Kita telah mengatakan bahawa pemerolehan bahasa ibu itu berlaku  di kalangan kanak-kanak secara tidak formal, yakni tidak perlu  diajar.  Bahasa kedua pula terpaksa dipelajari dan hanya  berkembang melalui latihan dan pengukuhan.  Bukan itu sahaja yang  berlaku.  Kita mesti mempunyai dorongan dan sikap yang sihat  untuk dapat belajar dengan berkesan.  Dorongan dan sikap yang  sihat ini menjadi faktor sosial dan budaya.  Tegasnya ada  perbezaan yang besar antara memperolehi bahasa pertama dan  mempelajari bahasa kedua.  Bahasa pertama dikuasai secara tidak  formal.  Ia tidak perlu diajar dan kanak-kanak pandai tanpa  pembelajaran.  Kanak-kanak hanya perlu didedahkan kepada bahasa  dan mereka akan pandai dengan sendirinya.  Kita terpaksa belajar  bahasa kedua melalui rancangan dan kaedah tertentu.  Di sini kita  tumpukan pula perhatian kita kepada pembelajaran bahasa sebagai  bahasa kedua.  Ini mungkin memberi kita pengetahuan mengenai  masalah penting dan sukar diatasi di negara ini.  Misalnya,  pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa pertama kepada anak-anak  Melayu mungkin tidak menimbulkan masalah besar.  Tetapi,  pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua kepada kaum  pendatang yang tinggal di Malaysia ini, masih belum menghasilkan  kejayaan yang dijangka.  Kita tidak perlu membuat kajian yang  mendalam.  Sekali imbas kita dapat melihat bahawa kaum mendatang  ini tidak dapat mempelajari bahasa Melayu dengan baik.  Dengan  kaedah, bahan, guru dan masa yang diberi, maka sebenarnya sangat  aneh kenapa orang bukan Melayu tidak cepat, bahkan tidak dapat  mempelajari bahasa Melayu dengan fasih.  Walau bagaimanapun,  mungkin ada masalah guru kerana di mana-mana terdapat kekurangan  guru bahasa Melayu.  Juga, ada guru bukan Melayu yang masih belum  fasih atau baik pencapaian bahasanya, ditugaskan mengajar bahasa  Melayu.
Mungkin salah satu dari masalah yang besar ialah, bahasa Melayu  yang diajar itu amat formal dan tidak ada kegunaan atau  persamaannya dengan bahasa yang digunakan hari-hari, sehingga  murid-murid terpaksa memperlajari suatu dialek yang berlainan  yang tidak boleh mereka tuturkan di luar kelas.  Masalah ini  dihadapi oleh kedua-dua murid Melayu atau bukan Melayu.  Dengan  kata lain, bahasa yang diajar itu tidak mengambil kira lingkungan  kebudayaannya di mana ia dituturkan.  Pengajaran dan pembelajaran  mana-mana bahasa kedua itu, hendaklah dilakukan dalam konteks  kebudayaan dan sosial yang hidup, iaitu perlulah diajar bahasa  yang dipertuturkan hari-hari.  Dengan itu maka dapatlah dikatakan  yang pembelajaran bahasa Melayu di Malaysia oleh kaum bukan  Melayu itu hendaklah dengan menggunakan dialek yang betul-betul  dituturkan supaya mereka dapat menggunakannya di luar kelas.  Apa  yang diajar di sekolah itu jarang benar dapat digunakan di luar  kelas tanpa merasa janggal.  Selalunya bahasa yang diajar  berbentuk bahasa pesuratan dan ia tidak dipakai dalam perbualan  hari-hari, walaupun oleh orang Melayu sendiri.
PROSES MENJADI DWIBAHASA
Tadi telah dibincangkan proses penguasaan bahasa secara teori  behaviorisme dan secara biologis.  Sekarang marilah pula kita  lihat dari segi sosiolinguistik pula tentang pembelajaran bahasa  di kalangan orang dewasa.  Dalam proses mempelajari bahasa kedua  ini, kita akan menumpukan perhatian kepada proses pembelajaran  bahasa kedua oleh mereka yang sudah dewasa, atau mereka yang  sudah melebihi jangkamasa yang subur untuk perkembangan bahasa  secara semulajadi.  Jadi pembelajaran bahasa asing itu tidak lagi  berlaku secara semulajadi.  Pembelajaran itu perlulah berlaku  dalam satu lingkungan sosial di mana bahasa itu dituturkan, iaitu  di dalam kegiatan sesuatu kebudayaan tertentu.  Proses menjadi  dwi-bahasa ini dapat dikatakan proses menghilangkan keasingan  yang dirasai oleh seseorang pelajar dalam kebudayaan bahasa yang  dipelajari itu.  Dalam hal ini linguistik dan sosiologi saling  berjalinan.  Sebenarnya ini merupakan suatu masalah persepaduan  yang amat kompleks di mana seseorang pelajar itu mencuba  meresapkan ciri-ciri kebudayaan, iaitu di mana bahasa itu  dituturkan.  Dalam hal ini lakuan kebudayaan dan linguistik yang  sudah ada padanya, iaitu dari bahasa ibunya, sentiasa  mempengaruhi proses pembelajaran bahasa kedua tersebut.  Si  pelajar itu terpaksa menguasai lakuan yang baharu dan terpaksa  memilih dalam mempergunakan yang baharu atau yang lama itu  mengikut keperluan konteks.  Gangguan dari sesuatu unsur bahasa  ibu sentiasa berlaku semasa seorang dewasa mempelajari satu  bahasa lain.  Ini dapat kita perhatikan dari satu contoh bahawa  dalam mempelajari bahasa Inggeris, seorang Melayu harus  dipengaruhi oleh lakuan sebutan dalam bahasa Melayu.  Misalnya  dalam menyebut bunyi t sudah tentu seseorang Melayu tidak akan  menyebutnya dengan aspirasi sebagaimana dalam bahasa Inggeris.   Umpamanya dia akan menyebut perkataan hat sebagai [hat] sahaja  dan tidak [hath] sebagaimana yang diucapkan oleh orang Inggeris.   Sebagai satu contoh lagi di mana proses pembelajaran bahasa itu  dapat dikatakan satu proses menguasai lakuan baharu, maka dapat  pula dilihat seorang penutur bahasa Melayu akan terus  mempergunakan katapartikel lah walaupun dia bertutur dalam bahasa  Inggeris.  Umpamanya I want to go homelah jelas menampakkan  kepada kita bahawa unsur lakuan dalam ayat bahasa Melayu seperti  lah dipindahkan ke bahasa Inggeris.  Oleh yang demikian  bagaimanakah agaknya orang dewasa itu mempelajari pola-pola  bahasa kedua itu?
MEMBENTUK LAKUAN BAHASA MELALUI LATIHAN
Di sini kita mengambil tauladan dari bagaimana bahasa pertama itu  dikuasai.  Mengikut teori behaviorisme, lakuan itu terbentuk  melalui lakuan yang diulang dan dikukuhkan.  Oleh itu sebagai  orang dewasa, kita terpaksa berlatih untuk mempelajari bahasa  kedua.  Kita terpaksa berlatih dengan begitu rapi lebih-lebih  lagi dalam bahagian di mana lakuan bahasa ibu kita mengganggu  pembentukan lakuan bahasa yang sedang dipelajari.  Oleh itu  mempelajari bahasa ini mungkin dapat dikatakan suatu proses  mempelajari lakuan baharu, samalah seperti seorang yang biasa  memandu kereta di sebelah kanan jalan dan kemudian terpaksa  memandu di sebelah kiri jalan.  Dalam hal ini terdapat  kecenderungan untuk mempergunakan lakuan yang lama.  Oleh itu di  mana perlu lakuan yang sama itu diperkenalkan dahulu dan kita  harus berhati-hati supaya mempelajari mempergunakan lakuan yang  baharu atau yang tidak sama dengan dalam bahasa kandungannya.   Proses mempelajari bahasa itu menumpukan perhatian kepada proses  pembelajaran perbezaan dan persamaan di antara kedua lakuan  bahasa itu.
Keperluan Latihan
Kita dapat perhatikan bahawa perkara yang penting sekali dalam  hal pembelajaran bahasa kedua itu ialah latihan.  Walau  bagaimanapun haruslah diketahui bahawa latihan itu hanyalah  merupakan satu bahagian sahaja daripada seluruh proses menjadi  dwibahasa.  Latihan yang demikian mencakupi latihan mendengar,  pendedahan terhadap penggunaan bahasa itu, berfikir, bercakap  sama dengan menggunakan satu bahan pengajaran yang tersusun rapi  ataupun dengan menggunakan bahan yang dibentuk secara rambang.   Tidaklah termasuk pada akal bahawa ada bahasa yang dapat   ipelajari tanpa latihan.  Ini tidaklah pula bermakna bahawa  latihan itu sahaja yang penting kerana sebenarnya ada unsur-unsur  lain yang terlibat.  Latihan memanglah dapat membentuk lakuan.   Walau bagaimanapun, ada kemungkinan bahawa lakuan juga dapat  terbentuk di luar dari apa yang kita katakan latihan, tetapi  contoh begitu sangat sukar didapati, iaitu mungkin melalui satu  teori dan teknik pembelajaran yang baharu yang tidak dapat kita  gambarkan di sini.
Dorongan untuk Mempelajari Bahasa Kedua
Kita cuba bincangkan kenapa agaknya orang menjadi dwi-bahasa.   Misalnya, seorang penjaja ais kacang bangsa India di Pulau Pinang  fasih menggunakan bahasa kandungnya Tamil, bijak berbahasa  Melayu, tahu bercakap Cina dialek Hokkien dan juga dia boleh  berbahasa Inggeris sedikit-sedikit.  Bahkan ini merupakan suatu  ciri umum bagi ramai di antara penduduk Pulau Pinang.  Walau  bagaimanapun orang India ini tidaklah berpangkat tinggi.  Seorang  pegawai tinggi pula hanya pandai berbahasa Inggeris dan Melayu  yang dikuasainya sebagai bahasa kandung.  Kalau kita ke tempat  lain, di Balik Pulau misalnya, terdapat pula penduduk Melayu yang  hanya tahu menggunakan bahasa kandungnya sahaja dan tidak tahu  menuturkan bahasa lain.  Terdapat pula penduduk Cina di Paya  Terubung yang hanya tahu bahasa Cina sahaja dan tidak yang lain.
Apakah sebabnya setengah manusia perlu bertutur lebih dari satu  bahasa dan setengahnya tidak?  Di Pulau Pinang keadaan begini  timbul kerana mereka berbilang kaum, jadi setiap kaum mengekalkan  bahasanya untuk berhubung dengan anggota masyarakatnya.  Di  samping itu mereka perlu menuturkan bahasa lain untuk berhubung  dengan anggota masyarakat dari kaum lain.  Ternyata di sini  bahawa di bandar Pulau Pinang keadaannya memang menyenangkan.   Sesiapa sahaja akan dapat mempelajari dua tiga bahasa dengan  mudah.  Tetapi mereka yang tinggal di tempat lain di pulau itu,  tidaklah mengetahui bahasa lain daripada bahasa kandungnya untuk  berhubung dengan kaum lain, kalau adapun, mungkin melalui bahasa  Melayu pasar.  Hal ini memberitahu kita kenapa manusia mesti  mempelajari bahasa lain dari bahasa kandungnya.  Pokoknya,  berjuta-juta manusia cuba mempelajari bahasa lain kerana ingin  berhubung dengan orang lain.  Seseorang yang masuk ke dalam  sesebuah masyarakat baharu itu tentu dianggap asing.  Selalunya  keasingan ini akan beransur hilang apabila dia telah fasih dalam  bahasa yang dituturkan oleh masyarakat yang menerimanya itu.
Penerimaan ke dalam Masyarakat Baharu
Perhubungan dalam sesuatu masyarakat itulah yang akan dapat  menghilangkan segala ciri keasingan yang dirasai oleh seseorang  asing itu.  Orang asing itu tadi sentiasa dikelilingi lingkungan  yang asing.  Oleh itu dia akan mencuba untuk mengatasi masalah  ini dengan menghilangkan unsur keasingan ini dan menjadi salah  seorang anggota dari masyarakat baharu itu pula.  Dalam hal ini  memang boleh didapati bahawa ada orang yang tidak pernah bergaul  dengan anggota masyarakat lain merasa tidak perlu mencuba untuk  menghilangkan unsur keasingan ini.  Ada penduduk mendatang di  Malaysia yang boleh hidup terasing.  Mereka tinggal dalam  masyarakat kaum sendiri, bersekolah, bekerja dan bergaul dengan  tidak sedikit pun memerlukan penggunaan bahasa Melayu.  Pernah  ditemui seorang tua Tamil di Pulau Pinang yang bekerja sebagai  nelayan yang pergi ke laut berseorangan pada tiap-tiap hari.  Dia  menjual hasil tangakapannya kepada seorang India lain.  Walaupun  umurnya sudah 53 tahun (menurut kawannya kerana dia tidak  memahami bahasa Melayu) dia tidak tahu bertutur bahasa Melayu  sepatah pun.  Dia tidak pernah dan tidak perlu berhubung dengan  penutur lain dari penutur bahasa Tamil dalam seumur hidupnya.
Peringkat Pencapaian yang Perlu
Walau bagaimanapun, tentu diakui ramai, bahawa keperluan  mempelajari sesuatu bahasa asing itu dan juga peringkat  kecapaiannya bergantung pada dorongannya sendiri.  Jelas sekali  dorongan mempelajari bahasa Melayu sebagai keperluan kelulusan  untuk melanjutkan pelajaran dan mendapat pekerjaan atau penetapan  dalam jawatan menjadi faktor mendorong kaum lain mempelajari  bahasa Melayu.  Ramai pula yang terdorong mempelajari bahasa  Inggeris untuk tujuan yang sama.  Bagi ahli politik kefasihan  dalam bahasa Inggeris memberi kemungkinan yang lebih luas dalam  tindak-tanduknya.  Ada pula golongan yang mempelajari bahasa  untuk mengeksploit, misalnya penjajah Inggeris yang datang ke  Tanah Melayu dahulu mempelajari bahasa Melayu semata-mata u tuk  mengeksploit ekonomi dan pentadbiran di Tanah Melayu.  Tetapi  dalam mempelajari sesuatu bahasa itu, maka amat mustahak  seseorang itu mengekalkan dorongan pembelajaran itu.  Hanya  mereka yang betul-betul berminat dan berkesanggupan serta yakin  bahawa bahasa itu akan membantunya maka dia akan berjaya dalam  usaha tersebut.
Memang benar bahawa bahasa kedua itu amat penting untuk  perhubungan, walaupun secara amnya perhubungan masih boleh  berlaku tanpa bahasa.  Sebenarnya perhubungan tanpa bahasa itu  amat terhad.  Hanya mereka yang ingin terus tinggal sebagai orang  asing dalam sebuah mas arakat itu sahaja yang akan terus tidak  memperdulikan keperluan bahasa kedua itu.  Walaupun kemahiran  dalam bahasa kedua itu dapat dianggap opsyenal, tetapi ternyata  bahawa perhubungan akan menjadi terhad dan kaum pendatang itu  tidak akan dapat menjadi sebagai sebahagian dari masyarakat itu  tanpa menggunakannya.  Satu contoh kecil, marilah kita lihat  masyarakat Gurkha yang dahulunya bekerja sebagai askar upahan  Inggeris di Malaysia.  Sekarang ada yang tinggal di Malaysia  berjaja bermacam jenis manik dan batu perhiasan di kaki lima  kedai dalam bandar-bandar besar.  Mereka memang suatu masyarakat  yang terasing.  Mereka tidak pernah mencuba bercampur dan tidak  pernah menggunakan bahasa Melayu untuk berhubung dengan  masyarakat tempatan, selain daripada hubungan jual beli yang amat  terhad itu.  Akibatnya, mereka terus terasing.  Pencapaian bahasa  Melayu mereka amat rendah sekali.
PEMELIHARAAN BAHASA KANDUNG
Dalam usaha mempelajari bahasa kedua untuk sesuatu tujuan, maka  selalulah terdapat konflik di antara pemeliharaan bahasa kandung,  dan pembelajaran bahasa kedua.  Dalam sebuah kajian untuk ijazah  Sarjana Sastera di Universiti Malaya, pada tahun 1971, Mohd.  Khalid cuba melihat keperluan pemeliharaan bahasa Melayu sebagai  bahasa kandung di kalangan mereka yang mempelajari bahasa  Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah.  Dari golongan pelajar  yang dikaji, tidak ada mereka yang betul-betul lancar dalam  kedua-dua bahasa tersebut.  Mereka hanya lancar dalam bahasa  kandung dan mereka bergantung kepada bahasa Inggeris, untuk  kepentingan akademik.  Kemahiran kedwibahasaan sebenarnya  mempunyai pertalian rapat dengan pola-pola persekolahan yang  telah dialami oleh pelajar tersebut.  Dalam kebanyakan hal mereka  salah faham dalam menganggarkan darjat kemahiran mereka.  Umumnya  terdapat mereka yang menyangka bahawa mereka itu lebih atau  kurang mahir dalam bahasa Inggeris.  Walau bagaimanapun boleh  dibuat satu generalisasi bahawa kemahiran mereka dalam bahasa  kandung memang cukup baik, manakala kemahiran mereka dalam bahasa  kedua tidaklah sempurna.
Kedominan bahasa kandung dalam suasana tidak formal didapati  wujud dalam kalangan ramai pelajar itu.  Mereka selalu terpaksa  mematuhi tekanan sosial yang terbit dari kedominan itu.  Fakta  ini juga merupakan sebab yang membolehkan terpeliharanya bahasa  kandung di kalangan pelajar-pelajar tersebut sungguhpun terdapat  serangan yang hebat dari bahasa kedua dalam suasana formal yang  dialami oleh mereka ketika menjalani pengajian di universiti.  Di  samping itu, nilai peribadi mereka terhadap bahasa kandung  menjadi faktor pendorong yang kuat ke arah pemeliharaan bahasa  tersebut.
Kedominan bahasa Melayu dalam masyarakat di sekitar pelajar ini  jelas menjadi faktor dalam pemeliharaan bahasa kandung itu.   Mereka memberi alasan bahawa pendirian mereka disebabkan adanya  keadaan ini.  Sehingga kedominan bahasa Melayu wujud sebagai  kenyataan dalam semua bidang hidup dalam negara ini, maka selama  itulah mereka perlu menjadi dwibahasa untuk menampung keperluan  mereka dalam semua bidang.  Oleh kerana pentingnya faktor-faktor  sosiobudayanya dalam sebarang fenomena mengenai bahasa dan  penggunaannya, maka dalam mencari sebab-sebab mengapa setengah  golongan penutur mempunyai nilai dan sikap tertentu terhadap  bahasa, maka kita harus mengingati suasana sosial dan faktor- faktor yang wujud.  Oleh sebab nilai ekonomi, sosial serta ilmiah  yang tinggi diberi pada bahasa Inggeris, maka itulah sebabnya ia  wujud mempersaingi bahasa Melayu.  Penutur akan terus terpaksa  mempelajarinya bagi mencapai cita-cita ekonomi dan sosial mereka.   Kalau kedominan itu tidak dapat diatasi oleh bahasa Melayu maka  selama itulah ia akan terus memberi kuasa dorongan dan sikap yang  positif bagi orang mempelajari bahasa Inggeris.
Akhirnya boleh dikatakan bahawa di kalangan pelajar yang dikaji  itu, bahasa kandung memang sedia dominan dan penggunaannya  sentiasa terpelihara sungguhpun tidak semua suasana yang disertai  oleh pelajar itu mempunyai corak kedominan bahasa kandung yang  serupa dengan keadaan pada keluarga masing-masing.  Selagi  kedominan bahasa Melayu terpelihara dalam keluarga, besar  kemungkinannya bahawa bahasa itu akan terpelihara penggunaannya  sekalipun lebih ramai orang Melayu menjadi dwibahasa atau  sekalipun masyarakat di sekitar keluarga memperlihatkan kedominan  bahasa itu pada dokumen sahaja.  Tetapi, kalau corak kedominan  itu berubah dalam suasana keluarga dan rumahtangga, besar  kemungkinannya bahawa penutur-penutur yang dwibahasa tidak lagi  akan mengetahui bahasa mana bahasa kandung mereka.  Dalam  perkataan lain, sekiranya perkara tersebut berlaku, mungkin akan  terdapat peralihan atau perubahan dalam corak kedominan bahasa- bahasa dan bahasa Melayu tidak akan terpelihara sebagai bahasa  dominan lagi.  Hipotesis ini dapat kita sokong dengan apa yang  dapat kita perhatikan di kalangan penutur Melayu.  Ramai juga  penutur Melayu yang sudah merasa penguasaan bahasa kandungnya  lemah kerana perkembangan bahasa itu semasa kecilnya ditekan  dengan terjadinya pemakaian bahasa Inggeris yang berleluasan di  dalam suasana keluarga.
FAKTOR-FAKTOR MEMBANTU PEMBELAJARAN BAHASA KEDUA
Selama ini kita hanya berbincang mengenai teori bagaimana bahasa  kandung dikuasai oleh kanak-kanak dan bahasa kedua dipelajari  oleh orang dewasa.  Setelah melihat faktor-faktor sosial dan  biologis yang membantu dan menghalang penguasaan dan pembelajaran  bahasa, marilah kita cuba melihat kemungkinan kejayaan usaha  mempelajari sesuatu bahasa kedua tersebut.
Dari penjelasan di atas, dapat dilihat bahawa ada beberapa unsur  tertentu perlu wujud bagi menghasilkan pembelajaran bahasa kedua:
a. Motif
b. Keupayaan
c. Sikap
d. Peluang
e. Lingkungan
Dalam hal ini kita menganggap bahawa segala pelajaran yang  dipakai untuk mengajar itu cukup baik dan gurunya terlatih.   Pendek kata semua faktor lain sempurna.  Dengan itu baharulah  kita dapat melihat sama ada kejayaan pembelajaran itu dapat  dicapai atau tidak.
Motif
Motif itu timbul dari tujuan kenapa seseorang itu ingin  mempelajari bahasa kedua.  Kalau ada tujuannya maka lahirlah  motif yang mendorongnya.  Di Malaysia ini boleh dikatakan semua  pelajar mempunyai motif tinggi untuk belajar bahasa Melayu kerana  ianya Bahasa Nasional dan juga menjadi keperluan untuk memegang  jawatan dalam sektor kerajaan.  Ia juga penting untuk pelajaran  tinggi serta keperluan sosial yang tertentu.  Jadi motif itu  timbul dari tujuan untuk mencapai tujuan-tujuan ini.  Demikian  juga para pelajar dan orang-orang tertentu mempunyai motif untuk  belajar bahasa Inggeris, untuk mendapat peluang pekerjaan dan  melanjutkan pelajaran ke universiti di luar negeri.  Itulah  sebabnya mereka mendapat motif untuk mempelajari bahasa-bahasa  tersebut.  Motif itu juga mungkin terbit dari keinginan  memelihara identiti dan budaya sesuatu kaum, seperti yang berlaku  di kalangan masyarakat Cina yang mempelajari bahasa Mandarin.
Keupayaan
Mungkin pernah kita mendengar bahawa ada orang yang pandai  bertutur banyak bahasa.  Begitu juga sebaliknya, ada orang yang  tidak berjaya mempelajari bahasa lain walaupun diberi pengajaran  yang rapi.  Ini bermakna ada orang yang mempunyai keupayaan dalam  mempelajari bahasa dan ada orang yang tidak.  Keupayaan ini  berhubung rapat dengan kecerdasan otak seseorang itu.  Ada orang  yang telah dengan sendirinya mempunyai kecerdasan otak dan  berkeupayaan tinggi dalam mempelajari bahasa dan ada yang tidak  mampu.  Walau bagaimanapun, seseorang itu berkeupayaan  mempelajari bahasa apa pun.  Tetapi peringkat kejayaannya  tentulah berlainan.  Selalunya, keupayaan ini semakin berkurangan  apabila orang itu menjadi lebih lanjut umurnya, iaitu apabila ia  telah melangkaui jangka masa yang subur untuk perkembangan bahasa  tersebut secara semulajadi.  Misalnya, kanak-kanak yang pindah  dari satu masyarakat ke suatu masyarakat yang menuturkan suatu  bahasa lain, akan dengan mudah dapat mempelajari bahasa yang  baharu ditemuinya itu.  Tetapi proses itu akan menjadi lebih  sukar bagi orang yang sudah meningkat umurnya.  Kanak-kanak akan  lebih mudah mempelajari bahasa asing itu, tetapi kita boleh  melihat dengan nyata bagaimana orang-orang dewasa gagal  mempelajari bahasa.  Ramai di antara penduduk Malaysia pada hari  ini datang dari negara lain, seperti Cina dan India.  Kebanyakan  dari kaum pendatang ini masih belum lagi dapat menguasai bahasa  Melayu di Malaysia.  Mungkin salah satu dari sebabnya ialah  kerana pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua itu telah  terhalang sebab mereka sudah kehilangan keupayaan.  Pendek kata  mereka hanya cuba mempelajarinya setelah dewasa.
Sikap
Selalunya motif dan keupayaan ini dibantu dengan sikap dalam  mempelajari sesuatu bahasa itu.  Mereka yang merasa bahawa  sesuatu bahasa lain itu penting dan mereka mesti mempelajarinya  akan mempunyai sikap yang sihat dalam mempelajari bahasa  tersebut.  Dalam sikap ini kita dapat melihat dari segi psikologi  sama ada seseorang itu merasa bahawa pembelajaran bahasa itu akan  mendatangkan faedah kepadanya, serta tidak mengancam kedudukan  atau identitinya.  Kita akan dapat melihat ada ramai di antara  para pentadbir Inggeris di Tanah Melayu sebelum merdeka, yang  tidak merasa perlu mempelajari bahasa Melayu.  Sikap mereka  mungkin tidak memandang yang bahasa Melayu itu memberi faedah,  sementara itu ada pula golongan yang mungkin menentang, kerana  memikirkan identiti mereka akan terancam dengan mempelajari  bahasa lain yang akhirnya menyerap mereka ke dalam kebudayaan  bahasa yang dipelajari itu.
Peluang
Kita mungkin mudah memahami hal peluang ini.  Misalnya, ramai  pelajar Melayu sekarang yang tinggal di sekolah-sekolah luar  bandar yang mungkin tidak mempunyai peluang untuk belajar bahasa  Inggeris.  Kalau diajar bahasa Inggeris, selalunya peluang itu  tidaklah sempurna.  Lagipun suasana di sekelilingnya tidak  menyokong pembelajaran di luar kelas.  Mereka lulus dari sekolah  tanpa pengetahuan bahasa Inggeris yang lengkap.  Kalaulah mereka  mendapat peluang untuk mempelajari bahasa Inggeris, mungkin  mereka juga akan dapat menguasainya.  Jadi peluang juga merupakan  satu faktor penting dalam mempelajari bahasa.  Kadang-kadang  peluang ini mungkin tidak wujud disebabkan perbelanjaan yang  mahal yang mungkin tidak mengizinkan orang itu belajar.  Kadang- kadang ketiadaan guru, buku teks, masa dan peralatan yang  sempurna akan menghalang pembelajaran bahasa tersebut.  Jadi  untuk menjayakan pembelajaran bahasa itu maka perlulah adanya  peluang untuk belajar, baik dari dalam mahupun dari luar kelas.
Lingkungan
Lingkungan di mana pelajar itu tinggal, dalam bentuk masyarakat  dan individu dan suasana politik tentu sekali akan dapat juga  membantu pencapaian dalam mempelajari bahasa.  Misalnya,  masyarakat yang bersimpati tentu akan membantu mendorong  seseorang itu belajar.  Di Malaysia sekarang seluruh lingkungan  di negara ini bersimpati, malah menggalakkan pembelajaran bahasa  Melayu.  Tetapi mungkin lingkungan keluarga akan menghalangnya.   Kalau ada individu yang tidak bersimpati dengan pembelajaran  bahasa Melayu, maka anak yang balik dari sekolah harus tidak  dapat dorongan di dalam keluarga.  Mungkin ini kadang-kadang  berlaku dengan tidak disedari.  Ibu bapa yang ingin anak-anaknya  belajar bahasa Cina harus menyuruh anaknya belajar bahasa Cina  pula di rumah dan dihalang mempelajari bahasa Melayu.  Mungkin  juga ibu bapa itu tidak fasih berbahasa Melayu dan suka pula  memakai bahasa Inggeris atau bahasa lain.  Dengan itu lingkungan  keluarga seperti itu tidak boleh dianggap sebagai lingkungan yang  dapat membantu dalam mempelajari bahasa Melayu.  Jadi kanak-kanak  itu tidak hidup dalam lingkungan yang sihat untuk belajar bahasa  Melayu.
KEMUNGKINAN KEJAYAAN MEMPELAJARI BAHASA KEDUA
D.N. Larson dan W.A. Smalley (1972) membutirkan tujuh perkara  yang dapat memberi sedikit penjelasan mengenai kemungkinan  berhasilnya pembelajaran bahasa kedua itu.
1.  Pelajar yang mempunyai keupayaan yang tinggi, serta diberi  peluang yang baik dan mempunyai motif yang kukuh dan sikap  yang sihat serta belajar dalam lingkungan masyarakat yang  mendorong, maka usahanya dalam pembelajaran bahasa itu tentu  sekali akan berjaya.
2.  Seorang yang mempunyai motif tinggi dan diberi peluang baik,  tetapi tidak mempunyai keupayaan yang tinggi terhadap  pembelajaran bahasa, akan mencapai kejayaan yang baik juga,  lebih-lebih lagi kalau masyarakat sekelilingnya itu  mendorongnya.
3.  Seorang yang mempunyai motif yang tinggi serta ada sikap dan  keupayaan baik, tetapi kurang berpeluang, harus juga mencapai  kejayaan yang agak baik kalaulah ada individu di  sekelilingnya yang memberi sokongan kepada pembelajarannya  itu.
4.  Kalau seorang pelajar itu berpeluang baik untuk belajar  bahasa dan mempunyai keupayaan tinggi, maka kejayaannya  bergantung pada motifnya.  Motifnya itu akan bergantung  kepada lingkungan kebudayaan di sekelilingnya.  Hanya mereka  yang dapat mengatasi masalah ini yang berjaya.
5.  Kalau seorang pelajar itu bermotif tetapi tidak mempunyai  keupayaan, sikap dan peluang untuk belajar maka dia harus  gagal.  Kalaulah kebudayaan dan masyarakat sekelilingnya  membantu maka ada juga sedikit harapan untuk mendapat sedikit  kejayaan.
6.  Kalau seorang pelajar itu mendapat peluang baik untuk belajar  bahasa tetapi tidak mempunyai keupayaan dan motif, maka dia  akan gagal.  Peluang yang diberi kepadanya akan sia-sia.   Kebudayaan yang menyokong pembelajaran itu juga akan  membosankannya.
7.  Pelajar yang berkeupayaan tinggi, tetapi tidak bermotif dan  juga tidak diberi peluang akan gagal.  Walau bagaimanapun  lingkungan yang menyokong mungkin membantunya mencari motif,  kalau tidak dia akan gagal.
Faktor-faktor ini perlulah wujud sebelum kejayaan sepenuhnya  tercapai.   Tetapi, sekiranya faktor-faktor ini tidak menyokong  maka pelajar itu tentu akan gagal.  Faktor-faktor yang wujud  dengan tidak sepenuhnya harus menyebabkan pencapaian yang  berbeza-beza.
Saturday, February 28, 2009
PEMEROLEHAN BAHASA
Kita akan dapati kanak-kanak selalunya dapat memperolehi atau mempelajari bahasa secara berperingkat-peringkat dari masa ianya bayi.  Apa yang penting ialah bahawa bayi itu belajar secara tidak formal, atau pembelajaran berlaku dengan secara tidak sedar dan tidak perlu diajarkan.  Yang perlu hanya pendedahan kepada pemakaian bahasa itu dan kanak-kanak itu akan terus memperolehi sesuatu bahasa tersebut.  Jadi para sarjana cuba mencari jawapan bagaimana ini boleh berlaku.  Ada dua aliran yang mencuba menganalisa dan menerangkan fenomena ini.  Ada sarjana yang berfikir bahawa bahasa itu serupa dengan lakuan lain dan lakuan ini dikuasai oleh kanak-kanak secara meniru segala lakuan pertuturan ibu bapanya.  Kemudian terdapat pula sarjana yang memikirkan bahawa kanak-kanak memperolehi bahasa itu kerana ianya sudah terancang untuk berkembang dalam kanak-kanak tersebut dari segi biologis.  Kanak-kanak yang terdedah pada bahasa akan dengan sendirinya mempunyai keupayaan untuk memperolehi bahasa.  Teori pertama itu dipanggil teori behaviorisme dan yang kedua itu dipanggil teori biologis.
TEORI BEHAVIORISME
Salah satu dari bidang ilmu yang banyak mempengaruhi linguistik ialah psikologi. Mereka yang mengkaji mengenai teori behaviorisme ini ialah sarjana psikologi yang beranggapan bahawa pemerolehan sesuatu lakuan terjadi melalui ulangan sesuatu lakuan. Teori psikologi ini menyelidik lakuan-lakuan binatang. Eksperimen ini tidaklah dapat disebut satu persatu tetapi cukuplah bagi kita sekadar membincangkan teori behaviorisme ini yang bersangkutan dengan kegunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Walau bagaimanapun, teori behaviorisme ini tidaklah pula membuat tuntutan yang khusus mengenai bagaimana bahasa dikuasai. Mereka hanya menganggap bahawa kemahiran bertutur itu juga merupakan satu lakuan manusia, sama seperti lakuan lain. Jadi bagaimana lakuan lain itu dipelajari, maka begitulah juga lakuan bahasa dipelajari. Kajian mereka hanya ditumpukan kepada lakuan binatang. Kesimpulan dari kajian ini dianggap akan dapat diterima sebagai sah untuk sebarang lakuan manusia.
Watson
Dalam kurun ke-19, aliran kajian psikologi di Amerika mulai bergerak berpisah dari pemikiran tradisi sarjana- sarjana psikologi di Eropah. J.B. Watson, profesor psikologi di John Hopkins University telah membuat kajian dan menulis artikelnya: Psychology as the Behaviorist View (1913). Dia hanya mengkaji lakuan dan telah membezakan antara lakuan sedar dan yang tidak sedar. Dengan mengetepikan sesuatu yang subjektif maka dia telah dapat melakukan kajian terhadap lakuan sedar. Inilah sumbangannya yang terbesar, iaitu penolakannya terhadap pembezaan jasad dan fikiran, yakni ia mengetepikan apa yang berdasarkan agakan tanpa bukti yang dapat dilihat nyata. Inilah yang dipegang oleh ahli psikologi sebagai lakuan itu. Dengan itu semua ahli psikologi menumpukan perhatian kepada lakuan atau gerak-gerak yang dapat diperhatikan secara objektif. Mereka ini selalu mengkaji lakuan binatang dan mereka suka menjalankan analisa mengikut rangsangan dan tindakbalas, dan dengan memberi penegasan terhadap pembelajaran sebagai bidang tumpuan pengkajian mereka itu.
Guthrie
Di samping sarjana ini kita dapati pula E.R. Guthrie yang menjadi profesor psikologi di University of Washington. Dalam bukunya The Psychology of Learning (1935), dia memberi perhatian terhadap pendapat berikut, bahawa pembelajaran itu berlaku dengan adanya rangsangan yang diikuti dengan tindakbalas. Dengan kata lain apa yang dimaksudkan olehnya ialah kalau sesuatu lakuan itu terjadi dalam satu keadaan tertentu, maka semasa kita berada dalam keadaan itu pada masa yang lain, tentulah kita akan membuat lakuan yang sama. Apabila terjadi rangsangan dan tindakbalas secara berulangan maka terhasillah pembelajaran. Ternyata bahawa kenyataan seperti ini mempunyai kekurangan dari segi pembelajaran. Katakanlah seorang itu disuruh mengisi teka silang kata. Dia akan mengisi kata-kata dalam teka silang itu dan akan menyelesaikan masalah itu kalau ianya mudah. Tetapi kalau teka silang itu sukar dan dia tidak dapat membuatnya, maka dia akan meninggalkannya setelah bosan. Pada satu masa lain, dia diberi teka silang kata yang sukar juga tidak dapat dibuatnya dan oleh itu terus ditinggalkannya. Dalam hal ini dapatkah kita mengatakan dia sudah mempelajari sesuatu? Pada hal dia tidak menyelesaikan teka silang kata itu dan ternyata dia tidak mempelajari sesuatu apa pun. Menurut teori behaviorisme, kalau dia memberi tindakbalas yang sama, maka berlakulah pembelajaran. Dalam hal ini ternyata tidak terjadi proses pembelajaran yang dikatakan tersebut.
Skinner
Dalam teori pembelajaran melalui teori lakuan ini, nama ahli psikologi yang masyhur sekali ialah B.F. Skinner. Skinner merupakan seorang sarjana teori behaviorisme dan mengajar di Harvard University. Skinner telah mengkaji dan memperbaiki teori behaviorisme itu. Mengikutnya pembelajaran itu berlaku kalau ada rangsangan dan tindakbalas yang berulangan. Dalam hal ini, beliau membuat eksperimen dengan menggunakan binatang, salah satu darinya ialah dengan menggunakan merpati. Merpati itu dikurung dalam kotak. Di dinding kotak itu ada swis. Apabila swis itu dipatuk terbukalah satu lubang untuk memberi makanan. Ini telah ditafsirkan oleh seorang sarjana psikologi sebagai keadaan yang dapat dipadankan dengan pembelajaran lakuan di kalangan binatang, termasuk manusia. Apabila merpati itu lapar dan mematuk swis itu, maka timbullah rangsangan dan diberi balasan dengan makanan. Ini tidak jauh berbeza dari yang disebut oleh Watson dan Guthrie, tetapi apa yang berbeza ialah tentang konsep pengukuhan. Pengukuhan ini dianggap oleh Skinner sebagai asas dalam proses pembelajaran. Pengukuhan berlaku apabila lakuan itu diberi balasan dengan hadiah. Keinginan mendapat balasan hadiah ini menimbulkan keinginan supaya berbuat demikian untuk mendapatkan hadiah yang sama. Oleh sebab itu lakuan itu akan diulang. Pengulangan yang kerap dilakukan akan mengukuhkan proses pembelajaran. Dengan itu terjadilah pembelajaran.
Berdasarkan pengkajiannya, Skinner telah dapat membezakan dua jenis pembelajaran yang berlainan kerana ada dua jenis lakuan tindakbalas. Pertama ialah lakuan automatis yang tetap. Contoh lakuan automatis yang paling mudah ialah lutut akan terangkat apabila diketuk oleh doktor. Itu merupakan satu lakuan yang ada rangsangan (ketuk) dan ada tindakbalas (kaki terangkat). Lakuan seperti ini dianggap sebagai tindakbalas automatis dan berlaku secara tidak sedar dan ianya tetap. Kedua ialah lakuan operan. Bagi beliau kebanyakan lakuan yang kita lakukan ialah sejenis operan. Lakuan automatis ini akan hanya berlaku sekiranya ada rangsangan tetapi lakuan operan akan berlaku dalam sesuatu lingkungan atau keadaan. Dengan kata lain, rangsangannya tidak semestinya menerbitkan tindakbalas tertentu yang tetap, seperti berjalan, bercakap dan lain-lain. Misalnya, lakuan menyuap makanan bukan sahaja kerana rangsangan itu melibatkan makanan, tetapi juga kerana rasa lapar, lingkungan sosial dan beberapa lingkungan atau suasana yang berlainan. Proses ini perlulah diambil kira. Belajar melalui lakuan operan itu ialah yang dikatakan pembelajaran menurut syarat. Syarat itu timbul dari lingkungan yang menjadi rangsangan yang mendorong lakuan tersebut. Ini jelas berbeza dari lakuan sebagai tindakbalas otot secara automatis.
Dalam bukunya Verbal Behavior (1957) Skinner telah membincangkan lebih lanjut tentang proses pembelajaran dengan menggunakan unsur rangsangan, tindakbalas dan segala syarat dan pengukuhan yang terlibat dalam menghasilkan pembelajaran secara maksimum. Dengan adanya pendapat ahli psikologi ini, maka ianya dapat menjelaskan kekaburan dari segi teori dalam sistem pembelajaran bahasa dalam abad ke-20 ini. Jadi teori behaviorisme ini melengkapkan apa yang diperlukan oleh para pendidik. Dengan itu lahirlah pendapat yang mengatakan bahasa itu adalah suatu lakuan dan boleh dipelajari melalui syarat-syarat tertentu, samalah dengan binatang mempelajari lakuan tertentu (G.A. Kelly, 1969). Sejak Skinner, ramai lagi ahli psikologi yang mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku. Ada di antara mereka yang mengkaji bagaimana kanak-kanak menguasai bahasa dan apa implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa.
KRITIKAN TERHADAP TEORI BEHAVIORISME
Banyak lagi usaha lain yang memperbaiki konsep Skinner dalam usaha mencari jawapan bagaimana bahasa dipelajari dan ini ternyata mempunyai implikasi terhadap prinsip dan kaedah PPpengajaran dan pembelajaran bahasa. Chomsky (1967) dengan keras mengkritik Skinner. Sebenarnya sejak Skinner, memang ramai ahli psikologi lain yang melanjutkan kajian dalam bidang ini sehingga menimbulkan golongan neobehaviorisme, iaitu yang sudah mula bergerak meninggalkan teori behaviorisme.
Dalam kritiknya itu, Chomsky menyatakan bahawa teori behaviorisme itu hanya sebuah dongeng. Baginya, behaviorisme tidak memberi tempat yang sewajarnya pada akal atau otak manusia. Behaviorisme tidak mengindahkan tentang daya pemikiran manusia dalam menguasai bahasa. Beliau menegaskan tentang pentingnya faktor lingkungan kebudayaan dalam penguasaan bahasa itu. Ianya tidak dapat berlaku dalam keadaan yang kosong dari segi sosiobudaya. Mungkin kalau diketahui dengan jelas bagaimana cara kanak-kanak menguasai bahasa, maka ianya mungkin lebih bermanfaat kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ini ternyata lebih memberi untung dari kajian bagaimana lakuan terbentuk di kalangan binatang.
Dalam mengkaji bagaimana kanak-kanak menguasai bahasa, maka tidaklah dapat dinafikan kanak-kanak banyak menguasai lakuan lisan atau bukan lisan melalui pemerhatian biasa dan meniru-niru lakuan orang dewasa dan kanak-kanak lain. Kanak-kanak tidaklah belajar melalui sesuatu perancangan bahasa yang rapi dari ibu bapa.
Pada peringkat majunya kanak-kanak itu pandai mengeluarkan ayat-ayat yang belum pernah didengarnya dahulu, atau memahami ayat-ayat tersebut. Kebolehan ini menunjukkan ada proses penting yang tak bersangkut paut dengan maklumat balik dari lingkungan bahasa. Penguasaan yang dikatakan berlaku mengikut pembentukan lakuan lisan melalui pengukuhan itu sama sekali ditolaknya. Menurutnya proses penguasaan bahasa itu jelas menunjukkan bahawa pengukuhan, pemerhatian biasa dan sifat semulajadi yang ingin tahu, bergabung dengan sifat mahu meniru merupakan faktor penting, memberi kemungkinan untuk kanak-kanak membuat generalisasi, hipotesis dan memproses maklumat dalam suatu cara istimewa dan amat kompleks. Semuanya ini sukar diperikan. Ia mungkin terpendam dan mula berkembang menurut kematangan sistem saraf bayi itu. Pendapat ini banyak memberi pengaruh terhadap cara pengajaran dan pembelajaran bahasa, tetapi pengaruh sepenuhnya belum begitu ketara pada masa ini.
TEORI BIOLOGIS
Chomsky dan rakan-rakan yang sealiran dengannya telah menumpukan banyak perhatian kepada unsur yang terpendam dalam manusia dan bukannya terhadap sesuatu lakuan yang dapat dilihat sahaja. Mereka beranggapan bahawa manusia sejak lahirnya sudah mempunyai kebolehan untuk memperolehi sistem perhubungan yang dipakai oleh manusia, iaitu bahasa. Kebolehan ini dipanggil Jentera Penguasaan Bahasa (Chomsky 1965). Kanak-kanak yang terdedah kepada sesuatu bahasa itu mempunyai keupayaan yang semulajadi untuk merumus dan membentuk hukum nahu bahasa tersebut. Ini bermakna, kalau tidak ada pendedahan, maka penguasaan bahasa juga tidak akan berlaku. Misalnya ada ceritanya tidak dapat bercakap apabila dijumpai. Jadi kanak-kanak tidak akan memperolehi bahasa sekiranya ia dipisahkan dari masyarakat manusia, sebab Jentera Penguasaan Bahasa itu tidak mendapat sebarang bahan untuk diproses. Mereka juga telah mendapati bahawa ada satu jangka masa yang subur untuk bahasa berkembang dan sekiranya masa ini terlangkau, maka pemerolehan bahasa juga akan terhalang.
Jadual Pemerolehan Bahasa
Salah satu dari teori E.H. Lenneberg (1967) mengenai pemerolehan bahasa ialah bahawa semua kanak-kanak yang sihat dan normal mulai bercakap dan bertutur pada peringkat umur yang agak sama. Ini menyokong bahawa kebolehan untuk berbahasa itu berkembang telah sedia ada terjadual secara biologis. Pembentukan pertuturan dan perkembangan bahasa membuktikan adanya sesuatu yang sudah terjadual dari segi biologi. Nampaknya apabila sudah sampai masanya maka seseorang anak itu akan dengan serta merta menjadi tertarik terhadap segala bunyi yang didengarnya dan dia dapat menajamkan pancainderanya. Dengan itu dia mula mengerti dan memilih bunyi yang penting dan mengetepikan segala yang lain, seperti yang diperhatikan oleh Lenneberg.
Kajian Lenneberg telah mengatakan bahawa pemerolehan bahasa ini bergantung kepada suatu jadual biologi dan bukan terbit dari rangsangan yang datang dari lingkungan. Misalnya anak yang lahir dari ibu bapa yang pekak dan bisu tentu sekali tidak mempunyai lingkungan bahasa, tetapi mereka juga akan mula belajar bertutur pada peringkat umur yang sama dengan kanak-kanak lain dan perkembangannya dapat dijangka seolah-olah telah terjadual. Jadi apakah maksud bahasa itu suatu fenomena biologi? Ini membawa dua implikasi yang pertama ialah bahawa kanak-kanak itu tidaklah bergantung kepada ibu bapanya untuk mengajarnya sesuatu bahasa. Kanak- kanak mempunyai keupayaan merumus dengan sendiri dan kita tidak akan dapat mengajarnya, walaupun sekiranya kita mahu berbuat begitu. Implikasi yang kedua ialah perkembangan bahasa ini hanya terbatas kepada hubungan dengan jenis makhluk yang dikenali sebagai manusia sahaja. Manusia melahirkan bayi dengan keadaan yang tidak berupaya, yakni ia terpaksa dijaga dan disusui. Tetapi anak binatang boleh terus makan sendiri dan berlari setelah beberapa saat sahaja ia dilahirkan. Otak manusia memakan masa yang panjang untuk membesar, dan hal ini dapat memberi keupayaan untuk bahasa tumbuh dan berkembang. Mungkin itulah sebabnya bahasa boleh berkembang. Sebaliknya anak binatang hanya membesar dari segi jasad sahaja dan tidak dari kebolehan lain. Dia sudah lengkap sejak lahir.
Daya Kefahaman Lebih Asas dari Bertutur
Lenneberg telah membezakan antara kemahiran memahami dan bertutur. Dia mengatakan kebolehan memahami bukan hanya wujud sebelum kebolehan bertutur tetapi sebenarnya ia lebih dasar dan mudah. Dia menunjukkan yang dalam peringkat awal kanak-kanak dapat mengenali dan terus membezakan pola-pola pertuturan yang berlainan. Misalnya kebolehan kognitif di kalangan kanak-kanak pekak yang tidak terdedah pada bahasa pendengaran itu adalah sama pantas dengan kanak-kanak biasa. Ini menunjukkan kebolehan itu telah wujud. Kehilangan salah satu dari pancaindera, tidaklah mencatatkan kebolehan asas berbahasa itu.
Dari yang Umum Menuju yang Khusus
Kanak-kanak mula memberi nama kepada barang-barang pada sesuatu peringkat yang tertentu dalam perkembangan bahasa. Ianya merupakan kemuncak proses-proses yang dilalui dengan perlahan semasa umurnya meningkat lapan belas bulan apabila kanak-kanak itu mula mengetahui nama-nama barang. Di antara dua puluh empat hingga tiga puluh bulan kanak-kanak tadi melalui proses memberi nama kepada barang-barang. Semasa dia mencapai umur lebih kurang tiga puluh bulan kanak-kanak tadi akan mempunyai perbendaharaan kata lebih kurang 100 perkataan dan mempunyai kemungkinan untuk memahami antara 2,000 sampai 3,000 perkataan lain. Sebenarnya, ianya belumlah lagi tahu menggunakan perkataan-perkataan tersebut. Proses menamakan barang-barang itu merupakan satu dari aktiviti luar biasa yang menunjukkan adanya perkembangan bahasa. Tetapi proses ini amat kurang difahami pada masa ini. Apa yang kita tahu hanyalah ia terjadi pada peringkat umur yang sama di kalangan kanak-kanak. Faktor yang bertanggungjawab terhadap perkembangan ini dan perjalanan sistem saraf yang menjadi dasar kejadian itu, tidaklah diketahui dan mungkin akan memakan masa yang panjang sebelum ianya diketahui dengan jelas. Walau bagaimanapun dapat kita perhatikan bahawa ada arah tertentu dalam hal ini, iaitu kanak-kanak sentiasa menamakan barang-barang dari yang umum kepada yang tertentu dan khusus. Misalnya kanak-kanak mungkin mula-mula memanggil segala makanan dengan `mamam' dan kemudiannya menjadi lebih khusus dan membezakannya kepada `susu', `nasi', `lauk', `kuih' dan sebagainya. Mereka mempelajari benda-benda sebagai satu golongan dahulu dan kemudian baharu ia mengetahui anggota-anggota atau bahagian golongan itu.
PERINGKAT PENGUASAAN BAHASA
Masalah memahami perkembangan penguasaan bahasa melibatkan perkara-perkara yang lebih abstrak dan rumit. Pada hakikatnya, inilah yang kita maksudkan dengan bahasa sebagai suatu fenomena perkembangan biologi. Hal ini menolak peranan lingkungan sahaja dalam perkembangan bahasa. Kita dapat melihat bahawa kanak-kanak tidaklah mempelajari bahasa dengan meniru-niru percakapan ibu bapa. Pertuturan kanak- kanak itu sebenar-benarnya keluar dari daya ciptaan mereka sendiri. Rangkaikata-rangkaikata seperti, `abah gi', `dah bis' dan lain-lain merupakan gabungan-gabungan pertuturan yang dibuat oleh kanak-kanak itu sendiri dan bukanlah merupakan pertuturan yang mereka dengar dan tiru dari ibu bapa. Apa yang selalu diperhatikan berlaku ialah sebaliknya, iaitu ibu bapa yang selalunya meniru-niru kanak-kanak itu. Kita bukanlah guru mereka dan kita tidak pernah bersikap hendak mengajar nahu dan pola bahasa kepada anak-anak kita.
Pemerolehan Bahasa Melalui Pendedahan
Kanak-kanak tidak akan dapat memperolehi sesuatu bahasa melainkan kalau mereka mendengarnya dan fungsi kita hanya bercakap, lebih banyak lebih baik. Selain dari itu, fungsi sokongan moral juga amat kecil sebab biologi kuat memainkan peranannya. Biologi mengambilalih tugas selanjutnya samalah seperti organ-organ tubuhnya menghadamkan makanan selepas makan. Semuanya berlaku sebagai sesuatu yang sudah sedia terbina. Anak tersebut memerlukan bahasa untuk hidup sama seperti ianya memerlukan makanan. Maklumat yang diterimanya dari pertuturan kita dapat dianggap sebagai bahan mentah yang masuk melalui saluran pendengarannya terus ke pusat sistem saraf dan dianalisa kepada unsurnya dan kemudian dibina kembali sebagai suatu kemahiran bahasa yang amat kompleks. Bagaimana proses ini berlaku? Kita masih jahil dalam bidang ini dan kita hanya boleh mengagak sahaja. Bayi manusia dilahirkan dengan tidak berupaya dan terpaksa membesar. Berat otak bayi manusia semasa dilahirkan hanya lebih kurang 25% daripada otak orang dewasa. Ini membolehkan proses tumbesaran kematangan otak berlaku dalam satu jangkamasa yang panjang selepas lahir. Oleh sebab sistem araf berkembang maka proses perkembangan bahasa boleh berlaku.
Jadual Pemerolehan Mengikut Umur
Menurut Lenneberg (1967) perkembangan pemerolehan bahasa di kalangan kanak-kanak melalui lapan peringkat:
1. Semasa berumur tiga bulan, kanak-kanak hanya dapat mengangkat kepada meniarap. Dia meletakkan semua berat badannya pada sikunya. Kanak-kanak kurang menangis pada masa ini dan dia boleh mengeluarkan bunyi seakan-akan bunyi vokal yang kadang-kadang berpanjangan antara lima belas sampai dua puluh saat.
2. Semasa berumur empat bulan, kepala kanak-kanak itu mula kukuh dan tegap dan kanak-kanak mula menggemari barang- barang permainan. Tindakbalas kepada suara manusia lebih tajam, matanya mencari si penutur kadang-kadang kanak-kanak itu akan ketawa.
3. Pada masa berumur lima bulan, kanak-kanak tersebut boleh duduk tegap. Dia mula menyebut bunyi konsonan di antara bunyi vokal tersebut. Tetapi dari segi akustik bunyi-bunyi itu berbeza dari bunyi bahasa.
4. Semasa kanak-kanak yang berumur enam bulan ia mula boleh bertupang tangan semasa duduk. Kebolehan mengagah bertukar kepada pengeluaran bunyi-bunyi yang berciri sukukata seperti ma, mam, da, dak, di, dan dik dan lain-lain.
5. Pada masa berumur lapan bulan kanak-kanak mula boleh berdiri sambil berpegang kepada dinding. Pengulangan bunyi- bunyi menjadi lebih kerap dan pola lagu menjadi lebih nyata dan pertuturan mula digunakan untuk menyatakan kemahuan dan perasaan.
6. Semasa berumur sepuluh bulan kanak-kanak itu mulai merangkak dan kadang-kadang berdiri tegak. Kanak-kanak mula mengeluarkan berbagai-bagai bunyi dan mula meniru bunyi dan membezakan bunyi yang berlainan yang didengarnya.
7. Semasa berumur dua belas bulan kanak-kanak mulai belajar berjalan-jalan dan bunyi yang serupa dengan bunyi bahasa mula diterbitkan dan perkataan seperti mak, abah, mamam, mula disebut. Pada masa ini juga kanak-kanak tersebut mulai memahami arahan.
8. Semasa berumur lapan belas bulan kanak-kanak tersebut mulai berjalan. Dia sudah mempunyai antara tiga hingga lima puluh perkataan. Kefahamannya bertambah baik dan dia mula menggabungkan dua perkataan untuk menjadi rangkaikata. Semasa umurnya meningkat dua tahun pola-pola ayatnya mula menjadi lengkap dan dia dapat merumuskannya dengan bersendirian. Proses ini berterusan hingga umurnya menjadi baligh apabila bahasanya menjadi sempurna.
Kekenyalan Berakhir
Masa tamat peringkat kesuburan untuk belajar bertutur ini mungkin juga mempunyai sesuatu kepentingan dalam perkembangan bahasa tersebut. Alam mesti mengadakan perimbangan di antara kekenyalan sistem saraf bagi memungkinkan dia belajar. Selepas itu sistem itu menjadi mantap. Oleh sebab itu perlulah diberi masa yang agak sesuai untuk bahasa berkembang dan proses itu harus berhenti setelah mencapai peringkat yang sempurna. Selalunya ia berlaku setelah ia menjadi baligh dan mula memainkan peranannya dalam masyarakat secara aktif. Pembakuan itu menjadi perlu supaya bahasa yang dituturkan itu berdasarkan suatu sistem sahaja yang dapat difahami oleh semua anggota masyarakat itu. Kalau ia terus berkembang, maka haruslah ia menjadi sukar untuk difahami oleh kebanyakan anggota masyarakat yang ramai itu.
Sebagaimana yang kita tunjukkan tadi pemerolehan bahasa bermula semasa kanak-kanak berumur dua tahun, iaitu semasa otaknya tumbuh menjadi 60% dari otak orang dewasa. Masa ini juga merupakan masa progres yang rapi berlaku untuk berjalan dan kemahiran-kemahiran motor yang lain, iaitu suatu ciri yang penting berhubung dengan kemahiran-kemahiran lain dan kemahiran bahasa. Di antara perkara yang penting dalam perkembangan otak melibatkan pembesaran bahagian kiri hemisfera otak waktu anak itu berumur sepuluh tahun. Sebabnya yang sah tidaklah diketahui. Tetapi salah satu daripada kepentingannya ialah untuk membolehkan kemahiran bertutur itu menjadi matang.
Dapat kita perhatikan bahawa ada satu ciri yang selalu berlaku dalam perkembangan bahasa. Selalunya bayi menunjukkan yang mereka faham setengah perkataan dan arahan- arahan semenjak mereka berumur dua belas bulan lagi walaupun mereka tidak dapat mengeluarkan sepatah perkataan pun. Kita dapat memperhatikan bahawa proses memahami dalam sesuatu bahasa itu mendahului proses bertutur. Dalam suatu kajian terhadap seorang kanak-kanak yang sakit otak kerana jangkitan semasa dalam kandungan, menunjukkan yang dia tidak dapat bertutur dengan baik. Walau bagaimanapun, dalam ujian-ujian yang dijalankan, dia dapat memahami perintah seperti `Ambil kotak itu!' dan `Masukkan ke dalam botol', dan di samping itu dia boleh menjawab soalan mengenai cerita-cerita yang didengarnya. Ini menjelaskan prinsip penting bahawa kemahiran memahami itu mendahului kemahiran bertutur. Bukan itu sahaja, bahkan ia lebih mudah dan lebih dasar. Dengan lain perkataan, ada sesuatu yang istimewa dalam pertuturan yang dapat kita fahamkan sebagai pengetahuan berkenaan dengan sesuatu bahasa, yang mungkin sudah wujud semasa awal dalam kehidupan kanak-kanak lagi. Dari sini dapatlah disimpulkan bahawa proses bermula semasa kanak-kanak itu berumur dua tahun dan berakhir lebih kurang semasa ia berumur dua belas tahun.
Setelah mencapai peringkat itu maka, bahasa kanak-kanak itu dianggap sudah lengkap dalam serba serbinya. Memang betul bahawa kanak-kanak, bahkan orang dewasa sendiri masih terus belajar. Tetapi apa yang mereka pelajari itu hanya merupakan gaya, atau peluasan dari segi pemakaian, atau sesuatu makna yang baharu sahaja. Sebenarnya, dari segi nahunya, bahasa itu sudah cukup lengkap, tetapi pemerolehan lain akan terus berlaku.

Friday, February 27, 2009
Bagaimana Kanak-Kanak Melayu Mempelajari Pragmatik
Zuraini binti Ramli
Jabatan Bahasa Melayu
Fakulti Bahasa
Universiti Pendidikan Sultan Idris
1.0 Pendahuluan
Seseorang bayi dari saat kelahirannya telah mula berhubung dengan orang-orang dalam persekitarannya melalui tangisan. Tangisan menjadi satu cara untuk memberitahu keperluannya, seperti lapar, mengantuk atau sakit. Sungguhpun demikian, tangisan belum boleh dikatakan sebagai bahasa kerana bentuk tersebut tidak mempunyai pola teratur yang secara berulang-ulang dapat menyampaikan fikiran dan perasaan dengan tepat. Apabila bunyi-bunyi yang dikeluarkan oleh alat artikulasi manusia disusun mengikut hukum-hukum yang ada dalam sesuatu bahasa, barulah pengguna bahasa dapat berkomunikasi sesama mereka.
Menurut Piaget (1926), ‘…human cognitive development is achieved through maturational stages, with our thought processes and patterns changing systematically as we age’. Beliau melihat perkembangan bahasa kanak-kanak dalam dua jenis, iaitu :
i) Bahasa yang bertumpu pada diri sendiri yang disebut bahasa egosentrik (egocentric language).
ii) Bahasa yang ditujukan kepada orang lain yang disebut bahasa perhubungan (socialized language).
Bahasa jenis pertama, iaitu bahasa yang bertumpu pada diri sendiri merupakan situasi berbahasa kanak-kanak yang sama sekali tidak mempedulikan orang di sekitarnya atau pada orang yang mendengarnya. Dia bercakap dengan dirinya sendiri dan tentang dirinya sendiri. Kanak-kanak juga kadangkala menghubungkan sesiapa sahaja yang berdekatan dengannya dengan perkara yang sedang dilakukannya itu, tetapi orang berkenaan hanya menjadi penonton sahaja.
Bahasa egosentrik dilahirkan dengan tiga cara, iaitu pengulangan, monolog dan monolog tumpuan. Bahasa egosentrik jenis pengulangan merupakan percakapan kanak-kanak yang diulang secara terus menerus, sama ada pada peringkat kata atau suku kata. Contohnya,
  
Kakak nak mandi, man man di.
Kakak nak mandi, man man di.
Pengulangan tersebut dibuat untuk tujuan keseronokan dan tidak bermaksud apa-apa.
Bahasa egosentrik jenis monolog pula ialah percakapan kanak-kanak yang seolah-olah menggambarkan kepada kita bahawa dia sedang berfikir, dan fikiran itu dilahirkan dalam bentuk bunyi dan kemudian dalam bentuk kata. Manakala jenis monolog tumpuan dapat dilihat apabila kanak-kanak bercakap seorang diri, dan dia menghubungkan butir percakapannya dengan orang yang ada berhampiran dengannya.
Jenis perkembangan bahasa yang kedua pula ialah bahasa perhubungan. Dalam jenis tersebut, kanak-kanak bertukar fikiran dengan orang lain dengan berbagai-bagai cara, seperti bercerita, bertengkar, mengulas, dan bertanya. Dalam situasi ini, kanak-kanak telah mula berkeupayaan untuk memberi fokus kepada pelbagai aspek dalam pelbagai situasi. Justeru, mereka telah mula berfikir tentang menjalinkan perhubungan dengan orang lain, dengan cara menghasilkan pelbagai bentuk komunikasi dengan audiens yang berbeza (Piaget, 1926).
2.0 Catatan Ringkas Tentang Bagaimana Kanak-Kanak Melayu Mempelajari Pragmatik
Jika dilihat tahap-tahap pemerolehan bahasa kanak-kanak, beberapa pandangan telah dikemukakan oleh beberapa pengkaji yang berbeza. Umumnya, peringkat pemerolehan bahasa kanak-kanak hampir sama. Kebanyakan pengkaji menghubungkan tahap pemerolehan bahasa dengan melihat perkembangan usia dengan pergerakan deria motor kanak-kanak. Mangantar Simanjuntak (1987, 188-239) membahagikan peringkat pemerolehan bahasa kepada beberapa tahap, iaitu tahap membabel atau mengagah, tahap holofrasa, tahap ucapan dua kata, tahap permulaan tatabahasa, tahap menjelang tatabahasa penuh dan akhirnya, tahap kecekapan penuh. Menurut Kess, J. F. (1976: 58) pula, tahap pemerolehan bahasa kanak-kanak dilihat mengikut usia. Pemerolehan bahasa melibatkan pemerolehan pelbagai aspek dalam bahasa, antaranya fonologi, sintaksis, semantik dan pragmatik. Kanak-kanak bermula dengan sesuatu yang lebih umum dan kategori yang tidak dikenal pasti, seterusnya persepsi dan klasifikasi mereka berkembang dan berubah mengikut masa.
 
Kanak-kanak mula berinteraksi dengan orang di sekelilingnya semenjak mereka dilahirkan lagi. Walau bagaimanapun, hanya pada usia dua tahun dan ke atas, kebanyakan kanak-kanak mula boleh bertutur dalam bentuk ayat. Tahap in merupakan tahap pemerolehan sintaksis. Dalam tahap tersebut, kanak-kanak dilihat sudah mula mempelajari pragmatik dalam perbualan mereka. Mereka mula memahami konteks dalam perbualan, melalui pelbagai teknik berinteraksi, seperti teknik bercerita, bertengkar dan berbahas, bekerjasama, menyatakan keinginan, mengkritik, memerintah atau meminta, bertanya, mengulas, melarang, dan mengajak. Berikut dihuraikan bagaimana kanak-kanak Melayu mempelajari aspek pragmatik dalam interaksinya dengan orang di sekeliling. Data yang dipaparkan merupakan data yang diperoleh daripada pemerhatian terhadap kanak-kanak perempuan Melayu bernama Ainin Sofiya (singkatannya Sofiya atau Nin), ketika berusia antara 1 hingga 3 tahun.
2.1 Bercerita
Melalui teknik bercerita, Sofiya memberitahu sesuatu kepada pendengarnya yang boleh menarik minat pendengar tersebut. Kebiasaannya, dia bercerita tentang pengalamannya, sama ada yang pernah berlaku pada dirinya ataupun yang berbentuk imaginasi. Ketika bercerita berkaitan pengalamannya, Sofiya selalunya bercerita tentang dirinya dan orang-orang yang berada di sekitarnya, khususnya keluarga terdekat atau rakan-rakan di taska. Contohnya:
1) Danish ada rambut botak. Rambut ayah dia pun botak jugak.
2) Kakak rajin, kakak dah sidai tuala kakak dengan tuala adik.
Perkataan pun dan rajin bukan sahaja bertujuan memberi penegasan, tetapi juga untuk menarik perhatian pendengar. Sebagaimana yang dinyatakan sebelumnya, penceritaan juga dibuat berdasarkan khayalan atau imaginasi kanak-kanak. Selalunya, Sofiya berimaginasi tentang perkara-perkara tertentu yang pernah dilihatnya pada orang-orang di sekitarnya yang lebih dewasa atau berdasarkan gambar atau cerita yang pernah dilihat atau ditonton. Kadangkala imaginasi terhasil akibat keinginannya terhadap sesuatu perkara. Sebagai contoh:
3) Nanti kakak nak jadi pengantin macam Mak Busu, cantik.
4) Nanti kakak nak bilik kakak macam ni, ada bantal Barney (sambil menunjuk gambar dalam majalah).
2.2 Bertengkar dan Berbahas
Dalam teknik bertengkar dan berbahas, Sofiya cenderung untuk mempertahankan pendapat atau kepercayaannya, sama ada dengan rakan-rakan atau orang lain yang lebih dewasa. Kadangkala, dalam situasi pertengkaran dan perbahasan itu, dia merujuk pandangan orang lain untuk mendapatkan pengesahan.
5) Opah: Pandai cucu Opah, nanti dapat nombor satu.
Sofiya: Bukan cucu Opah, kakak cucu atok, kan bu?
6) Opah: Kakak pakai baju Opah ya?
Sofiya: Mana ada. Ini baju kakak. Opah besar.
2.3 Bekerjasama
Melalui teknik bekerjasama, Sofiya mengajak kanak-kanak lain untuk melakukan sesuatu, seperti bermain, melukis, dan membaca buku. Sebagai contoh:
7) Sofiya: Syafiq, jom kita main boling.
Syafiq: Sofiya duduk kat situ, Syafiq susun bola.
Selain itu, Sofiya juga adakalanya menunjukkan keinginan bekerjasama dengan orang dewasa, seperti ketika memasak lauk dan membeli belah. Contoh perbualan di bawah diambil ketika Sofiya melihat ibunya menumbuk bawang di dapur.
8) Sofiya: Biar kakak masukkan bawang putih.
2.4 Menyatakan Keinginan
Keinginan merupakan naluri yang telah ada dalam diri manusia semenjak mereka dilahirkan. Berbahasa menjadi salah satu medium untuk menyatakan keinginan tersebut. Justeru, pernyataan keinginan merupakan bentuk bahasa yang paling awal dikuasai oleh kanak-kanak. Dalam kes Sofiya, dia boleh menyebut perkataan mama dan ayah pada peringkat yang lebih awal. Dia juga boleh menyebut perkataan-perkataan yang berkaitan dengan perbuatan asas dalam kehidupan. Kebanyakan perkataan tersebut berbentuk kata kerja seperti makan, minum, dan mandi, yang dikeluarkan dalam bentuk satu suku kata. Selalunya, dia mengharapkan tindak balas daripada orang yang mendengar, sama ada tindak balas dalam bentuk bahasa ataupun perbuatan. Contohnya:
9) Nak nen/tek (susu).
10) Nak andi (mandi).
2.5 Mengkritik
Menjadi kebiasaan kepada Sofiya untuk mengkritik atau menegur perbuatan atau kelakuan orang lain yang dirasakannya tidak betul. Cara ini membolehkannya menimbulkan gerak balas sama ada secara positif atau negatif kepada orang lain. Misalnya:
11) Sofiya: Ayah nyanyi salah, bukan macam tu!
Dalam contoh (11), kritikan ditujukan terus kepada orang yang menjadi sasarannya. Ada juga situasi yang kritikan dinyatakan secara tidak langsung, iaitu diujarkan kepada orang lain. Contohnya:
12) Sofiya: Ibu, ayah nyanyi macam tu bu. Lagu kakak lain.
2.6 Memerintah atau Meminta
Jika dilihat bahasa yang digunakan dalam interaksi kanak-kanak, teknik memerintah dan meminta merupakan teknik yang paling kerap digunakan, terutama antara umur dua hingga lima tahun. Memerintah atau meminta boleh dianggap sebagai kesinambungan daripada teknik menyatakan keinginan, kerana ia merupakan peringkat perkembangan yang agak tinggi dan bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak. Ketika berusia kurang daripada 3 tahun, ayat yang diujarkan merupakan ayat perintah kerana Sofiya masih belum menguasai kata-kata silaan dan permintaan. Contohnya:
13) Sofiya: Ayah, pasang kipas!
 
14) Sofiya: Ibu, buat Milo kakak!
Penggunaan kata silaan dan permintaan boleh menghaluskan suasana permintaan tersebut Pada usia 3 tahun, Sofiya sudah mampu menggunakan perkataan tolong, dan ayat yang diujarkan juga lebih panjang. Ini menunjukkan bahawa dia sudah menguasai dan memahami aspek pragmatik dengan lebih baik. Contohnya:
15) Sofiya: Ibu, tolong kakak warnakan ni.
 
16) Sofiya: Ibu, kakak penat, tolong dukung kakak.
Adakalanya, ayat perintah atau permintaan dihasilkan dalam bentuk ayat penyata. Sebagai contoh:
 
17) Sofiya: Ibu, kakak nak pakai lipstick.
Jika ayat tersebut disanggah, kanak-kanak akan mengulangi pernyataan tersebut dengan lebih bersungguh-sungguh. Jelas bahawa keinginan mereka juga kadangkala dizahirkan dengan cara tersirat. Contohnya:
18) Sofiya : Ibu, kakak nak pakai lipstick.
Ibu : Malam-malam orang tak pakai lipstick.
Sofiya : Kakak nak pakai lipstick jugak!
2.7 Bertanya
Bertanya merupakan teknik yang seringkali digunakan oleh Sofiya untuk memenuhi naluri ingin tahunya tentang pelbagai perkara di sekelilingnya. Dalam bahasa, ada dua jenis ayat tanya, iaitu ayat tanya terbuka dan ayat tanya tertutup (Nik Safiah Karim et al., 1996 :427). Ayat tanya terbuka ialah ayat tanya yang jawapannya tidak terhad kepada perkataan ya atau tidak, sebaliknya bergantung pada maksud yang terkandung dalam ayat tanya tersebut. Manakala, ayat tanya tertutup pula ialah ayat tanya yang memerlukan jawapan ya atau tidak/bukan.
Selain daripada bertujuan untuk mendapatkan jawapan, kadangkala pertanyaan orang dewasa dilahirkan untuk mendapatkan pengesahan, menyuruh atau mengejek. Namun begitu, bagi Sofiya, teknik bertanya merupakan teknik yang digunakan untuk membolehkan dia benar-benar mengetahui sesuatu perkara itu. Setiap pertanyaannya perlu dijawab dengan jelas, sama ada menggunakan ya, tidak atau jawapan dalam bentuk yang lain. Oleh itu, pertanyaan Sofiya boleh berbentuk pertanyaan terbuka dan tertutup. Walau bagaimanapun, bentuk pertanyaan yang lebih awal digunakan ialah pertanyaan terbuka, tentang nama, tempat dan arah. Contohnya seperti:
19) Sofiya: Apa ni bu?
 
20) Sofiya: Itu apa?
Pertanyaan di atas timbul apabila Sofiya mula mengenal alam sekelilingnya dan mempunyai dorongan untuk mengetahui nama benda-benda. Ini menunjukkan bahawa dia sudah mula mempunyai pengetahuan kognitif.
Dari segi penguasaan kata ganti nama tanya, didapati bahawa kata tanya apa dikuasai lebih awal daripada siapa. Hal ini menunjukkan bahawa pada peringkat awal, Sofiya melihat semua yang terdapat di sekelilingnya sebagai benda, dan belum ada perbezaan antara kategori manusia dan bukan manusia. Kata tanya siapa mula digunakan apabila dia tahu membezakan antara manusia dan bukan manusia. Contohnya, jika mendapat baju atau mainan yang baru, dia akan bertanya siapakah yang membelikan barang tersebut untuknya. Sebagai contoh:
21) Sofiya: Siapa belikan baju ni?
 
22) Sofiya: Siapa beli buku ni bu?
Dalam contoh di atas, selalunya pertanyaan itu diungkapkan untuk dia mengetahui siapakah yang membelikannya barang tersebut. Secara tidak langsung, hal ini juga menunjukkan bahawa dia sudah pandai menghargai pemberian orang lain kepadanya.
Kata tanya mana dikuasai lebih kemudian, iaitu pada usia lebih kurang dua tahun. Contohnya:
 
23) Sofiya: Mana kasut kakak?
24)) Sofiya: Mana beg kakak?
 
25) Sofiya: Bu, kita nak pergi mana?
 
26) Sofiya: Ibu beli dekat mana?
Contoh-contoh di atas memperlihatkan perkataan mana merujuk kepada makna arah dan makna tempat, dan hal ini sama dengan bahasa orang dewasa. Dalam contoh ayat (26), selalunya pertanyaan itu diungkapkan selepas contoh ayat-ayat (21). Contoh ayat (26) ini juga mengukuhkan lagi kenyataan bahawa Sofiya sudah pandai menghargai pemberian orang lain.
Apabila mencapai usia tiga tahun, Sofiya sudah mula menggunakan pertanyaan sebab musabab, dengan menggunakan kata tanya kenapa.
27) Sofiya: Kenapa ayah tinggal kakak?
 
28) Sofiya: Kenapa baby Harith menangis? (Harith ialah anak jiran sebelah)
Pertanyaan tertutup mula digunakan pada usia lebih kurang tiga tahun juga. Kebanyakan persoalan yang ditanyakan adalah berkenaan dengan diri sendiri atau keluarga terdekat. Contohnya:
29) Sofiya: Cantik tak rambut kakak?
30) Sofiya: Kita nak pergi jalan ke ayah?
31) Sofiya: Perut Mak Busu ada baby ke bu?
2.8 Menjawab
Teknik menjawab merupakan teknik yang berkaitan dengan teknik bertanya yang dihuraikan sebelum ini. Dalam konteks ini, pertanyaan daripada orang lain menjadi penggerak utama dalam membentuk perhubungan dua hala. Sofiya akan menjawab berdasarkan pada pertanyaan yang diajukan. Untuk pertanyaan terbuka, tumpuan akan diberikan kepada fokus soalan. Jarang dilihat Sofiya ketika berusia dalam lingkungan dua tahun, menjawab dengan menggunakan ayat yang penuh, melainkan menjawab dengan satu perkataan sahaja. Contohnya:
32) Ibu: Kakak dah mandi?
Sofiya: Dah.
33) Ayah: Kakak makan apa?
Sofiya: Biskut.
Apabila mencapai usia tiga tahun, Sofiya sudah mula memberikan jawapan yang lebih panjang, serta dapat juga dilihat penggunaan kata nama arah dan kata bilangan dalam jawapannya. Kadangkala jawapan untuk satu-satu pertanyaan diberi dalam bentuk beberapa ayat. Jawapan yang diberikan juga adakalanya terbentuk dalam ayat yang sempurna. Misalnya:
34) Ibu: Kakak dah mandi?
Sofiya: Kakak dah mandi, ayah mandikan kakak.
35) Ibu: Mana mainan adik?
Sofiya: Kakak dah simpan dalam bakul mainan.
36) Ibu: Kakak beli apa?
Sofiya: Kakak beli banyak, gula, coklat, air kotak.
Bagi soalan berbentuk pertanyaan tertutup pula, pada peringkat umur 1½ hingga 2 tahun, jawapan diberikan sama ada dengan anggukan atau gelengan kepala, atau dengan mengulang sebahagian pertanyaan. Contohnya:
 
37) Ayah: Ainin nak Ribena?
Sofiya: Nak Ribena.
Apabila berusia 3 tahun, kebanyakan jawapan untuk pertanyaan tertutup adalah dalam bentuk nak dan tak nak sahaja. Contohnya:
38) Ibu: Sofiya nak makan nasi?
Sofiya: Nak.
39) Ibu: Kakak nak Milo?
Sofiya: Tak nak.
Jawapan untuk bentuk ayat tanya tertutup, iaitu ya dan tidak biasanya lahir apabila Sofiya menyahut panggilan seseorang. Contohnya:
40) Ibu: Kakak!
Sofiya: Ya bu!
Seawal usia dua tahun, Sofiya dilihat telah mula menggunakan jawapan negatif tidak. Kata-kata yang digunakan ialah kata nafi tidak (tak) dan bukan. Keupayaan menggunakan kata nafi ini merupakan lanjutan daripada keengganan terhadap sesuatu yang sebelum ini dinyatakan dalam bentuk tangisan atau gerak-geri, sewaktu masih bayi. Apabila sudah boleh berbahasa, keupayaan tersebut dipindahkan dalam bentuk bahasa.
2.9 Mengulas
Tatkala Sofiya sudah pandai berbahasa, dia mula menunjukkan keupayaan untuk membuat ulasan tentang sesuatu perkara. Kebanyakan perkataan yang digunakan terdiri daripada kata adjektif dan adverba, menunjukkan bahawa dia sudah berupaya mengekspresikan perasaannya terhadap sesuatu perkara yang dialaminya. Contoh-contoh ayat di bawah diujarkan oleh Sofiya ketika dia berusia antara 2½ hingga 3 tahun.
41) Sofiya: Cantiknya baju ibu.
42) Sofiya: Ibu bawa kereta lajulah.
Terdapat juga ulasan yang dibuat berbentuk perbandingan, sama ada perbandingan setara ataupun berlawanan. Misalnya:
43) Sofiya: Kakak ada warna, adik tak ada.
44) Sofiya: Sufi sayang adik Kimi dia, kakak pun sayang adik kakak.
2.10 Melarang
Jika diperhatikan, larangan dalam bahasa terbahagi kepada dua, iaitu larangan halus dan larangan kasar. Larangan kasar menggunakan perkataan jangan, manakala larangan halus menggunakan perkataan usah dan tak usah. Dalam bahasa kanak-kanak, bentuk larangan yang digunakan ialah jangan. Pada usia 1½ hingga 2 tahun, bentuk yang digunakan oleh Sofiya ialah angan. Bentuk penuh jangan hanya mula boleh dilafazkan pada sekitar usia 3 tahun. Contohnya:
45) Sofiya: Anganlah, Nin punya!
46) Sofiya: Adik, jangan kacau ibu solat dik.
2.11 Mengajak
Teknik terakhir yang akan dibincangkan ialah teknik mengajak. Teknik ini dilihat sebagai satu cara Sofiya membina hubungan yang mesra dan rapat dengan seseorang. Pada tahap sebelum berbahasa lagi, Sofiya sudah mempamerkan teknik mengajak dengan cara tersenyum, menganggukkan kepala atau memberikan mainannya kepada seseorang. Menjelang usia 2 hingga 3 tahun, dia sudah mula menggunakan perkataan yang bertujuan untuk mengajak seperti meh (mari) dan jom (mari). Contohnya dalam ujaran-ujaran yang dihasilkan oleh Sofiya di bawah:
46) Sofiya: Meh kakak sikat rambut adik!
47) Sofiya: Ibu jomla naik atas.
3.0 Kesimpulan
Berdasarkan huraian dan contoh-contoh yang diberikan, dapat diperhatikan bahawa Sofiya mempelajari pragmatik melalui interaksinya dengan orang-orang di sekeliling. Sewaktu menggunakan teknik bercerita, dia belajar bagaimana untuk berkongsi pengalamannya ataupun menyatakan keinginannya terhadap sesuatu perkara. Dalam teknik-teknik yang lain seperti bertengkar dan berbahas, bekerjasama, menyatakan keinginan, mengkritik, memerintah atau meminta, bertanya, mengulas, melarang, dan mengajak, didapati bahawa Sofiya menguasai kemahiran berkomunikasi untuk pelbagai tujuan dan keperluan. Jelas dapat dilihat bahawa dalam usia antara 1½ hingga 3 tahun, dia memahami konteks dalam perbualan. Di samping itu, dia turut memahami bilakah masa yang sesuai untuk dia menjadi pembicara atau pendengar dalam satu-satu perbualan atau komunikasi.
Dapatan ini bersesuaian dengan pandangan Clark (2003), iaitu;
”Learning a language requires proficient use for all sorts of everyday purposes – from greetings to gossip, from simple requests at the table to telling of a joke, from giving instructions to telling a story. To do any of these things requires knowing how to use one’s language. One has to know the appropriate ways to address others, depending on age, sex, relationship, and status. One also has to know how to get the other’s attention, how to take turns, and how to talk about the topic in question in that language. These are all skills on constant display in conversations, and it seems reasonable to suppose that children acquire these skills from conversation.”
Dari segi penggunaan kata ganti nama diri pula, ganti nama diri pertama muncul lebih awal daripada bentuk ganti nama yang lain. Kanak-kanak Melayu biasanya membahasakan diri mereka dengan nama sendiri, atau gelaran dan pangkat dalam keluarga, seperti kakak atau abang. Perkataan saya hanya muncul jika kanak-kanak itu pergi ke taska atau tadika, dan dalam kes Sofiya, dia menggunakan ganti nama saya di taska, tetapi di rumah, ganti nama kakak tetap digunakan. Hal ini biasa berlaku dalam masyarakat Melayu kerana ibu bapa sering memanggil anak mereka dengan nama anak tersebut atau gelaran dalam keluarga. Oleh sebab kanak-kanak mudah meniru atau mengulang apa yang didengarnya, ganti nama tersebut terus digunakan untuk merujuk dirinya sendiri. Selain itu, ganti nama kita juga telah mula digunakan seawal umur 3 tahun, sebagaimana dalam contoh (25) dan (30). Ini bermakna, kanak-kanak sudah memahami konsep adanya orang lain dalam hidupnya, dan bukan hanya berkenaan dirinya sahaja. Perkataan kita bersifat inklusif, iaitu merangkumi orang yang bercakap dan yang diajak bercakap. Oleh itu, dalam mendidik anak-anak dalam kalangan keluarga Melayu, semangat ’kekitaan’ itu penting, sesuai dengan kebudayaan Melayu yang memberi tumpuan kepada hidup berkerabat dan bermasyarakat.
Biasanya, bentuk ganti nama kedua muncul lebih lambat dalam perbendaharaan kata kanak-kanak Melayu. Perkataan awak, kamu atau engkau hanya digunakan apabila kanak-kanak tersebut memasuki alam persekolahan. Bagi ganti nama diri ketiga pula, perkataan dia mula digunakan sewaktu berumur 3 tahun seperti dalam contoh (44). Kata ganti nama ketiga yang lain seperti mereka pula, biasanya dikuasai lebih lewat.
Daripada pelbagai teknik berinteraksi dalam kalangan kanak-kanak Melayu yang dihuraikan, dapatlah disimpulkan bahawa kanak-kanak dapat menghayati dengan sendirinya pelbagai aspek bahasa, sama ada dari segi sistem, struktur ataupun tatabahasa sosialnya. Aspek pragmatik jelas dapat dilihat apabila kanak-kanak memahami konteks perbualan. Dengan kata lain, mereka tahu dan faham bila ketika yang sesuai untuk mereka bercakap atau membalas percakapan orang lain. Semuanya ini berlaku tanpa latih tubi yang formal sebagaimana yang digunakan dalam pengajaran bahasa di sekolah. Ini membuktikan bahawa pemerolehan bahasa pertama berlaku melalui proses-proses penyerapan. Sungguhpun demikian, peniruan merupakan satu proses yang seringkali digunakan oleh kanak-kanak untuk memperolehi bahasa. Oleh itu, contoh penggunaan bahasa yang baik dan bersopan dalam kalangan ibu bapa perlulah ditunjukkan, agar dapat melahirkan generasi yang berpekerti mulia.
Bibliografi
Asmah Haji Omar. 1993. Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Clark, Eve V. 2003. First Language Acquisition. Cambridge: Cambridge University Press.
Kess, J. F. 1976. Psycholinguistics Introductory Perspective. New York: Academic Press.
Mangantar Simanjuntak. 1987. Pengantar Psikolinguistik Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim et al. 1996. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Piaget, J. 1926. The Language and Thought of The Child. New York: Harcourt, Brace.

Subscribe to:
Comments (Atom)