasien]
[+tujuan], dst
c. Kategori leksikal:
[+namaan]
[+kerja]
d. Struktur Xbar:
NP
Specifier N’
N Comp.
Oleh kerana itu, pada waktu dia mendengar suatu ayat, sebenarnya dia mengaktifkan semua jenis ciri, termasuk yang berbagai (misalnya, man sebagai namaan dan man sebagai kerjaan), tetapi hanya satu yang diangkatnya menjadi dominan. Perhatikan contoh ayat tertulis berikut.
(41) The old man the boat.
Penutur Inggeris sebenarnya sadar bahawa kata man boleh berstatus namaan dan berarti “orang” atau berstatus kerjaan dan berarti “mengawaki” (menjadi awak suatu kapal). Akan tetapi, kerana bentuk the yang diikuti oleh sebuah adjektif pada umumnya akan membentuk suatu FN, maka apabila dia melihat man dia menganggap bahawa perkataan ini pastilah namaannya sehingga menjadi the old man. Kemudian dia mendapati bahawa sesudah man muncullah FN the boat. Di situlah dia sedar bahawa dia sudah melakukan interpretasi sintaktik yang keliru. Ternyata old dan man tidak termasuk dalam satu konstituen yang sama. Hal ini disokong pula oleh kenyataan bahawa dalam bahasa Inggeris the dan adjektif (the poor, the rich) dapat pula membentuk FN. Apabila dia tahu bahawa dia salah, dia lalu menghidupkan kembali alternatif lain, yakni, man sebagai kata kerja bagi memberikan interpretasi yang lain.
Seperti dinyatakan di atas, prosodi dapat membantu interpretasi sehingga ketaksaan pada (41) dapat lebih umum ditentukan dalam bentuk bahasa tulisan, bukan bahasa lisan, kerana pada bahasa lisan pastilah jeda yang ada adalah antara old dan man, bukan man dan the (boat).
c. Pemrosesan Ayat Nonharfiah
Ayat yang kita dengar tidak selalu mengungkapkan perpaduan makna daripada setiap perkataan yang ada dalam ayat tersebut. Seringkali terjadi bahawa makna daripada suatu elemen A yang berentet dengan elemen B tidak dapat ditelusuri daripada makna A mahupun B. Kolokasi antara A dan B bukan memunculkan makna AB tetapi makna C. Sebagai contoh, perkataan tong dan perkataan seng bila dikolokasikan, dapat membentuk frasa tong seng. Elemen A dan B yang memunculkan makna C dinamakan idiom. Dengan kata lain, makna frasa yang dinamakan idiom tidak boleh kita rujuk pada makna masing-masing perkataan; kerana tong seng sudah membentuk makna tersendiri, yakni, makanan semacam soto, maka tong seng kita namakan idiom.
Begitu pula kita sering menggunakan apa yang dinamakan metafor, yakni, ungkapan yang mempersamakan sesuatu, yang disebut sebagi topik, dengan sesuatu yang lain, yang dinamakan wahana, meskipun kedua-duanya sebenarnya tidaklah sama. Ungkapan kuno seperti bibirnya seperti delima merekah, rambutnya seperti mayang mengurai dan ungkapan moden seperti Sutan Takdir adalah dewa dalam budaya dan sastera bangsa mempunyai makna yang bukan harfiah. Kita perlu tahu delima merekah dan mayang mengurai itu seperti apa dan persepsi apa yang ditimbulkan olehnya. Begitu pula Sutan Takdir Alisjahbana sememangnya bukan dewa. Setelah itu, barulah kita tahu makna yang dimaksudkan: delima merekah dan mayang mengurai itu dianggapnya cantik, dewa dianggapkan sebaai manusia bijak yang tahu segala-gala, dsb. Kerana itu, bibir mahupun rambut gadis itu adalah cantik dan STA adalah orang yang banyak tahu tentang sasetra dan budaya bangsa Indonesia.
Kita sering pula mendengar ungkapan atau ayat yang menanyakan sesuatu tetapi tidak secara langsung. Bila anda lupa memakai jam tangan dan ingin tahu sekarang pukul berapa, maka dalam bahasa Inggeris anda boleh berkata, misalnya, Do you have the time? Yang ditanya, yang ada kelihatan memakai jam tangan, tentunya tidak akan menjawab Yes, I do, dan terus diam sesudah itu. Dia pasti akan mengatakan, misalnya, Well, it’s five fifteen. Begitu pula dalam bahasa kita. Kalau
ditanya Encik, tumpang tanya, Encik tahukah rumah Datuk Samad Said?dan anda tahu di mana rumahnya dan menjawab Tahu, dan terus diam. Anda pasti akan menunjukkan di mana rumah Datuk Samad Said itu.
Ungkapan idiom, metafora, dan pertanyaan yang tidak langsung seperti ini harus pula kita fahami dengan betul. Pertanyaan yang muncul adalah bagaimana kita memahami ayat-ayat seperti ini. Jawapan untuk hal ini belum ada yang memuaskan. Sebahagian teori menyatakan bahawa ada tiga tahap dalam pemprosesannya. Pertama, kita berikan tanggapan secara harfiah untuk tiap perkataan yang masuk terlebih dahulu. Oleh sebab itu, apabila kita mendengar perkataan tong, maka segala ciri yang berkaitan dengan perkataan ini muncul dalam benak kita: [bernyawa], [+benda], [manusia], [+nomina], dsb. Begitu juga semasa mendengar perkataan seng. Kemudian kita berikan makna harfiah terhadap perkataan-perkataan yang kita dengar itu. Dalam contoh kita ini, kita memberikan makna harfiah kepada tong seng. Ternyata kolokasi antara tong dan seng, apalagi apabila berada dalam konteks dia sedang makan tong seng, tidak masuk akal. Kerana terbentur pada interpretasi semacam ini maka masuklah kita ke tahap pemprosesan ketiga, yakni, mencari makna lain di luar makna harfiah yang mustahil itu. Dengan pengetahuan kita tentang dunia di mana kita tinggal, akhirnya dapatlah kita memahami makna yang dimaksudkan.
d. Pemprosesan Secara Sintaktik atau Semantik
Seperti dinyatakan di atas, ada dua jenis pendekatan yang membantu kita mempersepsi dan memahami ujaran, dan kedua pendekatan ini seolah-olah merupakan dua kelompok yang berdiri sendiri-sendiri. Sebenarnya kedua-dua kelompok ini saling membantu. Kompetensi kita sebagai penutur asli tentang sintaksis bahasa kita tentulah merupakan suber (bekal) intuisi yang membimbing kita bagi menerima, menolak, meragukan, dan mengenal pasti ketaksaan suatu ayat. Sebagai penutur asli, kita juga memiliki intuisi semantik, baik yang sifatnya universal (misalnya, kuda boleh memakai kasut sedangkan buaya tidak; horseshoes vs alligator shoes) mahupun yang lokal (mengahwini mestilah dengan pelaku lelaki).
Ahli psikologi dan ahli psikolinguistik seperti Townsend dan Bever yang mendukung pandangan koneksionis bahkan tidak hanya memanfaatkan kedua pendekatan ini tetapi juga faktor-faktor lain seperti keseringan pengunaan perkataan dan kecocokan tematik antara namaan dengan kerjaan. Semua faktor ini tampaknya diperlukan agar manusia dapat memahami ujaran manusia lain.
7. PENYIMPANAN KATA
Jikalau kita berbicara, atau menulis, tanpa kita sedari perkataan-perkataan yang kita perlukan pada umumnya secara automatis keluar begitu saja seolah-olah dengan tidak melalui proses apa pun. Begitu pula waktu kita bertindak sebagai pendengar, atau pembaca, kita dengan mudah dapat memahami apa yang dikatakan oleh lawan bicara kita, atau yang tertulis dalam bacaan, seolah-olah kita melakukan hal itu dengan tidak berfikir. Proses seperti ini memang kelihatannya sangat natural tetapi jikalau kita selami secara mendalam akan kita dapati bahawa bagi mengeluarkan atau bagi memahami satu perkataan, diperlukan proses yang sangat kompleks.
Jikalau kita ditunjukkan sebuah benda yang biasa digunakan bagi menulis, dan dalam benda itu terdapat tinta yang kemudian meninggalkan bekas pada benda lain yang kita tulisi, dan kemudian ditanyakan kepada kita benda apakah itu, maka “dengan tidak berfikir” kita berkata pena. Kita katakan “dengan tidak berfikir” kerana proses mengimbau kembali perkataan itu berjalan begitu cepat seumpama automatis keluar begitu saja. Begitu juga apabila kita bertindak sebagai pendengar; kita dapat memahaminya seolah-olah “dengan tidak berfikir” pada hal prosesnya sangatlah panjang dan kompleks.
Pertama, kita perlu dapat terlebih dahulu menentukan apakah empat bunyi yang kita dengar itu, /p/ /e/ /n/ /a/, adalah perkataan dalam bahasa kita. Penentuan ini didasarkan pada kompetensi kita sebagai penutur bahasa Melayu yang secara intuisi tahu bahawa urutan bunyi seperti itu memang mengikuti kaedah fonotaktik bahasa kita atau tidak; ertinya, apakah urutan bunyi seperti di atas membentuk kewujudan yang “mungkin” dalam bahasa kita. Seandainya urutannya adalah /n/ /p/ /e/ /a/ npea bagaimana?
Kedua, kita harus mengumpulkan ciri-ciri apa yang secara alamiah melekat pada benda itu: bentuk fiziknya, ukurannya, fungsinya, warnanya, dsb. Kita memiliki gambaran mengenai objek di dunia ini. Kereta bomba yang memadamkan kebakaran, misalnya, memiliki ciri-ciri tertentu dan salah satu daripadanya adalah warna. Di mana sekalipun, kereta bomba pemadam kebakaran berwarna merah. Kerana itu, kalau ada frasa yang berbunyi kereta bomba yang kuning, pastilah kita menolak frasa itu atau termangu-mangu kehairanan. Pena juga memiliki warna, tetapi boleh warna apa saja sehingga frasa pena kuning saya tidak akan menimbulkan tanda tanya.
Untuk kata kerja, ciri-ciri semantik seperti ini pun diperlukan. Kata kerja menceraikan, misalnya, berkaitan dengan keretakan dalam perkawinan tetapi dalam tatabudaya kita hanya orang lelaki yang dapat menceraikan. Wanita diceraikan, bercerai daripada, atau minta cerai daripada suaminya. Jikalau kita mendengar ayat seperti Desi menceraikan suaminya maka pastilah kita menganggapnya aneh atau memberikan interpretasi tersendiri, misalnya, Desi pastilah orang yang terkenal, selebriti, kaya dsb. dan suaminya adalah lelaki yang kurang dari itu.
Ketiga, kita harus membandingkan dengan benda-benda lain yang ciri-cirinya bertumpang tindih dengan ciri-ciri ini, misalnya, pensil, kapur, stabilo, dan marker. Pena dan pensil, misalnya, memiliki bentuk fizik yang serupa dan fungsinya pun juga boleh dikatakan sama, yakni, bagi menulis. Namun ada ciri lain yang membuat keduadua benda ini berbeda, yang satu mudah dihapus, yang lainya tidak, dst.
Bagi kita terasa biasa saja jikalau kita berkata anjing atau kucing, tetapi bagi anak kecil hal ini adalah masalah besar kerana kedua binatang ini (dan juga binatang lain seperti kambing, harimau, dan sapi) memiliki sejumlah besar ciri yang sama: berkaki empat, bermata dua, berbulu, bertelinga dua, berhidung satu, dst. Lalu apa yang membedakan anjing dengan kucing?
Keempat, kita harus memilih di antara benda-benda yang sama itu, mana yang memenuhi semua syarat. Proses ini tentu sekali memakan waktu kerana bagi mencapai perkataan yang kita inginkan harus dilakukan proses eliminasi: pensil memenuhi banyak syarat, tetapi kewujudan fizik tulisannya bukan dari tinta; spidol juga memenuhi banyak syarat tetapi kewujudan fizik benda ini dan hasil tulisannya juga berbeda, dst.
Daripada gambaran di atas tampak bahawa proses bagi mengimbau kembali (retrieve) perkataan, baik sebagai pembicara mahupun sebagai pendengar, bukanlah hal yang mudah. Hal yang menarik untuk dikaji adalah bagaimana perkataan itu disimpan dalam benak kita sehingga kita dapat menemui perkataan yang kita perlukan.
Pada dasarnya ada dua pandangan mengenai hal ini. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa setiap perkataan disimpan secara utuh sebagai perkataan. Oleh sebab itu, perkataan-perkataan seperti datang, mendatang, mendatangi, mendatangkan, kedatangan, berdatangan, dan pendatang disimpan dalam tujuh kotak yang berasingan. Teori ini nampaknya praktikal, kerana setiap perkataan sudah tersedia dalam kewujudan yang lengkap. Setiap kali kita memerlukannya, kita hanya tinggal “mengambilnya” saja. Akan tetapi, cara seperti ini bererti bahawa dalam benak kita tersimpan perkataan sebanyak yang kita ketahui. Kalau otak kita diandaikan sebagai komputer maka hard disk kita boleh jadi tepu.
Oleh kerana itulah muncul pandangan lain yang menyatakan bahwa penyimpanan perkataan dalam benak kita bukan berdasarkan pada perkataan (word-based) tetapi pada morfem (morpheme-based). Menurut pandangan ini, kita hanya menyimpan morfem-morfem saja. Dalam model ini hanya ada morfem bebas datang dan morfem terikat men-, -kan, i, ke-...-an, -an, dan ber- (di samping itu tentu saja ada pen- untuk membentuk namaan). Perkataan yang diperlukan perlu diramu terlebih dahulu dengan menempelkan, bila perlu, morfem terikat pada morfem bebas yang dipilih. Dengan demikian, jikalau kita mahu meretrif perkataan mendatangi maka kita hanya tinggal mengambil morfem datang dan menggabungkannya dengan men-...-i.
Kelebihan model ini adalah bahawa jumlah “kotak penyimpan” menjadi lebih kecil; di samping itu kotak untuk morfem terikat tidak hanya dimanfaatkan untuk morfem datang saja tetapi juga untuk morfem lain mana pun. Penempelan morfem terikat tentulah tidak sama untuk setiap morfem bebas. Morfem bebas restu, misalnya, hanya dapat mengambil –i saja sehingga terbentuklah kata merestui, sedangkan morfem bebas beku hanya dapat bergabung dengan –kan untuk menerbitkan perkataan membekukan atau tanpa imbuhna bagi menerbitkan kerjaan membeku. Rumusan mengenai mana yang dapat bergabung dengan yang mana, ada pada kompetensi setiap penutur asli. Hal ini pulalah yang menyebabkan kita menolak perkataan-perkataan seperti *membekui. Pada pihak lain, kita meragukan kata kebongkrekan “sakit kerana makan bongkrek” meskipun kita menerima keracunan “sakit kerana minum atau makan racun”.
a. Faktor yang Mempengaruhi Akses kepada Perkataan
Jikalau kita menonton rancangan kuiz di televisyen, kita akan menemui program yang meminta agar peserta kuiz meneka benda apa yang dimaksudkan dengan memberikan ciri atau kelompok benda itu. Apabila seorang peserta mengatakan buah, maka peserta lain meneka: mangga, jambu, durian, dsb. Kuiz seperti ini menunjukkan bahawa manusia memiliki konsep-konsep tertentu mengenai dunia di mana kita tinggal. Dalam contoh di atas, buah merupakan konsep yang memayungi pengertian-pengertian lain seperti mangga dan jambu.
Pada dasarnya retrival kata dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Pertama, frekuensi perkataan: semakin sering suatu perkataan digunakan semakin cepatlah kita dapat memanggilnya pada saat kita memerlukannya. Perkataan-perkataan seperti mengharapkan atau menutup memiliki frekuensi yang lebih tinggi daripada memalarkan atau memala; bahkan ada orang yang tidak mengerti makna kedua perkataan terakhir ini.
Faktor kedua adalah ketergambaran: suatu perkataan yang dapat dengan mudah digambarkan atau dibayangkan akan lebih mudah dimengerti dan diingat. Perkataan-perkataan kongkrit, misalnya, lebih mudah diingat daripada perkataan-perkataan abstrak. Faktor ketiga adalah keterkaitan semantik: perkataan tertentu membawa keterkaitan makna yang lebih dekat kepada perkataan tertentu yang lain dan bukan kepada perkataan tertentu yang lainnya lagi. Jikalau kita diberi perkataan besar, maka tidak mustahil kita dapat dengan cepat mengimbau perkataan kecil. Begitu pula jikalau diberi perkataan burung, kita mungkin saja akan cepat mengasosiasikannya dengan tiung dan tekukur. Perkataan tiung tentu lebih cepat memunculkan perkataan burung daripada binatang kerana jarak semantik antara burung dengan tiung lebih dekat daripada tiung dengan binatang.
Faktor keempat adalah kategori gramatikal: ada kecenderungan bahawa perkataan-perkataan disimpan berdasarkan kategori sintaktiknya. Hal ini terlihat dari silap lidah yang selalu berlaku dalam kategori sintaktik yang sama. Suatu perkataan yang tersilap selalu digantikan oleh perkataan yang memiliki kategori sintaktik yang sama, namaan dengan namaan, kerjaan dengan kerjaan, dst. Contohnya, tiba-tiba ada orang berkata mencari nafkah boleh tersilap kata menjadi mencuri nafkah di mana kerjaan mencari diganti dengan kerjaan lain, yakni, mencuri. Dalam hal ini tidak mungkin kerjaan mencari diganti dengan namaan namaan pencuri, pencurian, pencari, atau pencarian.
Bukti lain yang mendukung bahawa perkataan disimpan berdasarkan kategori gramatikal ditemui pada orang yang menderita afasia yang selalunya berkesukaran menggunakan kata fungsi. Penderita afasia Inggeris mengalami kesukaran mengatakan which dan be meskipun dia boleh mengucapkan witch dan bee kerana kedua-dua perkataan yang pertama adalah kata fungsi sedangkan kedua-dua perkataan yang terakhir adalah namaan. Hal ini menunjukkan bahawa kata fungsi dan kata utama (namaan, kerjaan, dan adjektif) disimpan pada tempat yang berbeda-beda.
Faktor kelima adalah faktor fonologi: morfem yang bunyinya sama atau seakan-akan disimpan pada tempat-tempat yang berdekatan. Hal ini terbukti pada gejala “lupa-lupa ingat” (tip of the tongue). Perkataan yang kita lupa-lupa ingat memiliki ciri-ciri berikut: (a) jumlah suku katanya sama dengan perkataan yang sebenarnya, (b) konsonan pertama untuk perkataan itu selalu sama dengan konsonan pertama aslinya, dan (c) bunyi perkataan itu seakan-akan dengan bunyi kata aslinya. Bila kita dihadapkan kepada suatu situasi di mana kita perlu mengucapkan suatu perkataan yang maknanya adalah, misalnya, “keadaan tidak suci pada diri seseorang Islam yang menyebabkan dia tidak boleh solat, tawaf, dsb.” maka boleh terjadi kita tidak ingat betul apa perkataan untuk itu. Kita lalu tercari-cari. Perkataan yang dicari itu pastilah memiliki dua suku, konsonan awalnya h, dan bunyi keseluruhannya seakan-akan: hadat, hadis, hadap…? Perkataan yang sebenarnya adalah hadas. Kenyataan bahawa pada gejala “lupa di hujung lidah” ini kata-katanya adalah seakan-akan, maka dapat kita simpulkan bahawa perkataan-perkataan yang memiliki bentuk fonologis yang seakan-akan disimpan pada tempat-tempat yang berdekatan.
b. Teori tentang Makna
Seorang anak yang sedang dalam proses memperoleh bahasa suatu hari diberi tahu oleh ibunya bahawa binatang yang mereka lihat di halaman depan itu adalah anjing: “Oh, itu, ada guguk, Dhira.” Tertanamlah pada benak anak itu bahawa binatang itu adalah “guguk.” Anak lalu menyerap ciri-ciri yang ada pada binatang itu; kakinya empat, berbulu coklat, telinganya dua, matanya dua, ekornya satu, dst. Keesokan harinya dia melihat binatang yang memenuhi syarat-syarat itu, kecuali saiznya lebih kecil. Dia berkata pada ibunya “Mama, dudu.” Ibunya menyahut: “ O, itu bukan guguk, Dhira. Itu pus.” Kerana Dhira merasa bahawa teori dia salah maka diperbaikilah teori itu; “kalau saiznya kecil itu pus, bukan guguk.” Pada minggu berikutnya dia melihat seekor anjing Pekingese yang tentunya berukuran kecil seperti kucing. Waktu dia berkata bahawa itu pus, ayahnya berkata bahawa itu guguk, bukan pus. Minggu berikutnya lagi dia melihat kambing dan mengira bahawa binatang itu adalah anjing … dst.
Dari cerita di atas dapat kita lihat bahawa bagi membentuk pengertian mengenai konsep anjing saja bukanlah suatu hal yang mudah. Untuk menjawab hal semacam ini, yakni, bagaimana orang memahami makna perkataan, diajukan dua teori: teori ciri dan teori berdasar pengetahuan.
Teori Ciri pada dasarnya menyatakan bahawa kata memiliki seperangkat ciri, yang menjadi bahagian integral kepadaperkataan itu. Perkataan anjing, misalnya, memiliki ciri [+bernyawa], [+binatang], , [+warna (hitam, coklat, putih, belang-belang)], [+kaki empat], [+telinga dua], [+ekor satu], [+ukuran badan], [+suara guguk],… dst. Ciri-ciri inilah yang secara keseluruhan membentuk konsep yang dinamakan anjing.
Sebahagian daripada ciri seperti tertera di atas dimiliki pula oleh beberapa binatang yang lain seperti kucing, kambing, kerbau, lembu, dan babi sehingga binatang-binatang ini memiliki darjat kemiripan yang tinggi. Ini pulalah sebabnya mengapa anak kebingungan saat mereka harus membedakan mana yang anjing dan mana yang kucing. Di pihak lain, batas antara sekelompok ciri dengan sekelompok ciri yang lain boleh juga menipis sehingga kita kadang-kadang tidak dapat memilih-milah objek dengan mudah. Kita tidak ragu untuk mengatakan bahawa mangga, durian, dan jambu adalah buah sedangkan terong, lobak, dan labu adalah sayuran. Akan tetapi, kita tidak yakin apakah tomato dan mentimun termasuk buah atau sayur.
Ciri yang ada pada suatu perkataan membantu kita mengembangkan intuisi. Kita menolak ayat-ayat berikut kerana intuisi kita membimbing kita ke arah itu.
(42) *? Kuda hijau saya merokok sedozen limau.
(43) *? Tuti akan mengahwini Tomi minggu depan.
Penolakan secara intuisi ini didasarkan kepada pengetahuan kita bahawa ciri yang ada pada masing-masing kata di atas. Pada contoh (42) kuda memang memiliki ciri [+warna], tetapi warna yang ada pada kuda hanya hitam, putih, coklat, dan belang-belang. Oleh kerana itu, kuda yang berwarna hijau tidak memenuhi syarat. Begitu juga kata kerj merokok; perbuatan kerjaan ini hanya boleh dilakukan oleh manusia. Kalau pun ada kuda yang berwarna hijau, dan kuda ini merokok, maka yang dihisap bukanlah benda yang bentuknya bundar.
Pada contoh (43) perkataan Tuti memiliki ciri, [+wanita] dan kerjaan mengahwini memiliki ciri, antara lain, [+pelaku perbuatan harus lelaki]; penerima perbuatan adalah [+wanita]. Oleh kerana ciri-ciri seperti inilah maka ayat (43) tidak dapat kita terima, atau paling tidak, sangatlah janggal dalam tata budaya kita.
Meskipun teori ciri ini sangat bermanfaat, ada beberapa masalah yang belum terpecahkan dalam teori ini. Dalam hal ciri suatu konsep, misalnya, kuda, memang binatang ini hanya memiliki empat kemungkinan warna: hitam, putih, coklat, atau belang-belang. Akan tetapi, jikalau kita andaikan ada orang yang mengecat kudanya dengan warna hijau, seperti yang dilakukan oleh penjaja burung di persimpangan jalan Jakarta yang mengecat burung dagangannya dengan warna-warni, apakah binatang itu sudah bukan kuda lagi? Begitu pula dalam permainan catur. Kuda dalam permainan ini diwujudkan dengan kepala seekor kuda yang dibuat daripada kayu atau bahan lainnya. Seandainya pada waktu kita akan main catur, salah satu bidak kudanya hilang, dan kita menggantikannya dengan wang syiling, apakah wang syiling dalam permainan catur ini bukan kuda?
Untuk menangani masalah ini muncullah teori lain yang dinamakan Teori Berdasarkan Pengetahuan (Knowledge-based Theory). Teori ini masih bersandar pada teori ciri, tetapi diperluas. Dalam teori ini tidak hanya ciri yang dilihat tetapi juga esensi dan konteksnya. Manusia tidak hanya menyerap ciri-ciri itu tetapi juga melihat esensinya. Kucing, misalnya, memang memiliki ciri [+kaki 4], tetapi tidak mustahil bahawa ada kucing yang kerana kecacatan genetik hanya mempunyai tiga kaki. Begitu juga kalau satu kakinya patah, dia akan terus hidup dengan tiga kaki. Binatang ini akan saja tetap kita anggap sebagai kucing!
Dalam hal permainan catur di atas, wang syiling itu kita anggap sebagai bidak kuda meskipun ciri aslinya sama sekali berbeda daripada kuda kayu yang digantikannya. Penganggapan wang syiling ini sebagai kuda bukan berdasarkan ciri fiziknya tetapi ciri-cirinya, yakni, wang syiling tadi berfungsi sebagai kuda dalam konteks permainan catur di mana salah satu bidak kudanya hilang.
Daripada gambaran di atas dapatlah disimpulkan bahawa perkataan disimpan dalam benak kita berdasarkan berbagai faktor: ada yang berdasarkan frekuensinya, ada yang berlandaskan ketergambarannya, ada yang kerana kemiripan fonetiknya, ada yang kerana kedekatan semantiknya, dan ada pula yang kerana kategori sintaktiknya. Ciri semantik juga memegang peranan yang sangat besar kerana kedekatan antara satu entiti dengan entiti yang lain dapat pula disebabkan oleh jumlah serta jenis ciri yang sama atau seakan-akan.
Manusia dapat memahami ujaran kerana mereka dapat mengenali perkataan-perkataan yang mereka dengar secara intuisi yang sebenarnya berdasarkan pada pengetahuan yang mereka miliki tentang bahasa dan budaya mereka. Mereka dapat pula mengimbau kembali perkataan-perkataan yang mereka perlukan waktu bercakap kerana perkataan-perkatan ini terurus secara sistematis dalam benak manusia berdasarkan berbagai kriteria.
Friday, January 16, 2009
Thursday, July 5, 2007
Kuliah 2 (2 Januari 2009): Mempersepsi Ujaran
Sila baca bab ini.
BAB II BAGAIMANA MANUSIA MEMPERSEPSI UJARAN
1. PENGENALAN
Apabila kita mendengar orang lain bercakap, rasanya kita dapat dengan mudah memahami perkara yang diperkatakannya. Kita tidak menyedari bahawa ujaran yang dihasilkan dalam bentuk bunyi-bunyi melalui udara itu sebenarnya adalah suatu hal yang kompleks. Hal ini hanya kita rasakan apabila kita mendengar orang bercakap dalam bahasa asing, melainkan bahasa asing itu kita ketahui dengan baik. Pada kebiasaanya kita benar-benar meneliti setiap perkataan yang diucapkan bagi memahaminya. Bahkan yang sering terjadi adalah bahawa belum lagi kita menangkap dan memahami suatu deretan perkataan yang diucapkan, orang itu meneruskan percakapannya dengan perkataan-perkataan lain, sehingga kita ketinggalan. Akibatnya, kita tidak dapat memahami, atau tidak memahami dengan baik, apa yang diperkatakannya. Kita malah “mendakwa” orang asing itu bercakap terlalu cepat.
Masalah yang dihadapi oleh pendengar adalah bahawa dia perlu mengadunkan bunyi-bunyi yang didengarnya itu sehingga bunyi-bunyi itu membentuk perkataan yang bermakna dan sesuai dengan konteks perkataan-perkataan itu digunakan. Untuk penutur asli, atau penutur yang sudah fasih dalam bahasa tersebut, proses seperti ini tidak dirasakan, dan datang begitu saja secara naluri. Akan tetapi, untuk penutur asing proses ini sangat rumit. Pengalaman penulis semasa mengajar bahasa Indonesia di Universiti Hawaii membuktikan hal ini. Pada suatu masa para mahasiswa diminta mendengar rakaman suatu percakapan. Dalam percakapan itu ada ayat yang berbunyi Nanti malam akan ada pesta. Kerana para mahasiswa ini masih berada pada tingkat dasar, maka ada sebahagian daripada mahasiswa itu yang keliru dan menggabungkan bunyi-bunyi itu secara tidak bermakna, sehingga muncullah ayat Nanti malama Kanada pesta. Tentulah mereka merasa bingung sebab ayat seperti ini tidak ada maknanya.
Daripada contoh di atas, dan kasus-kasus lain, tampak bahawa proses menangkap sesuatu ujaran itu bukanlah mudah. Kita harus bermula dengan proses bagaimana kita mencerna bunyi-bunyi itu sebelum kita dapat memahaminya sebagai ujaran. Oleh kerana itu, bab ini membahaskan persepsi manusia terhadap bunyi bahasa.
2. PENYELIDIKAN MENGENAI PERSEPSI UJARAN
Dari segi ilmu pengetahuan, kajian dan penyelidikan mengenai bagaimana manusia mempersepsi ujaran dapat diperkatakan masih baru. Willis (1829) dan Helmholtz (1859) sudah mempelajari ciri-ciri fizikal bunyi, penyelidikan mengenai bagaimana kita mempersepsi ujaran baru bermula menjelang Perang Dunia II (Gleason dan Ratner 1998: 109).
Perkembangan penyelidikan dalam bidang ini bermula apabila berlaku kemajuan dalam bidang teknologi, terutama dengan terciptanya alat telefon. Dari tahun 1936-39 Dudly yang bekerja di syarikat Bell Telephone Laboratory, Amerika, memperbaiki mesin yang dinamakan vocoder. Pada mulanya, kegunaan mesin ini adalah bagi menyampaikan signal melalui kabel telefon jarak jauh. Akan tetapi, kualitinya sebagai alat komunikasi tidak cukup baik.
Pada tahun 1940-an perusahaan telefon ini memperkenalkan spektograf, iaitu alat bagi merakam suara dalam bentuk garis-garis tebal-tipis dan panjang-pendek yang dinamakan spektogram. Penggunaannya masih sangat terbatas pada keperluan tentera dan komersial. Kualiti bunyinya semakin lama semakin baik dan peralatan untuk kajian bunyi juga menjadi semakin canggih. Kini teknologi sudah dapat mengetahui dengan tepat siapa penutur dalam sesuatu rakaman.
3. MASALAH DALAM MEMPERSEPSI UJARAN
Dalam bahasa Inggeris, secara purata orang menuturkan 125-180 perkataan setiap minit. Pembaca berita di televisyen dapat mencapai 210 perkataan, dan juru lelong pula mencapai lebih dari itu (Gleason dan Ratner 1998). Jumlah ini mengambil kira hakikat bahawa sebahagian besar perkataan dalam bahasa Inggeris itu mempunyai satu suku kata seperti: book, go, eat, come, dsb. Untuk bahasa Indonesia dan bahasa Malaysia, perkara ini belum diselidiki. Tetapi, oleh kerana kebanyakan perkataan dalam bahasa Indonesia dan Malaysia mempunyai dua suku kata dua atau lebih, seperti: makan, tidur, membawa, menyelesaikan, maka jumlah perkataan yang diucapkan per minit pastilah lebih kecil daripada bilangan dalam bahasa Inggeris. Jumlah ini mungkin sekitar 80-110 perkataan saja.
Jikalau dilihat daripada jumlah bunyi yang diujarkan, didapati bahawa dalam bahasa Inggeris secara purata ada 25-30 segmen bunyi atau fon yang dihasilkan dalam setiap saat (Ratner & Gleason 1998). Oleh sebab sifat bunyi dalam bahasa mana pun sama, maka dapat diduga bahawa orang Indonesia pun menghasilkan jumlah bunyi yang sama setiap saat, yakni, antara 25-30 bunyi. Dengan demikian, setiap kali kita bercakap selama satu minit, kita mengeluarkan antara 1,500 -1,800 bunyi. Masalah yang dihadapi adalah bagaimana kita dapat menangkap dan kemudian mencerna bunyi-bunyi yang diujarkan dengan kecepatan seperti itu.
Di samping kecepatan, bunyi dalam suatu ujaran juga tidak diucapkan secara utuh tetapi terlebur dengan bunyi lain. Kita sebagai pendengar diharapkan dapat memisah-misahkan mana yang mengikut yang mana. Ayat Inggeris Ed had edited it bila diujarkan secara biasa akan kedengaran aneh dan lucu, /ΕdhΘdΕditidit/, tetapi penutur asli dapat mempersepsinya dengan betul.
Suara seorang perempuan, seorang lelaki, dan seorang anak juga berbeza-beza. Getaran pita suara untuk wanita adalah antara 200-300 per saat, sedangkan untuk lelaki hanya sekitar 100. Oleh sebab itu, suara seorang lelaki kedengaran lebih “garuk.” Frekuensi suara kanak-kanak lebih tinggi daripada suara perempuan oleh sebab getaran pita suaranya boleh mencapai 400 per saat. Perbezaan-perbezaan ini dapat menghasilkan bunyi yang berbeza-beza, meskipun perkataan yang diucapkan itu sama. Perkataan tidur yang diucapkan oleh seorang perempuan, lelaki, dan kanak-kanak tidak akan berbunyi sama.
Namun, kita sebagai pendengar dapat mempersepsikannya sebagai perkataan yang sama. Bagaimana kita melakukannya? Bagi menjawab pertanyaan ini, kita perlu mempelajari terlebih dahulu bagaimana bunyi itu dihasilkan.
4. MEKANISME UJARAN
Sumber bunyi adalah paru-paru. Paru-paru kita mengembang dan mengempis bagi menyedut dan mengeluarkan udara. Udara itu keluar melalui pipa rengkung, mulut dan hidung. Dalam perjalanan melalui mulut atau hidung ini ada kalanya udara itu dihalang oleh salah satu bahagian dalam mulut kita, sebelum dilepaskan. Halangan pada udara inilah yang menghasilkan bunyi. Lihatlah Gambar Rajah 1 di bawah ini.

Gambar Rajah 1: Mekanisme Ujaran
Udara yang dihembuskan oleh paru-paru keluar melalui suatu daerah yang dinamakan daerah glotal. Udara ini kemudian lalu pada lorong yang dinamakan renkung atau faring. Dari faring, ada dua saluran: yang pertama melalui hidung dan yang kedua melalui rongga mulut. Semua bunyi yang dihasilkan oleh udara melalui rongga hidung disebut bunyi sengau. Sementara itu, bunyi yang udaranya keluar melalui rongga mulut dinamakan bunyi oral.
Dalam rongga mulut terdapat dua bahagian: atas dan bawah. Bahagian atas mulut tidak bergerak, dan disebut sebagai daerah sebutan. Bahagian bawah terdiri daripada alat-alat sebutan yang boleh digerak-gerakkan.
Daerah ujaran
Daerah sebutan terdiri daripada bahagian-bahagian berikut:
1. Bibir: bibir atas dan bibir bawah. Kedua bibir ini dapat dirapatkan bagi membentuk bunyi yang dinamakan dua bibir yang ertinya dua bibir bertemu. Bunyi seperti [p], [b], dan [m] adalah bunyi bilabial.
2. Gigi: untuk ujaran yang hanya gigi atas yang mempunyai peranan. Gigi ini dapat dirapatkan kepada bibir bawah bagi membentuk bunyi yang dinamakan bibir gigi. Contoh bunyi seperti ini adalah bunyi [f] dan [v]. Gigi juga dapat dirapatkan kepada hujung lidah bagi membentuk bunyi dental seperti bunyi [t] dan [d] dalam bahasa Malaysia.
3. Gusi atau alveolar: daerah ini berada betul-betul di belakang pangkal gigi atas. Hujung lidah dirapatkan ke gusi atas bagi membentuk bunyi yang dinamakan bunyi alveolar. Bunyi [t] dan [d] dalam bahasa Inggeris adalah contoh bunyi alveolar.
4. Lelangit keras: daerah ini terletak pada rongga atas mulut, iaitu di belakang daerah alveolar. Pada daerah ini dapat dirapatkan bahagian depan lidah bagi membentuk bunyi yang dinamakan alveopalatal seperti bunyi [c] dan [j].
5. Lelangit lembut: daerah ini, terletak pada bahagian belakang rongga mulut atas. Pada lelangit lembut ini dapat dirapatkan bahagian belakang lidah bagi membentuk bunyi yang dinamakan velar seperti bunyi [k] dan [g].
6. Uvula: pada ujung rahang atas terdapat anak tekak yang dinamakan uvula. Uvula dapat digerakkan bagi menutup saluran ke hidung atau membukanya. Bila uvula tidak dirapatkan kepada bahagian atas laring maka bunyi udara keluar melalui hidung. Bunyi inilah yang dinamakan bunyi sengau. Sebaliknya, bila uvula dirapatkan kepada dinding laring maka udara disalurkan melalui mulut dan menghasilkan bunyi yang dinamakan bunyi oral.
Alat-alat ujaran
7. Lidah: pada rahang bawah, di samping bibir dan gigi, terdapat pula lidah. Lidah adalah bahagian mulut yang anjal; ia dapat dilenturkan dengan mudah. Lidah dibahagi-bahagi kepada beberapa bahagian:
(a) ujung lidah, adalah bahagian yang paling depan pada lidah,
(b) daun lidah, adalah bahagian yang berada persis di belakang ujung lidah,
(c) depan lidah, adalah bahagian yang sedikit ke tengah pada bahagian daun di depan,
(d) belakang lidah, adalah bahagian yang ada pada bahagian belakang daun lidah.
Bahagian-bahagian ini dapat digerak-gerakkan dengan cara dikedepankan, dikebelakangkan, dikeataskan, dan dikebawahkan bagi membentuk bunyi-bunyi tertentu.
8. Pita suara: pita suara adalah sepasang selaput yang berada di halkum (laring). Selaput ini dapat dirapatkan, dapat direnggangkan, dan dapat dibuka luas. Status selaput suara ini turut menentukan perbezaan antara satu konsonan dengan konsonan lain.
9. Faring: saluran udara menuju ke rongga mulut atau rongga hidung.
10. Rongga hidung: rongga untuk bunyi-bunyi sengau seperti /m/ dan /n/.
11. Rongga mulut: untuk bunyi-bunyi oral seperti /p/, /b/, /a/, dan /i/.
a. Bagaimana Bunyi Dihasilkan
Bunyi yang dihasilkan dapat dibahagi kepada dua kelompok besar: konsonan dan vokal. Perbezaan antara kedua jenis bunyi ini terletak pada cara penghasilannya.
1. Penghasilan Bunyi Konsonan
Bunyi dihasilkan dengan menggunakan bahagian mulut seperti lidah, bibir, dan gigi. Bahagian-bahagian ini dinamakan artikulator. Bagi menghasilkan bunyi konsonan perlu diperhatikan tiga faktor. Pertama adalah titik artikulasi, iaitu tempat artikulator itu berada, sama ada didekatkan, atau dirapatkan. Bila bibir atas dan bibir bawah dirapatkan maka bunyi yang dihasilkan adalah bunyi bilabial. Dalam bahasa Melayu, dan banyak bahasa lain, bunyi bilabial terdiri dari bunyi [p], [b], dan [m]. Perbezaan antara kedua bunyi yang pertama dengan bunyi yang ketiga terletak pada saluran udara yang dilaluinya: [p] dan [b] melalui mulut, dan oleh sebab itu dinamakan bunyi oral, sedangkan [m] melalui hidung, dan oleh sebab itu dinamakan bunyi nasal. Lihat Gambarajah 2 berikut.

Bunyi [t] dan [d] bahasa Malaysia dihasilkan dengan merapatkan hujung lidah pada bahagian pangkal gigi atas dengan sedikit menyentuh bahagian depan alveolar. Bunyi seperti ini dinamakan bunyi dental. Sementara itu, bunyi [k] dan [g] dihasilkan dengan merapatkan bahagian belakang lidah ke daerah lelangit lembut. Bunyi ini dipanggil bunyi lelangit lembut atau velar.
Faktor kedua dalam menghasilkan bunyi konsonan adalah cara artikulasi, iaitu bagaimana caranya udara dari paru-paru itu kita lepaskan. Apabila udara itu kita tahan dengan ketat dalam rongga mulut lalu kemudian kita lepaskan dengan serentak maka bunyi tadi akan menghasilkan bunyi seperti letupan. Kerana itu, bunyi ini dinamakan bunyi letupan atau plosif.
Jikalau sekarang kita perhatikan bunyi [p] dan [b] sekali lagi. maka kita akan merasakan bahawa dalam membuat bunyi ini kedua bibir kita dirapatkan bagi menahan udara yang keluar dari paru-paru. Udara itu kemudian kita lepas secara serentak sehingga seolah-olah menimbulkan letupan udara. Begitu juga dengan bunyi [t] dan [d]. Perbezaannya hanyalah bahawa artikulator yang menahan udara itu bukanlah bibir atas dan bibir bawah tetapi hujung lidah dan gigi atas. Untuk bunyi [k] dan [g] udaranya ditahan oleh bahagian belakang lidah yang dirapatkan kepada daerah lelangit lembut. Udara ini pun kemudian dilepaskan secara serentak.
Dengan perkataan lain, [p], [b], [t], [d], [k], dan [g] termasuk dalam satu kategori bunyi yang sama, iaitu letupan. Akan tetapi, apa pula perbezaan antara [p]-[b], [t]-[d], dan [k]-[g]? Masing-masing pasangan bunyi ini memang berbeza dan perbezaan ini disebabkan oleh faktor ketiga, iaitu status pita suara.
Seperti dinyatakan sebelumnya, pita suara dapat terbuka luas, separuh terbuka dan tertutup. Apabila kita sedang tidak bercakap, pita suara kita terbuka luas. Pada waktu kita mengucapkan bunyi seperti [p], [t], dan [k], pita suara kita berada dalam status separuh terbuka tetapi tidak bergetar. Bunyi yang dihasilkan dengan pita suara yang tidak bergetar dinamakan bunyi tak bersuara. Akan tetapi, apabila pita suara tertutup dan kemudian ada udara yang mendesaknya supaya terbuka maka terjadilah getaran pada pita suara tersebut. Bunyi yang dihasilkan dengan pita suara bergetar ini dinamakan bunyi bersuara. Bunyi [b], [d], dan [g] termasuk dalam jenis ini. Oleh sebab itu, perbezaan antara [p] dengan [b], [t] dengan [d], dan [k] dengan [g] hanya terletak pada bergetar atau tidaknya pita suara kita. Dalam buku ini, tanda yang diunakan bagi menyatakan bahawa pita suara itu bergetar adalah tanda ~ sedangkan yang untuk tidak bergetar adalah tanda --. Perhatikan perbezaan antara bunyi /b/ dan /p/ dalam Gambarajah 3 berikut.

Gambar Rajah 3: /b/ /p/
Dengan memperhatikan tiga faktor ini (titik artikulasi, cara artikulasi, dan status pita suara) maka seluruh bunyi konsonan dalam bahasa Malaysia dapat digambarkan. Lihat Jadual 1 pada halaman berikut.
Bunyi yang tertera pada jadual ini sebenarnya lebih tepat dinamakan fonem kerana bunyi-bunyi tersebut sudah meru-pakan unit yang sifatnya distingtif, yakni, sifat yang membe-dakan. Bunyi [p], misalnya, dibezakan dari [b] kerana dalam bahasa kita kedua bunyi ini membezakan antara, misalnya, parang dengan barang, pola dengan bola, dsb. Hal ini berbeza dengan [p] pada perkataan Inggeris pan dan [p] pada perkataan Inggeris nap.

Rajah 1: Konsonan Bahasa Melayu
Dalam perkataan Inggeris pan bunyi [p] diucapkan dengan letusan udara yang memiliki daya letusan (aspirated). Bila kita memegang secarik kertas kecil dekat mulut kita waktu mengucapkan perkataan Inggeris ini maka kertas ini akan terdorong ke depan oleh getaran udara yang kita keluarkan. Daya yang menyebabkan getaran ini dinamakan aspirasi. Sebaliknya, bunyi [p] pada perkataan nap tidak akan memunculkan aspirasi - padahal kedua-duanya adalah [p]. Dengan perkataan lain, [p] yang dengan aspirasi dan [p] yang tanpa aspirasi bukanlah dua fonem yang terpisah tetapi adalah dua alofon dari satu fonem yang sama, yakni, fonem /p/. Dalam tradisi linguistik fonem ditulis di antara dua kurung miring, / /, sedangkan alofon atau bunyi di antara dua kurung siku, [ ].
2. Pembuatan Bunyi Vokal
Berbeza dengan konsonan, kriteria yang dipakai untuk membentuk bunyi vokal adalah (1) tinggi-rendahnya lidah, (2) posisi lidah, (3) ketegangan lidah, dan (4) bentuk bibir. Kerana lidah itu lentur, maka lidah dapat digerakkan untuk dinaikkan atau diturunkan. Naik-turunnya lidah menyebabkan ukuran rongga mulut berubah. Bila lidah berada di posisi tinggi, maka ruang yang akan dilalui oleh udara dari paru-paru menjadi sempit. Bunyi yang dihasilkan juga akan melengking tinggi. Bila lidah diturunkan, rongga mulut menjadi makin lebar; makin ke bawah lidah itu makin lebarlah rongga mulut tadi. Lihatlah Diagram 4 berikut yang menggambarkan bunyi /i/ seperti pada perkataan Siti, /e/ pada sore, dan /e/ pada bebek.

Diagram 4: Bunyi /i/ /e/ /e/
Kerana kelenturannya, lidah juga dapat dilekuk-lekuk ke de-pan atau ke belakang. Posisi lidah di depan atau di belakang memegang peran dalam membentuk bunyi vokal. Bila diga-bungkan dengan tinggi-rendahnya lidah maka akan terbentuklah bunyi-bunyi vokal tertentu. Lihat Diagram 5 di halaman berikut yang menggambarkan bunyi /u/ buku, /o/ Karo, dan // rokok. Di samping kedua faktor di atas, vokal juga ditentukan oleh tegang atau tidaknya syaraf kita waktu mengucapkannya. Wak-tu mengucapkan bunyi /i/ seperti pada perkataan Inggeris beat dapat kita rasakan ketegangan syaraf pada samping leher kita, tetapi hal seperti ini tidak kita rasakan bila perkataan yang kita ucapkan adalah bit. Kriteria ini umumnya dinyatakan dengan istilah tense dan lax yang diterjemahkan menjadi tegang atau kendur.

Gambar Rajah 5: /u/ /o/ //
Faktor keempat adalah bentuk bibir. Bunyi-bunyi vokal tertentu diucapkan dengan kedua bibir dibulatkan (rounded) atau dilebarkan (spread). Pada umumnya bunyi vokal depan seperti /i/ tiba dan /e/ kare diucapkan dengan bibir dilebarkan sedangkan bunyi vokal belakang seperti /u/ buku dan /o/ ruko dengan bibir dibulatkan.
Kalau keempat faktor ini diterapkan pada bahasa Indonesia, maka akan tergambarlah vokal-vokal bahasa kita seperti terlihat pada Jadual 2 berikut.

Jadual 2: Vokal Bahasa Melayu
3. Fonotaktik
Tiap bahasa memiliki sistem sendiri-sendiri untuk menggabungkan fonem agar menjadi suku dan kemudian perkataan. Dengan demikian maka tidak mustahil adanya dua bahasa yang memiliki beberapa fonem yang sama tetapi fonotaktiknya, yakni, sistem pengaturan fonemnya, berbeza. Bahasa Inggeris dan bahasa Indonesia, misalnya, memiliki fonem /p/, /s/, /k/, /r/, dan /l/. Akan tetapi, fonotaktik bahasa Inggeris memungkinkan penggabungan /s-p-r/ dan /s-p-l/ pada awal suku seperti terlihat pada perkataan-perkataan sprite /sprait/ dan split /split/. Kebanyakan orang Indonesia tidak dapat mengucapkan perkataan-perkataan seperti ini dan seringkali mereka menyisipkan sebuah vokal sehingga ucapannya menjadi /sprit/ dan /split/.
Bahasa Inggeris sangat kaya dengan gugus kosonan: ada 45 gugus yang dapat berada di awal, dan 190 gugus di akhir perkataan (Fries 1945). Bahasa Indonesia tidak kaya dengan gugus konsonan, tetapi bahasa Indonesia moderen kini telah menyerap gu-gus asing sehingga memungkinkan adanya tiga konsonan di awal suku, meskipun bentuk-bentuk ini hanya terdapat pada perkataan-perkataan pinjaman. Di akhir suku, kalau pun ada, perkataan-perkataan ini sangat jarang ditemukan. Dengan demikian, struktur suku kata dalam bahasa kita adalah (lihat Alwi et al. 1995):
V a-mat, i-tu, o-rang
KV ba-gi, ti-ba,
VK am-bil, ung-kap
KVK ak-bar, am-bil, pak-sa, ter-bit
KKV pla-za
KVKK teks-til, kon-teks
KKVK plan
KKKV stra-tegi
KKKVK struk-tur, kon-struk-si
KKVKK kom-pleks
KVKKK korps
Penggabungan satu struktur suku dengan satu (atau lebih) struktur yang lain membentuk perkataan. Dari contoh di atas, misalnya, kita lihat perkataan-perkataan seperti akbar, putra, dan strategi yang masing-masing adalah gabungan dari VK-KVK, KV-KKV, dan KKKV-KV-KV.
4. Struktur Suku Kata
Suatu suku kata terdiri dari dua bahagian utama, yakni, onset (pembuka) dan rima (rhyme). Rima terdiri dari nukleus (nucleus) dan koda (coda). Secara diagramatik struktur suku kata adalah seperti berikut.
Suku Kata
Onset Rima
Nukleus Koda
Suatu suku dapat memiliki ketiga-tiganya: onset, nukleus, dan koda. Akan tetapi, hal ini tidak harus. Nukleus selalu berupa vokal. Konsonan atau konsonan-konsonan yang berada di muka nukleus dalam satu suku yang sama adalah onset dan yang di belakang nukleus adalah koda. Dalam suatu suku yang wajib ada adalah nukleusnya sedangkan onset atau kodanya bersifat opsional. Beberapa contoh:
Ban : /b/ = onset, /a/ = nukleus, /n/ = koda
Tong : /t/ = onset, / / = nukleus, // = koda
Tri : /tr/ = onset, /i/ = nukleus
As : /a/ = nukleus, /s/ = koda
Si : /s/ = onset, /i/ = nukleus
O (gitu): /o/ = nukleus
Tentu saja bila ada dua suku dalam satu perkataan seperti pergi maka perkataan itu dibagi menjadi dua suku, per- dan -gi, lalu kita terap-kan aturan penyukuan di atas.
Dalam bahasa Indonesia, dan bahasa mana pun, bila ada dua konsonan atau lebih yang mendahului nukleus maka konsonan yang lebih dekat dengan nukleus selalu lebih sonoran - suatu sifat bunyi yang kadar fonetiknya didominasi oleh ciri-ciri yang berkaitan dengan vois. Berikut adalah Jadual 3 yang menunjuk-kan derajat sonoritas bunyi (Giegerich 1995: 152).

Jadual 3: Urutan Sonoriti
Dari Jadual di atas tampak bahawa bunyi plosif adalah yang paling kurang-sonoran sedangkan vokal adalah yang paling sonoran. Sisanya ada di antara kedua kelompok bunyi tersebut.
Kerana adanya kodrat yang umum ini maka gugus konsonan pada kebanyakan bahasa terdiri dari gugus seperti sm-, sl-, pr-, spl-, spr-, dan str. Tidak ada gugus yang berupa ms-, ls-, rp-, pls-, rps, sts-, dst. Kita memiliki perkataan-perkataan seperti pria, pribumi, dan Sleman, tetapi tidak *rpia,* rpibumi, dan *Lseman. Satu masalah yang sampai sekarang belum ada jawabannya adalah mengapa /s/ mendahului bunyi seperti /p/ (spy) dan /t/ (step) padahal /s/ lebih sonoran daripada kedua bunyi ini.
5. Fitur Distingtif
Sejak tahun 1940-an, linguis mulai melihat ihwal bunyi dari segi oposisi yang sifatnya biner, yakni, sesuatu itu ya atau tidak, yang biasanya ditandai dengan simbol + dan -. Dalam hal fo-nem /p/ dan /b/, misalnya, satu-satunya fitur yang membezakan kedua fonem ini hanyalah ada tidaknya getaran pada pita suara. Bila ada getaran, fonem itu adalah /b/; bila tidak, /p/. Dengan perkataan lain, /b/ adalah [+vois] sedangkan /p/ adalah [-vois].
Fitur-fitur distingtif yang ada pada konsonan adalah:
a. Vokalik dan Konsonantal: semua konsonan adalah [+konsonantal] dan [-vokalik] sedangkan semua vokal adalah [+vokalik] dan [-konsonantal].
b. Anterior: bunyi yang dibuat di bahagian depan mulut adalah [+anterior]. Jadi, bunyi /p/ adalah [+anterior] sedangkan /k/ adalah [-anterior].
c. Koronal (coronal): bunyi yang dibuat di bahagian tengah atas mulut adalah [+koronal]. Jadi, bunyi seperti /p/ adalah [-koronal] tetapi /s/ adalah [+koro-nal].
d. Kontinuan (continuant): bunyi yang dibuat dengan aliran udaranya boleh terus berlanjut. Tentu saja bunyi /d/ adalah [-kontinuan] sedangkan /f/ adalah [+konti-nuan].
e. Straiden (strident): bunyi yang dibuat dengan iringan letusan suara. Dengan definisi ini maka /g/ adalah [-straiden] sedangkan /s/ adalah [+straiden].
f. Sengau: bunyi yang dihasilkan dengan udara keluar melalui hidung. Kerana itu, /m/ adalah [+ senau] tetapi /t/ adalah [- sengau].
g. Bersuara: bunyi yang disertai getaran pada pita suara. Semua vokal adalah [+ suara] sedangkan /s/ adalah [- suara] dan /z/ adalah [+ suara].
Untuk bunyi vokal fitur-fitur distingtifnya adalah (1) tinggi, (2) vokalik, (3) belakang, (4) bundar, dan (5) tegang. Bunyi vokal /i/, misalnya, adalah [+vokalik], [+tinggi], [-belakang], [+tegang], dan [-bundar]. Sebaliknya, /u/ adalah [+vokalik], [+tinggi], [+belakang], [+tegang], dan [+bundar]. Tinggi merujuk pada posisi tinggi-rendahnya lidah, belakang pada letak bahagian lidah yang relevan -- apakah di bahagian muka atau belakang mulut--, bundar pada bentuk mulut dengan bibirnya, dan tegang pada keadaan urat untuk mengeluarkan bunyi tersebut. Pada vokal tidak perlu ada fitur vois kerana semua vokal adalah secara otomatis semuanya [+vois].
Lihat Jadual 5 dan 6 untuk fitur distingtif konsonan dan vokal bahasa Melayu

Jadual 5: Fitur Distingtif Konsonan Melayu

Jadual 6: Fitur Distingtif Vokal Indonesia
Dengan penjelasan di atas suatu perkataan dapat digambarkan dengan memakai fitur-fitur distingtif seperti ini. Perkataan Indonesia ban, misalnya, terdiri dari fitur-fitur berikut:
b a n
[+konsonantal] [+vokalik] [+konsonantal]
[+anterior] [+belakang] [-anterior]
[+vois] [-tinggi] [+koronal]
[-koronal] [-tegang] [+sengau]
[-straiden] [-bundar] [+vois]
[-kontinuan] [-straiden]
[-nasal] [-kontinuan]
Sebaliknya, suatu konsonan yang [+konsonantal], [+anterior], [+vois], [-koronal], [-straiden], [-nasal], dan [-kontinuan] pas-tilah bunyi /b/.
6. Suara Onset Masa
Suatu perkataan tentulah terdiri dari satu suku atau lebih. Masing-masing suku terdiri dari beberapa fonem. Perkataan ban seperti di atas, misalnya, terdiri dari tiga fonem /b/, /a/, dan /n/. Transisi dari satu bunyi ke bunyi yang lain tentunya memerlukan waktu. Bagaimana transisi itu dilakukan ditentukan oleh macam masing-masing bunyi. Transisi dari /b/ ke /an/ pada /ban/ tidak sama dengan transisi /p/ ke /an/ seperti pada perkataan pan.
Suara Onset Masa, yang sering disingkat sebagai MOM (VOT), ada-lah waktu antara (a) lepasnya udara untuk pengucapan suatu konsonan dengan (b) getaran pita suara untuk bunyi vokal yang mengikutinya. Dalam contoh perkataan Inggeris man, kerana /m/ adalah [+vois], yang berarti bahawa pita suaranya pastilah bergetar, maka celah waktu untuk bunyi ini meluncur ke bunyi /Θ/?? adalah nol. Artinya, pada saat bunyi /m/ dilepas, pita suaranya pun bergetar bersamaan dengannya. Akan tetapi, pada perkataan Inggeris tan, getaran pada pita suara terjadi 60 milisekon sesudah bunyi /p/ dikeluarkan. Hal ini disebabkan oleh kenyataan bahawa /t/ adalah [-vois]. Dari bunyi [-vois] ke bunyi // yang [+vois] diperlukan waktu 60 milisekon. Dari gambaran ini tampak bahawa VOT untuk bunyi Inggeris /m/ adalah +0 mili-sekon sedangkan untuk /t/ adalah +60 milisekon.
Dari eksperimen yang dilakukan orang didapati bahawa untuk bahasa Inggeris suatu bunyi yang VOTnya antara 0-20 milisekon akan terdengar sebagai bunyi [+vois] sedangkan yang 40-60 milisekon adalah [-vois]. Di antara kedua angka itu, yak-ni, 30 milisekon, bunyi itu kadang-kadang terdengar sebagai vois kadang-kadang juga sebagai tak-vois (Clark & Clark 1977: 201).
Penutur asli suatu bahasa akan dengan tepat mengucapkan bunyi-bunyi dalam bahasa mereka kerana VOT mereka adalah akurat. Sebaliknya, seorang yang berbahasa asing pada umum-nya tidak dapat setepat seperti penutur asli sehingga dia tetap kedengaran seperti orang asing, meskipun dia sangat fasih dalam bahasa asing itu. Mengapa orang Indonesia dalam mengucapkan perkataan Inggeris Bob sering disangka oleh penutur Inggeris sebagai perkataan pop adalah mungkin kerana VOT /b/ Indonesia berada di sekitar 25-35 milisekon - sesuatu yang perlu dibuk-tikan secara laboratoris.
2. Signifikan Psikolinguistik
Dari sudut pandang persepsi ujaran, apa artinya semua gambar-an di atas? Paparan di atas penting untuk persepsi ujaran kerana tanggapan kita untuk bunyi dan perkataan suatu bahasa ditentukan pula oleh bagaimana bunyi-bunyi itu dibuat, fitur-fitur mana yang terlibat, dan bagaimana bunyi-bunyi itu digabungkan. Telinga orang Indonesia, misalnya, tidak terlatih untuk mende-ngar bunyi [p] yang diikuti oleh aspirasi (yakni, getaran udara yang keras waktu kita mengucapkan bunyi tertentu) seperti pada bahasa Inggeris . Bila kita mengucapkan bunyi /p/ bahasa Inggeris seperti pada perkataan pan dengan benar, dan di dekat mulut kita ada sudut kertas yang kita siapkan, maka sudut kertas itu pasti akan tersentak dan bergerak. Hal ini tidak terjadi pada bahasa kita kalau kita mengucapkan perkataan yang sama ini. Kerana itu, orang Indonesia pada umumnya tidak dapat pula mendengar adanya aspirasi ini waktu mendengar perkataan-perkataan Inggeris seperti pat, pick, dan pass.
Kenyataan bahawa dalam bahasa kita pada umumnya tidak ada perkataan yang berakhir dengan dua konsonan (kecuali pada be-berapa perkataan pinjaman) membuat kita tidak peka terhadap realita ini. Kita umumnya tidak mengucapkan perkataan Inggeris think dengan /k/ sebagai bunyi akhir; bunyi ini sering kita hilangkan sehingga kita mengucapkannya sebagai thing.
Dengan singkat dapat dikatakan bahawa persepsi kita terhadap bunyi dan gabungan bunyi yang kita dengar ditentukan oleh tilas (trace) neurofisiologis yang telah tertanam pada otak kita. Kerana dalam neurofisiologi kita terdapat tilas yang menunjukkan bahawa bunyi // dapat dipakai di depan suku, maka pada saat kita mendengar suatu rentetan bunyi di mana ada terdapat bunyi ini kita boleh menerka bahawa bunyi ini mungkin mengawali suatu suku kata. Andaikan rentetan bunyi itu adalah [diasukapi] maka [] boleh kita ikutkan dengan [pi ] sehingga interpretasi kita adalah Dia suka ngopi. Seandainya pendengar adalah penutur bahasa Inggeris yang sedang belajar bahasa Indonesia, dia tidak akan menggabungkan [] dengan opi kerana [] tidak pernah memulai suatu suku. Dengan demikian, tidak mustahil interpretasi dia adalah Dia sukang opi atau Dias ukang opi.
Kerana perbezaan antara satu bunyi dengan bunyi yang lain boleh saja hanya terletak pada satu perbezaan dalam fitur dis-tingtif, seperti misalnya antara /p/ dan /b/, maka pengertian tentang fitur distingtif ini penting pula untuk kita ketahui. Yang membezakan pasangan minimal (minimal pair) seperti tie dan die dalam bahasa Inggeris sebenarnya bukanlah fonem /t/ dan /d/ tetapi fitur distingtif yang ada pada kedua bunyi itu, yakni, bahawa /t/ adalah [-vois] sedangkan /d/ adalah [+vois]. Begitu pula pasangan minimal Indonesia /pan/-/ban/, /pola/-/bola/ dsb.
3. Transmisi Bunyi
Bunyi yang dikeluarkan oleh manusia ditransmisikan ke telinga pendengar melalui gelombang udara. Pada saat suatu bunyi di-keluarkan, udara tergetar olehnya dan membentuk semacam ge-lombang. Gelombang yang membawa bunyi ini bergerak dari depan mulut pembicara ke arah telinga pendengar. Dengan mekanisme yang ada pada telinga, manusia menerima bunyi ini dan dengan melalui saraf-saraf sensori bunyi ini kemudian “dikirimkan” ke otak kita untuk diproses dan kemudian ditang-kapnya. Lihatlah visualisasi di halaman berikut (mengikuti Garman, 1994: 4).
Pemrosesan di otak dibimbing oleh pengetahuan kita tentang bahasa tersebut, termasuk pengetahuan kita tentang bagaimana bunyi-bunyi itu dibuat dan fitur apa saja yang terlibat.

5. PERSEPSI TERHADAP UJARAN
Persepsi terhadap ujaran bukanlah suatu hal yang mudah dilaku-kan oleh manusia kerana ujaran adalah suatu aktivitas verbal yang meluncur tanpa ada batas waktu yang jelas antara satu perkataan dengan perkataan lain. Perhatikan tiga ujaran berikut: (a) Bukan angka, (b) Buka nangka, dan (c) Bukan nangka. Mes-kipun ketiga ujaran ini berbeza maknanya satu dari yang lain, dalam pengucapannya ketiga bentuk ujaran ini boleh sama - [bukanaΝka].
Di samping itu, suatu bunyi juga tidak diucapkan secara persis sama tiap kali bunyi itu muncul. Bagaimana suatu bunyi diucapkan dipengaruhi oleh lingkungan di mana bunyi itu berada. Bunyi [b] pada perkataan buru, misalnya, tidak persis sama dengan bunyi [b] pada perkataan biru. Pada perkataan buru bunyi /b/ dipengaruhi oleh bunyi /u/ yang mengikutinya sehingga sedikit banyak ada unsur pembundaran bibir dalam pembuatan bunyi ini. Sebaliknya, bunyi yang sama ini akan diucapkan dengan bibir yang melebar pada perkataan biru kerana bunyi /i/ adalah bunyi vokal depan dengan bibir melebar.
Namun demikian, manusia tetap saja dapat mempersepsi bunyi-bunyi bahasanya dengan baik. Tentu saja persepsi seperti ini dilakukan melalui tahap-tahap tertentu. Pada dasarnya ada tiga tahap dalam pemrosesan persepsi bunyi (Clark & Clark, 1977):
1. Tahap auditori: Pada tahap ini manusia menerima ujaran sepotong demi sepotong. Ujaran ini kemudian ditanggapi dari segi fitur akustiknya. Konsep-konsep seperti titik artikulasi, cara artikulasi, fitur distingtif, dan VOT sangat bermanfaat di sini kerana ihwal seperti inilah yang memisahkan satu bunyi dari bunyi yang lain. Bunyi-bunyi dalam ujaran itu kita simpan dalam memori auditori kita.
2. Tahap fonetik: Bunyi-bunyi itu kemudian kita identi-fikasi. Dalam proses mental kita, kita lihat, misalnya, apakah bunyi tersebut [+konsonantal], [+vois], [+nasal], dst. Begitu pula lingkungan bunyi itu: apakah bunyi tadi diikuti oleh vokal atau oleh konsonan. Kalau oleh vokal, vokal macam apa - vokal depan, vokal belakang, vokal tinggi, vokal rendah, dsb. Seandainya ujaran itu adalah Bukan nangka, maka mental kita menganalisis bunyi /b/ terlebih dahulu dan menentukan bunyi apa yang kita dengar itu dengan memperhatikan hal-hal seperti titik artikulasi, cara artikulasi, dan fitur distingtifnya. Kemudian VOT-nya juga diperhatikan kerana VOT inilah yang akan menentukan kapan getaran pada pita suara itu terjadi.
Segmen-segmen bunyi ini kemudian kita simpan di memori fonetik. Perbezaan antara memori auditori dengan memori fonetik adalah bahawa pada memori audi-tori semua variasi alofonik yang ada pada bunyi itu kita simpan sedangkan pada memori fonetik hanya fitur-fitur yang sifatnya fonemik saja. Misalnya, bila kita mende-ngar bunyi [b] dari perkataan buntu maka yang kita simpan pada memori auditori bukan fonem /b/ dan bukan hanya titik artikulasi, cara artikulasi, dan fitur-fitur distingtif-nya saja tetapi juga pengaruh bunyi /u/ yang mengiku-tinya. Dengan demikian maka [b] ini sedikit banyak diikuti oleh bundaran bibir (lip-rounding). Pada memori fonetik, hal-hal seperti ini sudah tidak diperlukan lagi kerana begitu kita tangkap bunyi itu sebagai bunyi /b/ maka detailnya sudah tidak signifikan lagi. Ertinya, apakah /b/ itu diikuti oleh bundaran bibir atau tidak, tetap saja bunyi itu adalah bunyi /b/.
Analisis mental yang lain adalah untuk melihat bagaimana bunyi-bunyi itu diurutkan kerana urutan bunyi inilah yang nantinya menentukan perkataan itu perkataan apa. Bunyi /a/, /k/, dan /n/ boleh membentuk perkataan yang berbe-da bila urutannya berbeza. Bila /k/ didengar terlebih dahulu, kemudian /a/ dan /n/ maka akan terdengarlah bunyi /kan/; bila /n/ yang lebih dahulu, maka terdengarlah bunyi /nak/.
3. Tahap fonologis: Pada tahap ini mental kita menerapkan aturan fonologis pada deretan bunyi yang kita dengar untuk menentukan apakah bunyi-bunyi tadi sudah me-ngikuti aturan fonotaktik yang pada bahasa kita. Untuk bahasa Inggeris , bunyi // tidak mungkin memulai suatu suku kata. Kerana itu, penutur Inggeris pasti tidak akan menggabungkannya dengan suatu vokal. Seandainya ada urutan bunyi ini dengan bunyi yang berikutnya, dia pasti akan menempatkan bunyi ini dengan bunyi di mukanya, bukan di belakangnya. Dengan demikian deretan bunyi /b/, //, //, /i/, dan /s/ pasti akan dipersepsi sebagai beng dan is, tidak mungkin be dan ngis.
Orang Indonesia yang mendengar deretan bunyi /m/ dan /b/ tidak mustahil akan mempersepsikannya sebagai /mb/ kerana fonotaktik dalam bahasa kita memungkinkan urutan seperti ini seperti pada perkataan mbak dan mbok - meskipun kedua-duanya pinjaman dari bahasa Jawa. Se-baliknya, penutur Inggeris pasti akan memisahkan kedua bunyi ini ke dalam dua suku yang berbeza.
Kombinasi bunyi yang tidak dimungkinkan oleh aturan fonotaktik bahasa tersebut pastilah akan ditolak. Kombinasi /kt/, /fp/, atau / pk/ tidak mungkin memulai suatu suku sehingga kalau terdapat deretan bunyi /anaktugal/ tidak mungkin akan dipersepsi sebagai /ana/ dan /ktugal/.
Dalam contoh ujaran Bukan nangka di atas, setelah bunyi /b/ dipersepsi maka bunyi /u/ kemudian dianalisis secara mental dengan melalui proses yang sama. Kemudian bunyi /k/, dst. sehingga akhirnya semua bunyi dalam ujaran itu teranalisis. Yang akan membezakan antara bukan nangka, bukan angka, dan buka nangka adalah jeda yang terdapat antara satu perkataan dengan perkataan lainnya.
6. MODEL-MODEL UNTUK PERSEPSI
Dalam usaha memahami bagaimana manusia mempersepsi bu-nyi sehingga akhirnya nanti boleh terbentuk komprehensi, para ahli psikolonguistik mengemukakan model-model teoritis yang diharapkan dapat menerangkan bagaimana proses persepsi itu terjadi. Sampai saat ini ada empat model teoritis yang telah di-ajukan orang.
a. Model Teori Motor untuk Persepsi Ujaran
Model yang diajukan oleh Liberman et al. ini, yang dalam bahasa Inggeris disebut sebagai Motor Theory of Speech Perception, menyatakan bahawa manusia mempersepsi bunyi dengan mema-kai acuan seperti pada saat dia memproduksi bunyi itu (Liberman et al. 1967 dalam Gleason dan Ratner, 1998). Seperti dinyatakan sebelumnya, bagaimana suatu bunyi diucapkan dipe-ngaruhi oleh bunyi-bunyi lain di sekitarnya. Namun demikian, bunyi itu akan tetap adalah fonem yang sama, meskipun wujud fonetiknya berbeza. Persamaan ini disebabkan oleh arti-kulasinya yang sama pada waktu mengucapkan bunyi tersebut. Jadi, meskipun bunyi /b/ pada perkataan /buka/ dan /bisa/ tidak persis sama dalam pengucapannya, kedua bunyi ini tetap saja dibuat dengan titik dan cara artikulasi yang sama. Dengan demikian, seorang penutur akan menganggap kedua bunyi ini sebagai dua alofon dari satu fonem yang sama, yakni, fonem /b/. Dengan perkataan lain, meskipun kedua bunyi itu secara fonetik berbeza, kedua bunyi ini akan dipersepsi sebagai satu bunyi yang sama.
Penentuan suatu bunyi itu bunyi apa didasarkan pada per-sepsi si pendengar yang seolah-olah membayangkan bagaimana bunyi itu dibuat, seandainya dia sendiri yang mengujarkannya.
b. Model Analisis dengan Sintesis
Manusia bervariasi dalam ujaran mereka, tergantung pada ber-bagai faktor seperti keadaan kesehatan, keadaan sesaat (gembira atau sedih), dan keadaan alat ujaran (sedang merokok atau tidak). Dengan demikian, kalau kita hanya menggantungkan pada fitur akustiknya saja, maka sebuah perkataan boleh saja memiliki banyak bentuk yang berbeza-beza. Kerana itu, diajukanlah suatu model yang dinamakan Model Analisis dengan Sintesis (Analysis-by-Synthesis).
Dalam model ini dinyatakan bahawa pendengar mempunyai sistem produksi yang dapat mensintesiskan bunyi sesuai dengan mekanisme yang ada padanya (Stevens 1960, dan Stevens dan Halle 1967, dalam Gleason dan Ratner 1998). Waktu dia mendengar suatu deretan bunyi, dia mula-mula mengadakan analisis terhadap bunyi-bunyi itu dari segi fitur distingtif yang ada pada masing-masing bunyi itu. Hasil dari analisis ini dipakai untuk memunculkan atau mensintesiskan suatu ujaran yang kemudian dibandingkan dengan ujaran yang baru dipersepsi. Bila antara ujaran yang dipersepsi dengan ujaran yang disintesiskan itu cocok maka terbentuklah persepsi yang benar. Bila tidak, maka dicarilah lebih lanjut ujaran-ujaran lain untuk akhir-nya ditemukan ujaran yang cocok.
Sebagai contoh, bila penutur bahasa Indonesia mendengar deretan bunyi /pola/ maka mula-mula dianalisislah ujaran itu dari segi fitur distingtifnya - dimulai dengan /p/ yang berfitur [+konsonantal], [-kontinuan], [+tak-vois], dsb. Proses ini berlanjut untuk bunyi /o/, dan seterusnya. Setelah semuanya selesai, disintesiskanlah ujaran itu untuk memunculkan bentuk-bentuk yang mirip dengan bentuk itu seperti perkataan /mula/, kemudian /pula/, lalu /kola/, /bola/ … sampai akhirnya ditemu-kan deretan yang persis sama, yakni, /pola/. Baru pada saat itulah deretan tadi telah dipersepsi dengan benar.
c. Model Lojik Fuzzy
Menurut model ini (Massaro, 1987, 1989) persepsi ujaran terdiri dari tiga proses: evaluasi fitur, integrasi fitur, dan kesimpulan. Dalam model ini ada bentuk prototipe, yakni, bentuk yang memiliki semua nilai ideal yang ada pada suatu perkataan, termasuk fitur-fitur distingtifnya. Informasi dari semua fitur yang masuk dievaluasi, diintegrasi, dan kemudian dicocokkan dengan des-kripsi dari prototipe yang ada pada memori kita. Setelah dicocokkan lalu diambil kesimpulan apakah masukan tadi cocok dengan yang terdapat pada prototipe.
Sebagai misal, bila kita mendengar suku yang berbunyi /ba/ maka kita mengaitkannya dengan suku kata ideal untuk suku ini, yakni, semua fitur yang ada pada konsonan /b/ maupun pada vokal /a/. Evaluasi fitur menilai derajat kesamaan masing-masing fitur dari suku yang kita dengar dengan masing-masing fitur dari prototipe kita. Evaluasi ini lalu diintergrasikan dan kemudian diambil kesimpulan bahawa suku kata /ba/ yang kita dengar itu sama (atau tidak sama) dengan suku kata dari prototaip kita.
Model ini dinamakan fuzzy (kabur) kerana bunyi, suku kata, atau perkataan yang kita dengar tidak mungkin persis 100% sama dengan prototipe kita. Orang yang sedang mengunyah sesuatu sambil mengatakan /ba(ra)/ pasti tidak akan menghasilkan /ba/ yang sama yang diucapkan oleh orang yang tidak sedang mengunyah apa-apa. Begitu pula orang yang sedang kena flu pasti akan menambahkan bunyi sengau pada suku ini; akan tetapi, suku kata /ba/ yang dengan bunyi sengau ini akan tetap saja kita anggap sama dengan prototipe kita.
d. Model Kohort
Model untuk mengenal perkataan ini (Marslen-Wilson dan Welsh, 1978 dan Marslen-Wilson, 1987 dalam Gleason dan Ratner, 1998; lihat juga Dominic W. Massaro 1994) terdiri dari dua tahap. Pertama, tahap di mana informasi mengenai fonetik dan akustik bunyi-bunyi pada perkataan yang kita dengar itu memicu ingatan kita untuk memunculkan perkataan-perkataan lain yang mirip dengan perkataan tadi. Bila kita mendengar perkataan /prihatin/ maka semua perkataan yang mulai dengan /p/ akan teraktifkan: pahala, pujaan, priyayi, prakata, dsb. Perkataan-perkataan yang termunculkan inilah yang disebut sebagai cohort. Pada tahap kedua, terjadilah proses eliminasi secara bertahap. Waktu kita kemudian mendengar bunyi /r/ maka perkataan pahala dan pujaan akan tersingkirkan kerana bunyi kedua pada kedua-dua perkataan ini bukanlah /r/ seperti pada perkataan targetnya. Perkataan priyayi dan prakata masih menjadi calon kuat kerana kedua perkataan ini memiliki bunyi /r/ setelah /p/. Pada proses berikutnya, hanya priyayi yang masih bertahan kerana perkataan prakata memiliki bunyi /a/, bukan /i/, pada urutan ketiganya. Akan tetapi, pada proses selanjutnya perkataan priyayi juga tersingkirkan kerana pada perkataan targetnya bunyi yang keempat adalah /h/ sedangkan pada priyayi adalah /y/. Dengan demikian maka akhirnya hanya ada satu perkataan yang persis cocok dengan masukan yang diterima oleh pendengar, yakni, perkataan prihatin
Secara diagramatik model bagi mempersepsi perkataan prihatin adalah seperti berikut:

e. Model TRACE
Model ini mula-mulanya adalah model untuk persepsi huruf tetapi kemudian dikembangkan untuk mempersepsi bunyi (McClelland dan Rumelhart 1981; Elman dan McClelland 1984; 1986). Model TRACE berdasarkan pada pandangan yang koneksionis dan mengikuti proses top-down. Artinya, konteks leksikal dapat membantu secara langsung pemrosesan secara perseptual dan secara akustik. Begitu pula informasi di tataran perkataan dapat juga mempengaruhi pemrosesan pada tataran di bawahnya.
Proses ini terdiri dari tiga tahap: tahap fitur, tahap fonem, dan tahap perkataan. Pada masing-masing tahap ada node-node yang mewakili fitur distingtif, fonem, dan perkataan. Masing-masing node mempunyai tingkat yang dinamakan resting, threshold, dan activation. Bila kita mendengar suatu bunyi, maka bunyi ini akan mengaktifkan fitur-fitur distingtif tertentu dan “mengisytirihatkan” fitur-fitur distingtif lain yang tidak relevan. Jadi, seandainya kita mendengar bunyi /ba/, maka bunyi /b/ akan mengaktifkan fitur-fitur distingtif [+konsonantal], [+anterior], [+vois] dan beberapa fitur yang lain, tetapi fitur-fitur seperti [+vokalik], [+nasal], dan [+koronal] akan “diistirahatkan.” Dengan perkataan lain, fitur-fitur yang relevan itu tadi muncul pada tingkat threshold.
Node-node ini saling berkaitan sehingga munculnya fitur-fitur tertentu pada tingkat threshold boleh pula memunculkan node-node yang lain. Kerana perbezaan antara /b/ dan /p/ hanyalah pada soal vois maka waktu /b/ muncul, /p/ boleh pula ikut muncul untuk dikontraskan, meskipun kemudian disingkirkan. Begitu pula ada jaringan interkoneksi antara satu tingkat dengan tingkat yang lain. Munculnya /k/ dan /o/ untuk perkataan Inggeris coat boleh memunculkan perkataan code, boat, dan road pada tataran perkataan.
Melalui proses eliminasi pada masing-masing tahap akhirnya ditemukan perkataan yang memang kita dengar.
7. PERSEPSI UJARAN DALAM KONTEKS
Di atas tadi digambarkan bagaimana manusia memproses ujaran yang kita dengar secara satu per satu. Akan tetapi, dalam kenyataannya bunyi itu tidak diujarkan secara terlepas dari bunyi yang lain. Bunyi selalu diujarkan secara berurutan dengan bunyi yang lain sehingga bunyi-bunyi itu membentuk semacam deretan bunyi. Lafal bunyi yang diujarkan secara berurutan dengan bunyi yang lain tidak sama dengan lafal bunyi itu bila dilafalkan secara sendiri-sendiri. Bunyi /p/ yang diujarkan sebelum bunyi /i/ (seperti pada perkataan fikir) akan berbeza dengan bunyi /p/ yang diujarkan sebelum bunyi /u/ (seperti pada perkataan pukat). Pada rentetan yang pertama, bunyi /p/ ini akan terpengaruh oleh bunyi /i/ sehingga ucapan untuk /p/ sedikit banyak sudah diwarnai oleh bunyi /i/, yakni, kedua bibir sudah mulai melebar pada saat bunyi /p/ diucapkan. Sebaliknya, bunyi /p/ pada /pu/ diucapkan dengan kedua bibir dibundarkan, bukan dilebarkan seperti pada /pi/.
Namun demikian, sebagai pendengar kita tetap saja dapat menentukan bahawa kedua bunyi /p/ yang secara fonetik berbeza adalah satu bunyi yang secara fonemik sama. Kerana itulah maka betapa pun berbezanya lafal suatu bunyi, pendengar akan tetap menganggapnya sama bila perbezaan itu adalah akibat dari adanya bunyi lain yang mempengaruhinya. Dengan perkataan lain, alofon-alofon suatu bunyi akan tetap dianggap sebagai satu fonem yang sama.
Persepsi terhadap suatu bunyi dalam deretan bunyi boleh pula dipengaruhi oleh kecepatan ujaran. Suatu bunyi yang diucapkan dengan bunyi-bunyi yang lain secara cepat akan sedikit banyak berubah lafalnya. Akan tetapi, sebagai pendengar kita tetap saja dapat memilah-milahnya dan akhirnya menentukannya. Pengetahuan kita sebagai penutur bahasa membantu kita dalam proses persepsi.
Faktor lain yang membantu kita dalam mempersepsi suatu ujaran adalah pengetahuan kita tentang sintaksis mahupun semantik bahasa kita. Suatu bunyi yang terucap dengan tidak jelas dapat diterka dari wujud kalimat di mana bunyi itu terdapat. Bila dalam mengucapkan kalimat Dia sedang sakit kita terbatuk persis pada saat kita akan mengucapkan perkataan sakit, sehingga perkataan ini kedengaran seperti /keakit/, pendengar kita akan dapat menerka bahawa perkataan yang terbatukkan itu adalah sakit dari konteks di mana perkataan itu dipakai atau dari perkiraan makna yang dimaksud oleh pembicara.
Dari gambaran ini dapatlah dikatakan bahawa pengaruh konteks dalam persepsi ujaran sangatlah besar. Dari sintaksisnya kita tahu bahawa urutan pronomina, kala progresif, dan adjektiva adalah urutan yang benar. Dari semantiknya terdapat pula kecocokan antara ketiga-tiga perkataan ini. Daripada konteksnya ketiga-tiga perkataan ini memberikan makna yang layak.

Subscribe to:
Posts (Atom)